Translate

Monday, 21 July 2014

Di Senja Ramadhan


Assalamualaikum...

Hari ini 23 ramadhan...tinggal beberapa hari lagi ia akan pergi..makin sayu hati..
Minggu ini, belum ada kesempatan untuk post my novel Seteguh Kaabah..Insyallah akan sy post secepat mungkin..

Cuti semester ini, kerja part time jadi pilihan. Walaupun gaji x sebesar mana tapi yang sedikit itu datang dari titik peluh sendiri dengan izin-Nya.

Alhamdulillah..result last semester pun dah keluar...syukur sangat2 semuanya lulus dan buat diri ini tersenyum..

Ramadhan ini..terlalu banyak peristiwa yang berlaku di tanah air sendiri dan di antara saudara kita sendiri.
Di Gaza puluhan nyawa terkorban..
Di negeri ini sendiri, Sabah, terancam keselamatan..
dan paling terkini kejadian menyayat hati MH17 yg mengorbankan lebih 200 org..

Sayu...ini ujian dan peringatan untuk kita semua..ramadhan belum berakhir..namun mengapa ingin ia tinggalkan kita...mengapa menguli kuih raya sehingga lupa amalan sendiri...?
Mengapa berbelanja hingga lupa zakat untuk sendiri?

Mengikut pengalaman sy sendiri..jgn terkejut jika masih ada yg tidak berpuasa tanpa sebab..
Antara alasan yg sy sendiri dengar...
~Lupa niat
~Mudah gastrik
~Tak bangun sahur!?

Sebenarnya..Allah sudah ciptakan tubuh kita untuk berkemampuan untuk berpuasa..kecuali yg tidak dapat berpuasa atas nasihat doktor...
Percayalah jika niat itu kuat untuk melakukan utk Dia...sudah pasti semuanya terasa ringan dan indah..

Sama2 kita muhasabah diri.....

Salam Ramadhan...semoga Lailatulqadar menjadi misi kita untuk 10 malam terakhir ini..dan amalan2nya berkekalan untuk setiap malam2 kita walaupun ramadhan telah pergi... (^_^)


Thursday, 10 July 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 21)


Wajah Afiqah yang lena di ribaanku, membuatkan aku tersenyum. Anak kecil yang baru berusia sebulan lebih seumur dengan kembarnya Afiq yang turut lena tidur di katil kecilnya. Dengan perlahan aku mengucup dahi si anak kecil ini. 

Karina masih dalam keadaan koma. Razif duduk di sisinya. Ibu Razif memelukku bahuku, melemparkan senyuman tawar kepadaku.

“Hmm..mak..dah berapa lama Kirana koma?” panggilan emak masih melekat di bibirku walaupun sudah sebulan berpisah dengan Razif.

“Dah tiga minggu Aisyah.Doktor sahkan yang Kirana menghidap penyakit Anemia semasa mengandung lagi. Haa..Kirana hilang banyak darah lepas bersalin. Kirana tak nak kena hantar kat hospital. Dia berkeras tak nak pergi. Dia tak nak berpisah dengan Afiq dan Afiqah” suara ibu Razif kedengaran hiba.

Monday, 30 June 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 20)



Surat memohon cuti ditaip kemas olehku. Impian untuk melangkah ke kota suci Mekah telah lama bertapak di hati ini. Aku segera mencetak keluar surat itu. Pintu bilikku di ketuk.

          “Hai..Aisyah busy ke? I ada belikan air untuk you” Natalie melangkah masuk ke bilikku. Rambutnya yang sedikit keemasan menyerlahkan wajah Pan Asianya. Dia meletakkan sekotak susu di atas mejaku.

          “Nah minumlah..I belanja” Natalie melabuhkan punggungnya di bangku biru.

          “You cetak apa tu?”

          “Surat cuti untuk bulan April ni.”

          “You ambil cuti? You nak pergi mana?” Mata Natalie sedikit terbeliak. Mungkin dia jarang melihat aku mengambil cuti.

Tuesday, 24 June 2014

KEISTIMEWAAN SUSU IBU DAN GARIS PANDUAN PEMBERIAN MAKANAN BAYI


Assalamualaikum...kali ini saya ingin kongsikan tentang keistimewaan susu ibu dan Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi. Semoga bermanfaat :) 

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.."
(Al-Baqarah ayat 233)

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 19)


         Aku dalam perjalanan ke rumah ustazah Fahtimah. Liza yang masih berdebar, menungguku di sana. Namun, aku terasa sakit di bahagian bawah perutku. Mukaku kelihatan pucat. Mungkinkah penyakit lamaku datang kembali?
          
          Aku membelokkan keretaku menuju ke sebuah klinik. Klinik yang masih baharu, dugaku.
         
       Aku perlahan-lahan membuka pintu kereta. Namun, kaki yang terasa lemah membuatkan aku tersungkur. Tangan kananku memeluk erat bawah perut yang terasa seperti dihiris-hiris. Badanku terasa menyentuh tanah. Pandanganku menjadi gelap.

Wednesday, 18 June 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 18)


“Yup..you got a point there. One more thing, do you believe jesus? Persoalan Natalie yang sedikit mengejutkan aku namun aku tetap tenang.

“Iya tapi bukan sebagai tuhan but as a Prophet. Try to read this book, you may learn something from it” Aku mengeluarkan sebuah buku dari begku dan menghulurkan kepadanya.

Monday, 9 June 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 17)



“Apa? Takkanlah…” Aku menjangka sesuatu, namun aku hanya pendamkan di hati.

“Siapa nama emak Adib” soalku untuk kepastian.

“Mariam binti Omar..mak dah pergi tinggalkan kami adik beradik. Mak jahat” jawapannya yang mengejutkan aku. Aku memeluknya erat-erat. Airmataku turut jatuh menitis di pipi. Allah yang mengatur segalanya. 
Pertemuan antara aku dengan anak arwah kak Mariam memberi kesan mendalam di dalam diriku. Aku membiarkan sahaja tangisan anak kecil ini di sisiku.

Tuesday, 3 June 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 16)



  
“Kaca?!”

Aisyah apa semua ni?! Kenapa ada tiga butir kaca abang jumpa kat dalam bubur yang Aisyah bawa ni? Aisyah nak bunuh Kirana ke hah?!” bentak Razif lalu melemparkan mangkuk yang masih berisi bubur itu ke lantai. Aku memandang lemah bubur yang bertaburan di lantai. 

Bunyi yang bising membuatkan bayi kembar itu terjaga. Razif menarik lenganku dengan kasar ke arah luar bilik.

“Apa yang Aisyah sakit hati dengan Kirana? Oh, tak payah nak bagitau abang. Ni mesti sebab Kirana dah lahirkan anak untuk abang kan?!” suara Razif yang tinggi membuatkan orang lain menoleh ke arah kami.

Monday, 26 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 15)


“Abang, macam mana keadaan Kirana?”

“Alhamdulilllah sayang.  Kirana dah selamat lahirkan anak kembar. Abang baru azankan baby baru kita tu” balas Razif yang kelihatan sangat gembira. Dia mengapai telefonnya dan menghubungi ahli keluarganya dan keluarga Kirana.

Aku turut berasa gembira mendengar berita gembira itu. Kirana bersalin secara normal walaupun melahirkan anak kembar. Kirana dibawa keluar mengunakan kerusi roda dan bayi kembarnya di letakkan di sisi. Mukanya yang masih pucat, sempat mengukirkan senyumannya kepada Razif dan aku.  Anak kembarnya masih lena tidur di pangkuannya.

Razif mendekatiku sambil memasukkan telefon di poketnya.

Friday, 23 May 2014

Potret Kehidupan



Aku melihat meja belajarku, pandanganku kosong. Fikiranku melayang semula. Pagi yang samar-samar cahayanya.

Penulisan kali ini biarlah menjadi potret kehidupanku. Menjadikan potret kehidupan orang lain sebagai warna potretku sendiri.
-Flash Back- (17/5/14)- Rumah Kebajikan Kanak-kanak,Papar,Sabah-

“Okey guys, kita akan sampai sekejap lagi. So prepare semua barang2 and pastikan xda yg tinggal” our leader bg peringatan ringkas.

Tuesday, 20 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 14)


“Mak adik kat mana sekarang? Adik tinggal dengan mak ke?” aku ingin tahu dengan lebih lanjut nasib kanak-kanak ini.

“Adik tinggal dengan nenek. Mak janji nak lawat kami setiap minggu. Mak cakap, dia nak cari duit. Tapi dah sebulan tak pulang-pulang lagi. Mak tak sayangkan kami. Jadi adik nak cari duit banyak-banyak supaya mak pulang. Adik nak bagi duit yang adik kumpul dekat mak,” katanya sambil mengengam erat lututnya menahan kesedihan. Dapatku lihat dari matanya, kerinduan akan ibunya. 

Tapi dimana ayahnya?

Monday, 19 May 2014

TERMOMETER HATI



"Hati harap engkau jangan begini..

Membuat hati merintih..

Menitik resah dan sedih..

Ku harap dikau akan pulih..

Bila dengan-Nya aku merintih.."

Begitulah hati..kadang-kadang mampu mempengaruhi diri dan fikiran.. kadang-kadang kita lebih ikutkan hati daripada akal fikiran..

Pelik bila difikirkan, bagaiman pendengaran kita dapat mendengar tiap inci bisikan hati kita. Ganjil bukan?
Hati tidak mampu bersuara namun tetap dapat didengari.

Monday, 12 May 2014

Selagi Ada Masa, Selagi Itu Ada Harapan

Selagi ada masa, selagi itu ada harapan

“Man, kau dengar tak aku panggil ni?” Khairul menepuk bahuku dengan kuat. Aku menolehnya sambil membuka earphoneku, muzik masih rancak terdengar.

“Apa kau nak?” Aku membalas selamba sambil melihat tabletku ditangan.

“Kau tak datangkan usrah haritu?” suaranya sedikit tinggi.

“Aku sibuk hari tu, banyak assigment” alasan yang biasa aku berikan kepadanya.

“Kau ni fikirlah sikit, assigment bukan buat kau masuk syurga pun! Kau ni aku tengok asyik dengar lagu kat telinga, main tablet setiap masa, online sana sini”  kata Khairul sambil menukar bajunya.

“Jadi assigment kau yang bertimbun belum settle tu, boleh bawa kau masuk syurga?” balasku sinis.

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 13)



Betapa hati ini terisi dengan ilmu. Rohani terasa tenang seperti ingin lagi mengorek cebisan-cebisan ilmu yang masih lagi tertanam di jurang kejahilan. Seusai majlis ilmu itu, Liza mendekatiku.

“Anthi..ana nak tanya sikit boleh?” Liza yang sedikit kerisauan. Aku memasukkan buku kecilku serta terjemahan Al-Quranku.

“Ya ukhti ada apa? Risau je ana tengok”

Monday, 5 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 12)



“Prang!” Pinggan di gengamanku jatuh pecah berderai di atas simen marmar dapurku membuatkan aku terjaga dari lamunan.

“Aisyah lupakanlah kisah silam. Kuatkan hati.” Desisku sambil mengeleng-gelengkan kepala. Perlahan-lahan ku kutip serpihan-serpihan kaca yang berderai. Aduh! Sekeping kaca halus menusuk di jariku, darah yang mengalir segeraku cuci dan balutkan dengan kapas.


“Sakit di hati, lebih dalam dari luka tusukan kaca ini.” Hatiku berbicara saat merenung jari yang menjadi mangsa lamunan terindah. 

**********************************************************

Saturday, 3 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 11)



Ukhti free tak sabtu ni? Jom kita ikut usrah ustazah Fatimah kat surau Nur Hidayah. Dah lama kita tak pergikan?” ajak Liza.
         
“Okey, InsyAllah ana pergi. Dekat surau Nur Hidayah kan?” kataku meminta kepastian
         
“Yup, betullah tu. Okeylah asif gangu anthi kerja. Take care ukhti, Assalamualaikum..” Liza mematikan talian.
            
           Sudah lama diri ini tidak mengisikan masa di majlis ilmu. Biarlah aku lupakan semua yang aku hadapi sebentar.


Abang Razif pasti suka makan ayam masak merah ni.” Desis hatiku yang berlagu riang. Sejak Kirana sudah berbadan dua, Razif sudah jarang pulang kerumah. Kerinduan hati ini hanya terpendam sahaja demi menjaga hati Razif dan Kirana.

Monday, 21 April 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 10)



Please give me a chance. Just one chance. Abang akan berlaku adil. Ini janji abang, sayang.” Pujuk Razif sambil memelukku.

“Berikan Aisyah masa,” balasku sambil melepaskan pelukkannya lalu bangkit dan menuju ke arah bilik mandi.


Malam itu, Razif tidur di ruang tamu. Tinggal aku keseorangan di kamar tidur. Mataku sukar untuk dilelapkan. Mana mungkin aku mampu tidur lena, sedangkan hati terluka pedih. Aku bangkit menuju ke bilik mandi. Air wuduk yang mengalir di wajahku seolah-olah terasa kesegarannya hingga ke hati yang pedih.


**************************************

Assalamualaikum Kirana, sihat ke?” soalku kepada Kirana yang sudah sarat mengandung lapan bulan.

“Walaikumsalam kak, sihat juga tapi masih ada morning sickness, muntah-muntah sikit” balasnya sambil memegang perutnya. Cantik senyumannya. Matanya yang sedikit sepet kerana mempunyai berdarah campuran melayu cina.

Aku tersenyum melihatnya walaupun jauh di sudut hati ingin diri ini memberikan Razif zuriat sepertinya. Namun, aku redhakan semua ketentuan dari-Nya, walaupun bukan semua wanita inginkan perkongsian.

Tuesday, 15 April 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 9)




“Hello..siapa ni?” suara Razif akhirnya muncul di hujung talian.

        
 “Isk..abang..ni Aisyah..” Aku tidak sanggup berkata apa-apa lagi. Hati ini bagai di dirobek-robek. Air mata laju menuruni pipi.

“Abang..apa semua ni bang..isk..apa yang abang buat di belakang Aisyah..siapa perempuan tu tadi..isk..isk..bagitahu Aisyah abang” Tidak dapat lagiku pendamkan isi hati ini.

Saturday, 12 April 2014

Untuk Yang Melahirkan Dari Yang Dilahirkan



Alhamdulillah..Alhamdulillah........Ya Allah..Segala Puji bagi Mu..

12 APRIL 2014

Hari yang bermakna untuk diri ini..hari yang bahagia untuk diri ini...dan hari kerinduan untuk diri ini..
Alhamdulillah..umurku telah genap 21 tahun..dengan izinNya..diri ini masih bernafas..
namun..bila datangnya hari lahir..hari seterusnya akan lebih pendek untuk dinikmati..semakin naiknya umur semakin singkat jangka hidup..

Alhamdulillah..walaubagaimana pun..sebenarnya bukan diri ini yang patut diraih..namun yang melahirkan diri inilah yang berhak diraih..

Hampir 7 tahun yang melahirkanku pergi menghadap Illahi..namun..dari saat diri ini dilahirkan hingga kini..
kasihnya tidak pernah hilang dan xkan pernah pudar...

Alhamdulillah..Allah menjagaku..menjaga hatiku..memberi hati yang tabah..
Hati ini tahu..hati ini cuba..bertahan untuk saat yang seketika ini..krna ketenangan hanya ada di sisiNya yang kekal abadi..

Semoga insan yang dibawah tapak kakinya itu ada syurga buatku..di tempatkan bersama org yg beriman...
segala titik peluhnya..air susuannya yg masih mengalir dlm darahku ini..Allah gandakan pahala untukmu wahai ibu..hati ini takkan pernah lupa untuk mengirim rindu untukmu..disetiap sujudku...engkaulah ibu yg aku sayang..............

Friday, 11 April 2014

Aku Benci Mati



Kau takutkan mati?
Aku tak takut,
Tapi aku benci mati.

Bagaimana aku tak bencikan mati,
Sedangkan semakin ia menghampiri,
Semakin aku lupa diri.