Translate

Wednesday 18 June 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 18)


“Yup..you got a point there. One more thing, do you believe jesus? Persoalan Natalie yang sedikit mengejutkan aku namun aku tetap tenang.

“Iya tapi bukan sebagai tuhan but as a Prophet. Try to read this book, you may learn something from it” Aku mengeluarkan sebuah buku dari begku dan menghulurkan kepadanya.

The History of the Quranic Text from Revelation to Compilation? Sound intresting. I think waktu tea break kita dah nak habis. I nak pergi sambung buat kerja dulu. Thanks dear.” Natalie bingkas bangun dari kerusinya. 
Buku yang aku berikan, dirangkul erat olehnya. Semoga Allah membuka hatinya untuk menerima islam, agama yang lurus ini.
******************************************************

“Aisyah..abang tak nak lepaskan Aisyah. Please kita bincang hal ni...please” Razif yang tadinya duduk sofa, berdiri menghampiriku.

“Hati Aisyah cukup terluka abang. Abang dah ada Kirana..dah ada Afiqah dan Afiq. Abang tak perlukan Aisyah lagi. Tiada ruang untuk Aisyah di hati abang” Aku memandang keluar jendela. Ruang tamuku menjadi sunyi seketika.

“Sekarang Aisyah dalam tempoh idah. Biarlah Aisyah sendirian abang. Abang dah miliki kebahagian yang abang inginkan..abang dah ada zuriat yang abang mahukan. Apa guna Aisyah di sisi abang lagi?!” Tangisanku memecah kasunyian. Razif dengan perlahan menyentuh bahuku namun aku menjauhkan diriku darinya.

“Aisyah cinta pertama abang. Abang tetap sayangkan Aisyah walaupun abang dah ada Kirana”

“Cukup abang. Please pergi..saya nak bersendirian”

“Tapi sayang..”

“Please..hormat keputusan saya”

“Hmm..haaa..Baiklah” Razif mengambil kunci keretanya di atas meja dan berlalu pergi tanpa sepatah kata.
Aku memerhatinya dari jauh. Kerinduan tetap bertepik di hati namun kekecewaan mengatasi segalanya.

Liza memelukku dengan erat. Aku menangis dipelukkannya seperti anak kecil. Aku luahkan isi hatiku kepada Liza agar tidak terbuku di hati.

“Anti banyakkan bersabar. Jangan ikutkan hati tu sangat. Ana tak mahu anti sakit” pujuk Liza sambil mengesat air mataku.

“Ana cuma kecewa..” balasku yang cuba sedaya upaya menenangkan diri.

“Jadi anti kecewa dengan Allah?” persoalan Liza membuatkan aku terdiam seketika.

“Anti kena ingat, semua ketentuan Allah adalah yang terbaik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap manusia. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita yang tidak atau belum mengetahuinya. Ingat ukhti pesan Rasulullah SAW, barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan cuba dengan ujian-Nya.” Kata-kata Liza membuatkan aku sedar semula.

Mengapa aku perlu kecewa seteruk ini seolah-olah Allah tiada di sisi? Kali ini bukan air mata kekecewaan yang mengalir namun titis-titis air mata keinsafan. Kealpaan dan kekecewaan membuatkan diri ini lemah.

“Syukran anti. Benar kata anti. Ana tak patut menangis seolah-olah Allah itu tidak ada. Mengapa ana menangis hanya kerana secebis ujian? Sedangkan nikmat Allah terlalu banyak di sisi untuk di syukuri” Senyuman mula terukir di bibirku. Tanganku masih dipegang erat oleh Liza. Satu semangat mengalir ke tubuhku. 

Ukhuwah yang terjalin terasa teramat indah.

Deringan panggilan masuk dari telefon bimbit Liza mengejutkan kami berdua. Liza segera menjawab panggilan itu. Suara Liza kedengaran sedikit gelabah. Aku dapat mengagak sesuatu. Setelah berbual selama lima minit di telefonnya, Liza tersenyum setelah selesai berbual di talian.

“Ada apa ukhti senyum-senyum je ni?” soalku sambil membawakannya segelas jus oren.

“Anti..esok ustazah Fatimah nak ta’arufkan ana dengan anak saudaranya. Ana takutlah. Rasa sejuk badan ana tiba-tiba”

“Eh ye ke? Wah..alhamdulillah. Anti banyakkan berdoa. Minta petunjuk kat Allah. Ana doakan anti dapat jodoh yang baik. Janganlah risau, itukan baru sesi ta’arruf, nilai hati budi masing-masing dulu baru buat keputusan”

            “So anti dapat temankan ana tak esok?

“Ana tak pasti lagi”

“Kalau anti free, sms ana esok tau. Oh ya, anti tak nak pergi umrah ke?”

“Umrah? Siapa yang tak nak pergi ukhti, ana nak sangat pergi” Kataku sambil melihat gambar Ka’abah yang tergantung di ruang bilikku.

             “Ana pun sama.."


Suasana kilang seperti biasa. Setiap perkerja sibuk menguruskan tugas masing-masing. Aku menilai setiap kualiti biskut yang dihasilkan. Ketebalan, keranggupan dan rasa biskut yang dihasilkan adalah sangat penting bagi memenuhi citarasa pengguna.

Aku menuju ke bahagian penyediaan bahan mentah. Pekerja-pekerja kelihatan sedang sibuk membersihkan berkotak-kotak telur. Aku memeriksa telur yang telah siap dicuci. Aku membelek sebiji telur. Masih terlihat kesan kotoran di bahagian luarnya. Aku segera mendekati seorang pekerja yang bertugas.

“Maafkan saya. Telur ni belum di cuci dengan bersih. Boleh tak bersihkan dengan baik?” Aku menegur seorang pekerja wanita yang bertudung.

“Eh, maafkan saya puan” balasnya dengan segera memeriksa dengan lebih teliti setiap telur yang dibersihkan.

Natalie yang terdengar perbualan kali terus mendekatiku.

“Alaa.. you ni, itukan kat luar je. Isi kat dalam tu tak kena kotoran pun. Lagi pun you tengoklah bukan dua tiga biji nak bersihkan tapa beratus-ratus. Considerlah sikit Aisyah” katanya sambil menunjukkan telur yang berkotak-kotak yang tersusun rapi.

“Benda ni mana boleh buat sambil lewa Natalie. Untuk menghasilkan makanan yang halal, ramuannya juga mestilah halal dan bersih. Itu prinsip islam” Pekerja yang lain hanya mendengar perbualan kami.

        “Lagi pun cuba tengok telur ni..kan dia keluar dari tempat yang kotor. Bayangkan telur yang masih terlekat kesan najis, masuk dalam ramuan makanan. Apa yang jadi? I know you can pridect what happen next. Right?” 
         
             Aku menunjukkan sebiji telur yang masih belum dibersihkan.

“Wow..baru I tahu, halal tu bukan hanya setakat logo but the food that must clean and safe to eat” Natalie kelihatan bersetuju dengan peneranganku.

So you dah baca buku yang I bagi kat you tu?” Aku teringatkan buku yang aku berikan kepadanya itu.
“Oh buku tu. I belum habis baca lagi but setakat ni I rasa makin I baca buku tu, I rasa banyak persoalan yang timbul kat fikiran I.” balas Natalie sambil tangan kanannya menyentuh dagunya yang tidak gatal. 
Dari raut wajah aku dapat menjangka, ada sedikit kebenaran menyerap di hatinya.
          
          “Kalau you ada apa-apa persoalan, janganlah malu-malu pula nak tanya. Insya-Allah I boleh bantu” Aku menyentuh bahunya yang masih kelihatan berkhayal.

           “Oh ..er..okey thanks,” balas Natalie sambil tersenyum.

Bersambung.........

No comments:

Post a Comment