Translate

Tuesday 3 June 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 16)



  
“Kaca?!”

Aisyah apa semua ni?! Kenapa ada tiga butir kaca abang jumpa kat dalam bubur yang Aisyah bawa ni? Aisyah nak bunuh Kirana ke hah?!” bentak Razif lalu melemparkan mangkuk yang masih berisi bubur itu ke lantai. Aku memandang lemah bubur yang bertaburan di lantai. 

Bunyi yang bising membuatkan bayi kembar itu terjaga. Razif menarik lenganku dengan kasar ke arah luar bilik.

“Apa yang Aisyah sakit hati dengan Kirana? Oh, tak payah nak bagitau abang. Ni mesti sebab Kirana dah lahirkan anak untuk abang kan?!” suara Razif yang tinggi membuatkan orang lain menoleh ke arah kami.

           “Astaghfirullah. Abang..Aisyah tak ada niat pun macam tu. Percayalah..” Aku cuba menjernihkan keadaan. Aku tidak sanggup diriku dipersalahkan mentah-mentah


“Jadi, kenapa ada serpihan kaca kat dalam bubur tu?! Apalagi yang Aisyah nak bagi alasan? Nak bagitau kaca tu datang sendiri?” Nada sinisnya semakin menikam dihati ini.

“Tak abang. Kaca tu sebenarnya..” Aku belum sempat menghabiskan kata-kataku, tangan Razif sudah singgah di pipiku dengan kasar.

“Mulai hari ni, aku ceraikan kau dengan talak satu. Berambus kau dari sini!” Mata Razif yang tajam menjelingku. Dia berlalu meninggalkan aku sendirian yang masih terkaku. Badanku terasa lemah. Aku terduduk. Mataku terasa tidak berkelip. Jantung seolah-olah berhenti seketika.

Aku menyandarkan badanku dengan perlahan di tempat duduk keretaku. Mataku pejam erat-erat. Hati yang hancur luluh, membuatkan airmataku sekali lagi mengalir deras. Aku tidak menyangka begitu mudah untuk Razif melafazkan kata-kata itu. Begitu mudah Razif mengakhiri gerbang impian yang telah lama terbina. 

Ya Allah..aku hamba-Mu yang lemah. Kesilapan yang seolah-olah menampakkan aku sebagai pesalah.

Perlahan-lahan aku menenangkan diri. Aku mula menghidupkan enjin keretaku. Aku menekan pedal minyak. Aku memandu menuju ke kilang. Walaupun sebenarnya, diri ini perlukan masa untuk menstabilkan emosi. Namun, aku tidak dapat abaikan tanggungjawabku.

Aku menghela nafas panjang. Pandanganku tertumpu dengan lampu merah biru berselang seli.

“Polis?”
           
            Aku segera keluar dari kereta dan menguncinya. Apa yang sebenarnya terjadi? Dua buah kereta polis berada di depan pintu kilang bersama sebuah ambulans. Suasana yang agak hingar bingar, membuatkan diriku ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

Tiba-tiba polis mengeluarkan sesuatu dari sebuah stor lama di belakang kilang. Semua pekerja kilang saling berbisik sesama sendiri. Aku masih dalam kebingunggan. Aku mendekati seorang daripada anggota polis tersebut.

“Maafkan saya encik. Saya Pengurus bahagian pemprosesan makanan. Apa yang terjadi sebenarnya?” soalku yang masih tidak memahami apa yang terjadi.

           “Oh..awak ni Puan Aisyah kan?”


“Ya..saya Puan Aisyah”

“Macam ni puan..seorang pekerja kilang ni, menjumpai sekujur tubuh yang sudah hampir reput.  Kami percaya ini kes bunuh, kerana ada kesan luka di perut dan leher mangsa akibat tikaman dari benda tajam. Semua barang berharga mangsa hilang. Kami hanya menjumpai kad pengenalan mangsa” Anggota polis itu menghulurkan sekeping kad pengenalan kepadaku.

“Mariam binti Omar? Inikan nama kak Mariam?! Ya Allah..apa dah jadi dengan kak Mariam?!” 

Aku menekup tangan ke bibirku. Seperti tidak percaya apa yang terjadi. Mayat kak Mariam sudah hampir reput. Baunya hingga menusuk ke hidung. Matanya terbeliak namun hampir hancur dimamah ulat. 

Hatiku hiba seketika. Senyuman manis kak Mariam singgah di mataku. Adakah angkara suaminya?

“Maafkan saya encik. Ada seperkara yang ingin saya maklumkan dekat encik. Mungkin maklumat ni dapat membantu”

Aku mengikuti pihak polis ke balai untuk memberi maklumat. Aku menceritakan perihal sebulan lalu mengenai kak Mariam dan suaminya. Semua peneranganku dicatat.

“Terima kasih puan. Kerjasama yang puan berikan, sangat kami hargai” kata seorang anggota polis wanita yang bertugas mengambil keteranganku.

“Macam mana dengan keluarga mangsa? Dapat tak di hubungi?”

“Kami sudah hubungi keluarga mangsa. Mungkin sebentar lagi mereka sampai. Tadi kami di maklumkan mereka sudah berada dihospital untuk mengesahkan mayat mangsa” katanya dengan nada tegas.

Aku melangkah keluar dari balai polis. Aku menyeluk beg untuk mencari telefon bimbitku. Kosong, itu yang terpapar di skrin telefonku.

“Mulai hari ni, aku ceraikan kau dengan talak satu. Berambus kau dari sini!” kata-kata Razif terngiang-ngiang di telingaku membuatkan hatiku pedih. Tiba-tiba telefon digengamanku terjatuh menyusuri tangga.

            “Ini kakak punya ke?” satu suara yang aku belum dapat menjangka milik siapa. Aku mendongak ke arah suara itu.


“Adib?!” terkejut melihat kelibat Adib. Namun mata dan hidungnya merah seolah-olah baru sahaja menangis


“Adib buat apa kat balai polis? Adib ikut orang tak baik lagi ke?” soalku yang kehairanan dengan kehadirannya. Adib memandangku. Tiba-tiba Adib memelukku. Tangisannya dilepaskan di pangkuanku.

“Kak…mak Adib..mak Adib dah tak ada..” suaranya yang tengelam timbul oleh tangisannya.
“Apa? Takkanlah…” Aku menjangka sesuatu, namun aku hanya pendamkan di hati.

Bersambung........

No comments:

Post a Comment