Translate

Monday 21 April 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 10)



Please give me a chance. Just one chance. Abang akan berlaku adil. Ini janji abang, sayang.” Pujuk Razif sambil memelukku.

“Berikan Aisyah masa,” balasku sambil melepaskan pelukkannya lalu bangkit dan menuju ke arah bilik mandi.


Malam itu, Razif tidur di ruang tamu. Tinggal aku keseorangan di kamar tidur. Mataku sukar untuk dilelapkan. Mana mungkin aku mampu tidur lena, sedangkan hati terluka pedih. Aku bangkit menuju ke bilik mandi. Air wuduk yang mengalir di wajahku seolah-olah terasa kesegarannya hingga ke hati yang pedih.


**************************************

Assalamualaikum Kirana, sihat ke?” soalku kepada Kirana yang sudah sarat mengandung lapan bulan.

“Walaikumsalam kak, sihat juga tapi masih ada morning sickness, muntah-muntah sikit” balasnya sambil memegang perutnya. Cantik senyumannya. Matanya yang sedikit sepet kerana mempunyai berdarah campuran melayu cina.

Aku tersenyum melihatnya walaupun jauh di sudut hati ingin diri ini memberikan Razif zuriat sepertinya. Namun, aku redhakan semua ketentuan dari-Nya, walaupun bukan semua wanita inginkan perkongsian.


“Akak dah makan? Kalau tak saya call abang Razif belikan makanan” katanya dengan lemah lembut.

“Eh, takpelah. Akak nak balik kerja kejap lagi. Kirana pulak dah makan ke? nanti lapar pula baby dalam perut,” balasku sambil memandangnya.

“Takpe, kejap lagi abang kata dia nak balik. Kirana dah pesan belikan makanan” katanya lagi.

“Assalamualaikum.” Razif tiba-tiba muncul. Kami berdua serentak memandangnya.

“Wah..Aisyah pun ada. Kenapa tak call abang, sayang nak datang? Katanya lagi sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Kirana.

“Aisyah tak nak gangu abang. Abang kan selalu bussy,” balasku yang sedikit kecewa kerana Razif memilih untuk duduk di sebelah Kirana berbanding duduk di sebelahku.

“Tak adalah sayang. Hmm..Kirana sihat? Macamana baby abang ni nakal-nakal tak? Razif yang memeluk Kirana dengan erat sambil mengusap perut Kirana.

Aku hanya senyum. Sengaja aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Aku tidak dapat menipu hati ini yang sememangnya merasa cemburu dengan kemesraan suamiku dan Kirana. Namun aku tahu, diri ini tidak mampu memberikan apa yang Razif mahukan.

“Abang, Aisyah nak balik kerja. Lunch time nak habis dah. Abang balik tak malam ni? Nanti Aisyah masakkan untuk abang,” kataku dengan hati yang berbunga riang berharap Razif akan meluangkan masanya denganku.

“Abang rasa, abang akan balik selepas hantar Kirana balik kat rumah mak” balas Razif ringkas.

“Baiklah. Aisyah jalan dulu. Assalamualaikum.” Aku mengundurkan diri dan menuju ke keretaku. Aku sempat melihat kemesraan mereka berdua. Aku mengidamkan diriku ini berada di tempat Kirana. Air mataku yang mengalir pantas, lantas aku kesatkan dengan jariku. Sabarlah hati,belajar erti tabah.

Mataku mencari seseorang. Kak Mariam lama tidak kelihatan berkerja di kilang. Aku cuba mendekati seorang pekerja kilang yang lain.
          
           “Maafkan saya, Kak Mariam dah berhenti kerja ke? saya dah lama tak nampak dia” soalku kepada pekerja wanita yang mengurus bahagian pembungkusan.
         
       “Kak Mariam? Oh, dia dah lama tak pergi kerja. Saya pun tak tahu apa-apa berita tentang kak Mariam,” balasnya.

Hairan. Mengapa kak Mariam berhenti kerja secara tiba-tiba. Sebab suaminya ke? Banyak persoalan bermain di fikiranku.
        
        Tiba-tiba, terdengar deringan telefonku berbunyi tanda ada panggilan masuk untukku. Aku segera mencari telefon bimbitku dan menjawabnya.
         
            “Assalamualaikum ukhti..” Suara yang amat aku kenali.
          
             “Walaikumsalam, ukhti Liza. Ya Allah rindunya ana kat anthi,” balasku melepaskan  kerinduan.
          
            “Apa khabar ukhti? Lama tak dengar kabar, sihat?” soal Liza yang turut merinduiku.
          
            “Alhamdulillah, ana sihat” jawabku sambil menuju ke pejabatku.
          
           “Ukhti free tak sabtu ni? Jom kita ikut usrah ustazah Fatimah kat surau Nur Hidayah. Dah lama kita tak pergikan?” ajak Liza.
          
             “Okey, InsyAllah ana pergi. Dekat surau Nur Hidayah kan?” kataku meminta kepastian
          
         “Yup, betullah tu. Okeylah asif gangu anthi kerja. Take care ukhti, Assalamualaikum..” Liza mematikan talian.
          Sudah lama diri ini tidak mengisikan masa di majlis ilmu. Biarlah aku lupakan semua yang aku hadapi sebentar.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment