Translate

Monday 9 June 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 17)



“Apa? Takkanlah…” Aku menjangka sesuatu, namun aku hanya pendamkan di hati.

“Siapa nama emak Adib” soalku untuk kepastian.

“Mariam binti Omar..mak dah pergi tinggalkan kami adik beradik. Mak jahat” jawapannya yang mengejutkan aku. Aku memeluknya erat-erat. Airmataku turut jatuh menitis di pipi. Allah yang mengatur segalanya. 
Pertemuan antara aku dengan anak arwah kak Mariam memberi kesan mendalam di dalam diriku. Aku membiarkan sahaja tangisan anak kecil ini di sisiku.

 Aku melihat pusara kak Mariam. Anak-anaknya mengelilingi pusaranya. Air mawar membasahi tanah yang masih merah. Adib duduk di belakang abang-abangnya. Kedua-dua tapak tangan sengaja menutupi wajahnya.

“Adib..tabahkan hati” Aku duduk dan lututku menyentuh tanah sambil membelai lembut rambutnya.

“Mak dah tak ada kak..Adib tak nak mak pergi”

“Adib jangan macam tu. Allah lebih sayangkan mak. Akak faham perasaan Adib. Mak Adib sayangkan Adib. Mak Adib sanggup simpan duit untuk Adib dan adik beradik Adib. Relakan mak Adib pergi. Jadi anak yang soleh dan selalu doakan mak Adib. Itu yang mampu Adib kirimkan untuk mak kat sana”
            
          “Hmm..haa baiklah kak” Adib tunduk, sesekali dia mendongak untuk melihat pusara ibunya.

“Nak, dah senja dah ni. Anak lebih baik bermalam kat rumah nenek je” pujuk nenek Latifah, ibu kepada arwah kak Mariam.

“Eh, tak apalah nek. Aisyah masih boleh memandu senja-senja ni”

“Nenek risau anak memandu sorang-sorang. Bermalamlah dulu sini ya nak?”

“Baiklah nek. Maaf menyusahkan nenek sekeluarga” Aku akur dengan pujukan nenek Latifah.

“Kami yang menyusahkan kakak. Terima kasih kak sebab akak sudi datang  dari jauh” Adib tiba-tiba bersuara. Memandang wajahku dengan sedikit senyuman di bibirnya. Aku turut melemparkan senyuman.

Hujan turun dengan lebat. Petir menyambar memecah langit. Aku segera menutup jendela kayu itu. Nenek Latifah dan adik-beradik Adib sudah tidur agaknya. Mataku tidak dapatku lelapkan. Terlalu banyak yang terjadi pada diriku hari ini. 

Wajah Razif menyinggah di fikiranku. Terasa hati yang tadinya tenang kembali terasa perit. Aku mencari nama Liza di telefonku. Tiba-tiba aku menerima panggilan masuk daripada Razif.

“Hello..Aisyah..”

“Assalamualaikum..”

“Hmm..walaikumsalam. Aisyah kat mana?”

“Saya rasa awak tak perlu tahu. Awak dah ceraikan..hmm dah ceraikan saya”

“Aisyah..abang kat rumah sekarang. Aisyah pergi mana? Kenapa tingkap dapur tu boleh pecah dan..” Razif terdiam seketika.

“Astaghfirullaalazim..apa abang dah buat ni. Kaca ni..bubur tu..Aisyah maafkan abang. Ya Allah apa aku dah buat ni. Aisyah..” suara kesal Razif tidak mampu mengubah apa-apa.

“Aisyah rasa.. tak perlu Aisyah hadir lagi dalam hidup abang dan Kirana. Sampai di sini sahaja jodoh Aisyah dengan abang. Mungkin jodoh abang hanya dengan Kirana. Apalah erti kasih jika diri terasa tersisih. Lepaskanlah Aisyah..abang dah ceraikan Aisyah tadi. Abang dah tamatkan segalanya” kataku yang terlalu terluka dengan perbuatannya.

           “Aisyah..”

***********************

“Kak..terima kasih sebab sudi datang” Aku bersalaman dengan ahli keluarga arwah kak Mariam. Aku mengambil dompetku.

“Nah nek..terimalah pemberian saya yang tak seberapa ni, buat belanja budak-budak ni” aku menghulurkan sedikit wang kepada nenek Latifah.

“Nak terima kasih nak..” Nenek Latifah mengelap matanya yang semakin basah dengan lengan bajunya.

            Aku melihat satu persatu wajah arwah kak Mariam. Ya Allah, mungkin ujian mereka lebih berat dari ujian yang aku alami. Di saat usia masih muda, ibu tersayang pergi. 

           Di saat diri ingin belaian kasih sayang seorang ibu,ibu telah hilang di pandangan untuk selamanya. Terasa kecilnya ujian yang aku alami.

Excuse me, Mrs Aisyah. Kenapa I nampak you muram je ni? Soal Natalie yang mengejutkan aku dari lamunan.
“Eh, awak ni Natalie. Buat saya terkejut je”

“Takkan teringat kat buah hati kot”

“Taklah. Just teringatkan arwah kak Mariam”

“Alaa..you ni yang lalu biarlah berlalu” kata Natalie sambil menghirup air milo panasnya.

“Aisyah, I nak tanya something. Boleh?” Nada suara Natalie tiba-tiba menjadi serius.

“Ada apa Natalie?” aku menutup buku rekodku untuk memberi tumpuan kepada Natalie.

You percaya tak kehidupan lepas mati?” matanya tepat memandang wajahku.

Yes..and itu memang pegangan kami sebagai orang islam. Semua itu pengakhiran hidup kami tapi kematian bagi kami bukan pengakhiran yang kekal”

“Tidak kekal? What do you mean?” dahinya sedikit berkerut.

“Alam kubur adalah alam menunggu. Akhirat adalah hari pembalasan. Semua dah tertulis dalam kitab suci Al-Quran. Kitab orang islam” Dapat aku rasakan perbincangan semakin hangat.

“Al-Quran? But..its nonsense dear. Who can prove it? By the way, actually siapa yang tulis that things?” Kali ini, kening kirinya pula ternaik sedikit.

Al-Quran bukan nonsense but our guidance. Bukti terlalu banyak Natalie. Jika I nyatakan tentu perbincangan kita jadi panjang nanti. Al-Quran tu bukan dari manusia tapi dari Allah, Tuhan Maha Esa. Mana mungkin manusia biasa mampu menyingkap seluruh rahsia alam di masa lampau dan masa akan datang. Dan tak mungkin si pengembara dapat pergi ke satu tempat yang dia ingin tujui tanpa peta atau kompas kan?” Aku tersenyum memandangnya.

           “Yup..you got a point there. One more thing, do you believe jesus? Persoalan Natalie yang sedikit mengejutkan aku namun aku tetap tenang.

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment