Translate

Tuesday 24 June 2014

KEISTIMEWAAN SUSU IBU DAN GARIS PANDUAN PEMBERIAN MAKANAN BAYI


Assalamualaikum...kali ini saya ingin kongsikan tentang keistimewaan susu ibu dan Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi. Semoga bermanfaat :) 

"Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.."
(Al-Baqarah ayat 233)

-Purata pengeluaran susu ibu dalam 3 bulan pertama selepas melahirkan ialah 600ml.

-750-800ml sehari pada 4-5 bulan.

-Pengeluaran susu ibu bergantung dengan keperluan bayi.

-Kuantiti nutrien susu ibu seperti protin,iron dan lemak, berubah-ubah mengikut umur bayi. Jadi, para ibu tidak perlu risau tentang pemakanan bayi pada 6 bulan pertama kerana susu ibu dapat memberi nutrien yg cukup.

-Perlu diingatkan, pada 6 bulan pertama tidak digalakkan memberi sebarang makanan tambahan untuk bayi.(MDG,2013)

-Kolostrum merupakan susu pertama yang dikeluarkan selepas ibu melahirkan bayi.

- Perkara yang menarik tentang kolostrum ini ialah ia tinggi dengan protin, rendah karbohidrat dan lemak serta mengandungi antibodi seperti immunoglobulin A untuk pertahanan tubuh bayi.

- Mengikut kajian, rasa susu ibu bergantung dengan diet ibu itu sendiri. Jika ibu itu mengambil makanan yang manis atau masin, bayi juga akan merasa manis atau masin ataupun pedas.

- Para ibu juga disarankan untuk menyusukan bayi mereka sehingga umur 2 tahun. (MDG,2013)

Garis Panduan Pemberian Makanan Bayi 

 1. Penyusuan susu ibu harus dimulakan dalam tempoh satu jam selepas 
 kelahiran.

 2. Ibu perlu diberi tunjuk ajar cara untuk menyusukan bayi dengan betul. 

 3. Penyusuan susu ibu harus diberi dengan kerap dan mengikut kehendak bayi.

 4. Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak perlu diberi sebarang jenis air 
 termasuk air kosong. 

 5. Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan kecuali atas nasihat
 profesional perubatan.

 6. Susu ibu yang diperah atau susu tambahan (jika perlu) tidak digalak 
 diberi menggunakan botol dan puting. Gunakan kaedah lain seperti 
 cawan.

 7. Semua bayi normal dan sihat yang berumur di bawah enam bulan harus 
 diberi susu ibu sahaja melainkan atas sebab – sebab perubatan atas arahan 
 profesional perubatan.

 8. Bayi kepada ibu yang HIV positif tidak boleh diberi penyusuan susu ibu 
 walaupun oleh ibu susuan. Ibu yang HIV positif harus menerima runding 
 cara tentang pemakanan bayi, bimbingan dan tunjuk ajar cara penggunaan
 rumusan bayi yang betul dan selamat.

 9. Bayi yang tidak menyusu ibu mesti diberi rumusan bayi yang diperkaya 
 dengan zat besi. Maklumat lengkap mengenai cara penyediaan rumusan 
 bayi yang bersih dan selamat serta implikasi kewangan perlu diberi secara 
 individu. Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan mesti 
 dipatuhi. 

10. Untuk mengelakkan penggunaan rumusan bayi yang tidak selamat, sebarang 
 keputusan untuk menukar jenis rumusan bayi harus dibuat atas nasihat
 profesional perubatan

Rujukan:
-Malaysia Dietary Guideline, 2013
-Lecture Note Nutrition in the Life Cycle

No comments:

Post a Comment