Translate

Monday 30 June 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 20)



Surat memohon cuti ditaip kemas olehku. Impian untuk melangkah ke kota suci Mekah telah lama bertapak di hati ini. Aku segera mencetak keluar surat itu. Pintu bilikku di ketuk.

          “Hai..Aisyah busy ke? I ada belikan air untuk you” Natalie melangkah masuk ke bilikku. Rambutnya yang sedikit keemasan menyerlahkan wajah Pan Asianya. Dia meletakkan sekotak susu di atas mejaku.

          “Nah minumlah..I belanja” Natalie melabuhkan punggungnya di bangku biru.

          “You cetak apa tu?”

          “Surat cuti untuk bulan April ni.”

          “You ambil cuti? You nak pergi mana?” Mata Natalie sedikit terbeliak. Mungkin dia jarang melihat aku mengambil cuti.

            “I nak pergi Mekah, nak buat umrah” Aku dengan perlahan menghirup sekotak susu yang Natalie berikan.


           “For what?”
          
         “You nak tahu tak? Kat sanalah tempat yang paling damai and tenang. Terasa dekat dengan Pencipta kita”

          “Hmm..okey. Aisyah, I want to ask you something. Islam cakap Hindu sembah berhala but Islam hari-hari sembah Kaabah. Why?” soal Natalie yang sedikit mendugaku.

          “Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat” jawabku ringkas sambil memandang tepat ke matanya.

          “So, Allah ada kat dalam Kaabah?”

          “Tak”

          “So, kenapa sembah bangunan tu?”

          “Kami menghadap sahaja ke arah Kaabah but kami tak sembah Kaabah”

          “I tak faham..”

          “You pernah tengok singing competition kat tv?” Air kotakku letakkan semula di atas meja.

     “Yup. Everyday. Hehe..” Natalie tersenyum riang bila mendengarkan persoalanku. Natalie sentiasa mengikuti perkembangan dunia hiburan, jadi tidak hairanlah jika selalu menonton television.
     
     “Okey. The next questions is, you tengok tv ke or orang menyanyi?” Natalie sedikit bingung mendengar persoalanku.

      “I tengok orang menyanyilah” jawab Natalie sambil membetulkan kerusinya.
      
    “Di mana?” balasku sengaja menduganya.

    “You ni..mestilah kat tv” Natalie hanya membalas acuh tak acuh.
    
      “Cuba buka kat tv tu, tengok kat dalam. Ada tak pentas untuk menyanyi?”

      Of course tak ada,but gambarnya ada”

     “So maknanya, you tengok tv bukan competition. Right?”

Wajah Natalie mula berubah. Dahinya kelihatan berkerut. Aku mengambil suratku dan menyimpan kemas di sampul surat. Aku menyambung kembali perbincangan kami.

“Pelikkan? Sebab you cakap tengok orang menyanyi but I tengok kat dalam tv tu yang ada hanya ada wayar je berselirat” kataku sambil menongkah dagu menunggu jawapan Natalie.

“Memangalah dalam tv tu ada banyak bayar, tapi tv tu pancarkan gambar-gambar. So, tak adalah pelik sangat” Natalie yang kelihatan berpuas hati dengan jawapannya.

So, its not weird if orang islam sujud ke arah Kaabah untuk sembah Allah walaupun dalam Kaabah tak ada Allah” balasku sambil melemparkan senyuman ke arah Natalie yang tiba-tiba senyap mendengar jawapanku.

“Hmm..I dah faham sekarang” Natalie memandangku. Pandangannya seolah-olah ada tersurat dan tersirat. Aku tidak mampu menjawab dengan lebih mendalam sekadar memberi gambaran mudah untuk dia yang bukan beragama islam.

Aku melangkah keluar dari kilang. Aku mendongak ke langit. Awan gelap seolah-olah mula berjalan memenuhi ruang langit. Angin sejuk mula bertiup. Burung-burung mula kembali pulang ke sarang. Aku memanjangkan langkah agar segera ke tapak keretaku.

Titis-titis hujan mula turun. Tudungku mula bertukar warna akibat di basahi hujan renyai-renyai. Aku segera membuka pintu keretaku. Namun, aku terasa seolah-olah seseorang di sisiku.

“Aisyah…”

Suara itu buat aku terkaku. Aku tidak menoleh sedikit pun. Air mata yang mengalir di pipi, mengalir bersama air hujan.

“Apa yang awak nak lagi?”

“Kirana…Kirana koma..”

            “Koma?!”

Bersambung...........

No comments:

Post a Comment