Translate

Monday 19 May 2014

TERMOMETER HATI



"Hati harap engkau jangan begini..

Membuat hati merintih..

Menitik resah dan sedih..

Ku harap dikau akan pulih..

Bila dengan-Nya aku merintih.."

Begitulah hati..kadang-kadang mampu mempengaruhi diri dan fikiran.. kadang-kadang kita lebih ikutkan hati daripada akal fikiran..

Pelik bila difikirkan, bagaiman pendengaran kita dapat mendengar tiap inci bisikan hati kita. Ganjil bukan?
Hati tidak mampu bersuara namun tetap dapat didengari.

Hati suatu yang subjektif. Maknanya terlalu abstrak..kuasanya terlalu kuat..

Hati dapat terluka tanpa dihiris oleh tangan tapi berdarah kerana kata-kata.

Ikhlas bukan datang dari kata-kata tapi dari hati.Semua niat datang dari hati.

Siapa kata bila luaran buruk tidak semestinya juga dalamannya buruk? Bagaimana pendapatmu dengan hadis Nabi junjungan kita tentang hati?

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."


(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Kita takkan mampu menangis jika hati kita keras, tidak akan berhenti menangis jika kita berhati lembut.

Itulah termometer hati kita. Dengan cara ini kita tahu sihat sakitnya hati kita.

Hakikatnya ketika tubuh kita sakit, jika hati kita sihat, kita mampu bangun sekuat kudrat untuk solat.
Namun, bilamana hati kita sakit, walaupun tubuh kita sihat, solat itu akan terasa berat. Pelik bukan?

Berapa ramai orang islam mampu berjalan tanpa henti tapi tidak mampu berdiri untuk solat?
Berapa ramai orang islam mampu menghafal setiap lirik lagu tapi tidak mampu untuk menghafal Al-Quran?

Terbukti hanya hati yang sihat mampu mengkerah anggota yang tak mampu..

Ukur suhu hati kita, mungkin ia tengah sakit, atau lebih teruk lagi ia sudah tenat!

Bersama menjadi peringatan buat diri sendiri dan semua orang.

Bukan rupa menentukkan siapa kita, tapi hati. Walaupun ia tidak terlihat dengan mata, namun dapat di nilai dengan mata.

  "Hati jika sudah cinta, kadang-kadang tak tentu arah,

siang malam tak terasa, hujan panas tetap diredah,

Hati jika sudah benci, kadang-kadang jadi parah,

 air mata seperti darah, buta bisu tanpa suara.   

Hati dan cinta tidak akan dapat terpisah, andai hati kita penuh dengan cinta, sudah tentu kita mampu menumpahkan cinta kepada hati yang lain.

Sungguh indah jika hati kita sentiasa rindu dengan Pemberi Cinta, kita pasti tak tentu arah andai larangannya kita buat. Kita pasti tak terasa siang malam itu berat untuk kita ikut perintahnya, apapun halangan bukan penghalang untuk kita mencari cintaNya.

Allahurobbi..diri sendiri tertanya apa kondisi hati ini saat ini..

Andai tahajud itu bukti rindu untuk-Nya, berapa banyak bukti rindu telah aku laksanakan?

Andai syukur itu bukti menghargai pemberian-Nya, berapa banyak nikmat yang aku syukuri?

Muhasabah biar menyiram ke hati agar ia tidak mati.

ku sematkan di hati..
"Hati jangan letih merintih, agar tika sedih, doa di hati takkan terhenti, kerana Dia Maha Memerhati dan itu pasti!"


2 comments:

  1. Assalamualaikum.. Nice Blog.. Banyak cerita saya da baca.. cuma saya nak bagi pendapat sikit.. wallpaper belakang tu warna macam tak contra dengan tulisan.. kalau boleh buat contrast untuk boarder tulisan tu pekat sikit ye.. ataupun tukar wallpaper supaya orang senang nak baca.. sekadar pendapat sebagai pembaca.. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah..terima kasih atas pendapat itu. Insyallah saya akan cuba buat improvement.

      Delete