Translate

Thursday 10 July 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 21)


Wajah Afiqah yang lena di ribaanku, membuatkan aku tersenyum. Anak kecil yang baru berusia sebulan lebih seumur dengan kembarnya Afiq yang turut lena tidur di katil kecilnya. Dengan perlahan aku mengucup dahi si anak kecil ini. 

Karina masih dalam keadaan koma. Razif duduk di sisinya. Ibu Razif memelukku bahuku, melemparkan senyuman tawar kepadaku.

“Hmm..mak..dah berapa lama Kirana koma?” panggilan emak masih melekat di bibirku walaupun sudah sebulan berpisah dengan Razif.

“Dah tiga minggu Aisyah.Doktor sahkan yang Kirana menghidap penyakit Anemia semasa mengandung lagi. Haa..Kirana hilang banyak darah lepas bersalin. Kirana tak nak kena hantar kat hospital. Dia berkeras tak nak pergi. Dia tak nak berpisah dengan Afiq dan Afiqah” suara ibu Razif kedengaran hiba.
Aku mengalihkan pandangan ke arah Kirana yang masih belum sedarkan diri. Wajahnya pucat. Bibirnya sedikit kebiruan. Bantuan pernafasan menjadi tempat pergantungan kepada sistem pernafasannya. Perasaanku turut hiba. Kesunyian menyelubungi kami.


“Aisyah tak nak rujuk balik dengan Razif?” Soal ibu Razif kepadaku yang sedikit berbisik sambil memandang wajah comel Afiqah dan Afiq. Aku terdiam mencari jawapan yang belum tentu aku mampu mencarinya.

“Mak bukan nak campur urusan Aisyah dengan Razif. Mak pun serba salah tengok kamu. Mak dah anggap Aisyah macam anak mak sendiri. Aisyah tak kesian ke tengok Afiqah dan Afiq ni? Razif tu mak tengok sejak berpisah dengan kamu, jadi tak terurus dah. Kirana tu tanggungjawab dia, tapi dia masih sayang kamu” tambahnya lagi seolah-olah ingin memujukku untuk kembali ke pangkuan anaknya.

“Entahlah mak. Mungkin abang Razif dah di takdirkan untuk Kirana. Aisyah rasa, Aisyah ni, cuma perantaraan jodoh antara abang Razif dan Kirana. Aisyah tak nak jadi penghalang mak. Mungkin abang Razif lebih bahagia tanpa Aisyah di sisi” aku menundukkan wajahku. 

Tidak sanggup menampakkan wajah kecewaku dihadapan ibu Razif.

“Aisyah nak tahu? Dulu masa pertama kali Razif beri gambar Aisyah kat mak, mak dapat rasa yang Aisyah ni bukan gadis biasa. Razif tu dulu bukan jenis bergaul sangat dengan perempuan. Bila mak tengok gambar Aisyah yang bertudung labuh, senyuman manis. Mak terus berkenan. Jadi mak yang suruh Razif tu pinang kamu cepat-cepat” Ibu Razif senyum ke arahku sambil jari jemarinya membelai kaki kecil Afiq yang masih terlena. Masa silam berputar kembali. 

Hanya kerana dompet, segalanya terukir antara aku dan Razif.

“Biarlah Allah yang tentukan segalanya mak. Sebab apa yang Allah aturkan itu yang terbaik untuk kami. Aisyah yakin mak” Aku meletakkan sedikit harapan yang aku sendiri tidak tahu kesudahannya. Aku dengan perlahan bangun dari kerusiku menuju ke arah Razif yang duduk di sebelah tilam Kirana.

“Awak nak makan apa-apa tak? Saya nak masakkan lauk untuk makan malam. Mak awak tu tentu lapar” Wajah Razif yang makin menggurus membuat hati ini semakin risau tentang kesihatannya.

“Tak menyusahkan Aisyah ke? Hmm..maaf” soal Razif yang sedikit lemah. Aku hanya mengelengkan kepala sambil tersenyum, lantas mengemas cawan kosong ditepi mejanya. Ibu Razif hanya memandangku. Dia nampak lesu dan keletihan. Aku membiarkan mereka berehat walaupun diri ini sendiri menghela keletihan.

 Aku membancuh kopi dengan perlahan-lahan. Fikiranku melayang memikirkan Kirana. Gula aku ambil sedikit demi sedikit.

Aku hanya mereneh sup ayam bersama sayur-sayuran. Tubuhku sendiri lemah. Aku duduk sebentar melepaskan lelahku sebentar. Aku terasa seseorang dibelakangku.

“Aisyah..” Razif yang muncul secara tiba-tiba.
          
          “Eh maaf saya lupa nak hantar kopi ni. Awak rehatlah dulu”
          
           “Aisyah, sebenarnya abang tak dapat terima kenyataan yang abang dah kehilangan Aisyah. Walaupun Kirana ada tapi hati abang masih terasa tak lengkap” Razif yang tadinya di belakangku, kini duduk di hadapanku.
           
           Mulut aku terkunci. Aku masih menyimpan luka di hati. Hairan mengapa hati Razif masih kosong sedangkan dia sudah dapat apa yang dia mahu.
          
           “Aisyah, abang merayu. Abang harap sangat-sangat kita dapat bersatu..”
          
           “Untuk apa? Untuk apa nak bersatu sekali lagi? Abang dah ada segalanya. Lupakan sahaja semuanya. Bagi Aisyah semua dah berakhir. Kirana perlukan abang. Tak perlu nak ragu apa pilihan abang. Cukup diri Aisyah simpan luka yang sedang berdarah. Aisyah redha. Allah ada kat sisi Aisyah. Tak perlu fikirkan tentang Aisyah” Bidasku sebelum Razif menghabiskan kata-katanya.
          
           “Razif, Aisyah..” Ibu Razif secara tiba-tiba muncul. Suaranya tersekat-sekat kerana menuruni tangga dengan cepat.
        
          “Kirana dah sedar..” 

Bersambung.........

No comments:

Post a Comment