Translate

Monday 5 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 12)



“Prang!” Pinggan di gengamanku jatuh pecah berderai di atas simen marmar dapurku membuatkan aku terjaga dari lamunan.

“Aisyah lupakanlah kisah silam. Kuatkan hati.” Desisku sambil mengeleng-gelengkan kepala. Perlahan-lahan ku kutip serpihan-serpihan kaca yang berderai. Aduh! Sekeping kaca halus menusuk di jariku, darah yang mengalir segeraku cuci dan balutkan dengan kapas.


“Sakit di hati, lebih dalam dari luka tusukan kaca ini.” Hatiku berbicara saat merenung jari yang menjadi mangsa lamunan terindah. 

**********************************************************


"Assalamualaikum, apa khabar ukhti? Lama ustazah tak jumpa.” Tegur ustazah Fatimah sambil menyentuh lembut bahuku. Aku sengaja berada di surau lebih awal sebelum usrah yang bermula beberapa jam lagi.

“Walaikumsalam, ustazah rupanya. Alhamdulillah Allah masih kurniakan kesihatan yang baik kepada ana,” balasku sambil melemparkan senyuman yang manis kepadanya. Tangannya ku gengam erat.

Ustazah meninggalkan aku seketika untuk menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Aku teringat akan sepotong hadis Rasulullah SAW,

“Apabila kamu masuk masjid, maka janganlah kamu terus duduk, sebelum kamu sembahyang dua rakaat.” Indahnya sunnah baginda.

Selesai solat, ustazah mendekatiku yang khusyuk membedah buku.

“Wah..khusyuknya membaca ukhti. Buku apa tu ukhti?” soal ustazah Fatimah sambil membetulkan tudungnya. Mataku yang tadinya khusyuk menatap buku segera menukarkan arah.

“Eh ustazah, taklah khusyuk sangat. Ana beli buku ni semalam. Tajuknya ‘Semanis Kepahitan Ujian’ Aisyah tertarik baca kata-kata dalam buku ni, menarik sangat” Aku menunjukkan muka depannya. Ustazah Fatimah turut tertarik mendengar tajuknya.

“Ujian yang pahit akan bertukar manis bila di sertai ketabahan hati. Itulah dunia Aisyah. Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah mengatakan dalam kitabnya Futuh al-Ghyab, pandanglah dunia seperti kita melihat orang yang sedang membuang hajat. 

Auratnya kelihatan dan baunya menyengat. Kita pasti akan memalingkan pandangan dari auratnya dan menutup hidung dari baunya. Dunia ini penuh dugaan. Aroma kenikmatan yang banyak melalaikan kita ukhti. Hanya dengan ujian, kita akan dapat mengenal siapa diri kita sebenarnya, iaitu hamba kepada-Nya” Tangannya memegang tanganku dengan lembut. Kejernihan wajahnya membuat diri ini berasa tenang.

“Ustazah, ana nak tanya secara peribadi. Macam mana kita nak cari ketenangan dalam berumah tangga, di saat kasih sayang suami sering terbahagi. Kadang-kadang kesabaran itu teruji” Mataku tepat memandang matanya. Mengharapkan secebis kata untuk kekuatan hati.

“Aisyah kena ingat, tenang itu menang. Langkah pertama adalah sentiasa tenang walaupun situasi tegang, kerana hanya hati yang tenang dapat dapat memahami hikmah di sebalik ujian. Bukan mudah berkongsi. Jangan lihat kesilapan, namun lihatlah pada penyelesaian. Mungkin zauji anthi tak sedar silapnya. Bawa berbincang di situ. Mungkin ada jalan,” jawap  seolah-olah memahami isi hati ini.

“Bila lihat Aisyah, teringat dekat anak saudara ustazah yang belajar kat Mesir tu. Sebaya dengan ukhti, ambil medik. Untung Aisyah dapat jodoh awal. Susah nak jumpa gadis yang lemah lembut, cantik macam Aisyah. Dia nak ustazah carikan dia akhwat buat isteri katanya,” kata ustazah sedikit tersenyum teringatkan anak saudaranya itu. Aku teringatkan seseorang.

“Ukhti Sharliza kan masih single?” wajah Liza terbayang di mataku. Liza yang belum punya buah hati.
“Assalamualaikum, wah rancaknya berbual. Cerita pasal apa ni? Boleh ana join?” Liza yang muncul tepat pada masanya. Aku dan ustazah Fatimah saling berpandangan sambil tergelak kecil. Tidak di sangka orang yang di sebut, datang tepat pada masa yang sesuai. Liza berasa sedikit kehairanan.

“Walaikumsalam. Kami baru je sebut nama anthi tadi,” balas ustazah Fahtimah sambil memberi ruang untuk Liza duduk.

“Iyalah ukhti. Kira nak satukan merpati dengan merpati. Bila lagi nak membina mahligai kan?” usikku kepada Liza sambil memandang wajah ustazah di sertai dengan senyuman yang bermakna.

“Merpati? Mahligai? Kalau dah ada merpati yang hinggap, mahligai dah lama terbina” jawab Liza yang semakin memahami isi perbualan kami. Ustazah Fahtimah tersenyum, seolah-olah calon zaujah anak saudaranya telah muncul. Tidak lama selepas itu, usrah bermula dengan senyuman kegembiraan setiap akhawat yang datang dari jauh mahupun dekat.

Bersambung......







No comments:

Post a Comment