Translate

Monday 12 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 13)



Betapa hati ini terisi dengan ilmu. Rohani terasa tenang seperti ingin lagi mengorek cebisan-cebisan ilmu yang masih lagi tertanam di jurang kejahilan. Seusai majlis ilmu itu, Liza mendekatiku.

“Anthi..ana nak tanya sikit boleh?” Liza yang sedikit kerisauan. Aku memasukkan buku kecilku serta terjemahan Al-Quranku.

“Ya ukhti ada apa? Risau je ana tengok”


“ Siapa ikhwah yang ustazah fahtimah nak ta’arufkan dengan ana tu? Risau ana” soal Liza yang menggaru dagunya yang sememangnya tidak gatal.

“Ana kurang pasti tapi ikhwah tu bakal doktor. Sekarang berada di tahun akhir dekat Mesir. Anthi jangan risaulah. Nanti ana temankan time ta’aruf tu, okey?” pujukku kepada Liza yang masih dalam kebimbangan ataupun lebih tepat lagi gementar.

          “Anthi lepas ni nak pergi mana? Ana kira nak ajak makan. Dah lama kita tak makan sama-sama. Perut ana dah berkeroncong dah ni,” Ajak Liza sambil memegang perutnya yang sudah menyanyikan pelbagai rentak lagu. Aku mengangguk sambil melemparkan senyuman kepadanya.


          Liza membawaku ke restoran makan yang tidak jauh dari surau Nur Hidayah. Pandai Liza memilih. Restorannya bersih dan yang paling penting halal.  

“Cantik restoran ni, pandai anthi pilih. Hari ini ana belanja anthi makan, makanlah apa anthi nak makan” kataku sambil melihat menu makanan.

“Ana dah biasa makan kat sini. Hehe..sedap tau makanan kat sini. Ana rasa nak makan Tomyamlah anthi” Liza yang sedikit terliur melihat gambar Tomyam yang terpapar. Aku masih mencari menu yang menarik seleraku. Tiba-tiba aku terasa bahuku di sentuh.

“Maafkan saya kak. Kalau tak keberatan, saya nak minta derma. Mak saya sakit. Nak minta sedikit bantuan, seringgit pun boleh kak,” seorang kanak-kanak lelaki yang bajunya sedikit tidak terurus. Usianya mungkin baru mencapai dua belas tahun. Aku terasa tersentuh, lalu mengeluarkan sejumlah wang kepadanya.

“Akak doakan mak adik akan sembuh sepenuhnya,” sambil menghulurkan wang kepadanya. Kanak-kanak itu berlalu pergi.

“Aisyah, kanak-kanak macam ni selalu jadi umpan sindiket. Kita kena hati-hati sikit.” Aku hanya menganguk mendengar nasihat dari Liza. Aku dan Liza berbual panjang sambil menikmati hidangan yang telah dipesan. Seusai menjamu selera, titik perpisahan kami berakhir di tempat meletakkan kereta.

Aku menuju ke arah keretaku. Tiba-tiba, aku terlihat kanak-kanak tadi bersembunyi di tepi keretaku. Aku mula merasa cemas dan curiga. Perlahan-lahan aku menyentuh bahunya.

“Adik tungga siapa?”

Dia yang tersedar kehadiranku, meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Matanya sedikit berkaca. Dia memerhatikan seseorang. Aku cuba memerhatikan sekeliling.

“Lelaki berkaca mata hitam tu ke?” Aku terlihat seorang lelaki yang tertinjau-tinjau mencari seseorang. Beberapa minit kemudian, lelaki itu lenyap dari pandangan. Kanak-kanak itu kelihatan dalam ketakutan.

            “Adik tak apa-apa ke? Keluarga adik tinggal dekat mana? Mari akak tolong hantarkan” Aku cuba menenangkannya dan mempelawanya masuk ke dalam keretaku.


Kanak-kanak itu tiba-tiba menangis sesudah duduk di keretaku. Aku mula kehairanan, bingung melihat keadaannya.

“Adik tak apa-apa ke?” soalku sambil mengelapkan air matanya.

“Adik nak jumpa mak..isk..isk..” jawapnya. Tangisannya tidak terhenti sedikit pun. Aku mencari tempat yang sesuai untuk berbual dengannya. Aku memberhentikan kereta di perhentian stesen minyak.

“Mak adikkan sakit. Boleh akak tahu mak adik di rawat dekat hospital mana? Ayah adik masih ada ke?” Persoalan demi persoalan timbul di mindaku.

“Kak..maafkan adik. Semua tu tipu. Semua tu untuk duit!” jawabnya. Ada kekesalan terlihat di wajahnya.

“Duit?” desisku di dalam hati. Aku teringatkan pesan Liza sebentar tadi mengenai sindiket yang cuba mempergunakan kanak-kanak untuk mendapatkan keuntungan.

“Adik..adik kena paksa buat semua ni. Abang tu cakap dia akan bagi duit kalau adik buat semua ni. Tapi abang tu tipu. Bila dah dapat duit, dia akan pukul adik. Dia cakap semua tu tak cukup. Adik cuma nak bagi emak duit.” Suaranya yang hampir tenggelam oleh tanggisannya.
            
             “Mak adik kat mana sekarang? Adik tinggal dengan mak ke?” aku ingin tahu dengan lebih lanjut nasib kanak-kanak ini.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment