Translate

Tuesday 24 June 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 19)


         Aku dalam perjalanan ke rumah ustazah Fahtimah. Liza yang masih berdebar, menungguku di sana. Namun, aku terasa sakit di bahagian bawah perutku. Mukaku kelihatan pucat. Mungkinkah penyakit lamaku datang kembali?
          
          Aku membelokkan keretaku menuju ke sebuah klinik. Klinik yang masih baharu, dugaku.
         
       Aku perlahan-lahan membuka pintu kereta. Namun, kaki yang terasa lemah membuatkan aku tersungkur. Tangan kananku memeluk erat bawah perut yang terasa seperti dihiris-hiris. Badanku terasa menyentuh tanah. Pandanganku menjadi gelap.

            
          “Sayang..abang akan jadikan sayang wanita yang paling bahagia di dunia ni” Razif memelukku dengan erat. Tangannya mengusap lembut setiap helaian rambutku. Namun, lama kelamaan pelukkannya perlahan-lahan menjadi longgar. 

         Aku melihat matanya sedalam-dalamnya. Tiada bayanganku di matanya, yang ada hanyalah Kirana. 

         Tiba-tiba aku terasa tanganku di sentuh lembut oleh seseorang. Razif melangkah selangkah demi selangkah meninggalkanku menuju suatu tempat yang aku sendiri tidak pasti.
         
         Tanganku digengam lembut oleh seseorang yang aku juga tidak jelas melihat wajahnya yang ditutupi oleh kilauan cahaya.
          
        “Cik Aisyah..bangun cik Aisyah” Aku dengan perlahan membuka mataku. Adakah aku bermimpi? Aku menoleh ke sisiku.
          
       “Cik Aisyah dah sedar? Alhamdulillah..syukurlah.   Cik jangan risau. Cik ada kat klinik saya. Cik pengsan tadi dekat depan klinik saya” Tambahnya lagi yang kelihatan mesra. Umurnya mungkin dalam lingkungan dua puluh lima tahun seumur denganku. Berkulit putih dan rambutnya tersisir rapi.
          
        “Awak ni siapa? Doktor ke?” Mataku yang masih kabur cuba memerhatikan keadaan sekeliling. Aku teringatkan mimpi yang aneh sebentar tadi. Mimpi yang membuatkan aku tidak sedar menyentuh seseorang yang ajnabi bagiku.
         
       “Saya Zulkarnain, doktor dekat klinik ni. Keadaan cik Aisyah begitu lemah. Tekanan darah juga lemah. Cik Aisyah perlu banyak berehat. Kejap lagi saya akan suruh jururawat saya bagi ubat kat dengan Cik Aisyah” Dia melemparkan senyuman kepadaku.
       
    “Tapi doktor..”

“Panggil saya Zul, saya tahu kita seumur. Saya dah tengok kad pengenalan awak tadi. Nama awak pun saya tahu dari sana” Zulkarnain menunjukkan dompetku yang tersadai di mejanya.

“Tapi..saya tak nak ubat..Saya tak apa-apa mungkin terlalu penat berkerja” Aku dengan perlahan-lahan bangun dari katil. Aku memang tidak gemar menelan ubat sejak dulu.
            
           “Satu tajribah menarik tapi ubat yang saya bagi tu perlu makan. Saya tahu muslimah macam awak tahu jaga kesihatan. Wanita sekarang perlu jaga kesihatan. Pemakanan pun perlu ambil perhatian.” Sambil menulis laporan pesakit di bukunya.

            Aku hanya diam membisu. Sakit yang aku rasakan tadi sudah bersansur pulih Aku tidak dapat mengingati apa yang terjadi sebentar tadi, pandanganku hanya terasa gelap. 

Tiba-tiba nama seseoarang menjenggah di fikiranku. Liza! 

        “Assalamualaikum..anti assif…” aku meghubungi Liza yang telah lama menungguku. Jam yang menunjukkan jam tujuh setengah petang. Aku sudah terlewat selama dua jam!
          
             “Walaikumsalam..anti kat mana?” suara Liza yang tenang di hujung talian.
         
              “Sebenarnya..er ana kat klinik”
          
             “Hah? Anti sakit ke? kenapa tak bagitau ana?”
          
            “Er..jangan risau ana tak apa-apa. Jadi macam mana dengan ta’arruf tadi?” Aku sengaja mengubah topik.
          “Ta’arruf tu lepas isyak nanti. Ustazah Fahtimah bagitau yang anak saudara dia, ada pesakit lagi kat klinik tadi. Anti rehatlah, ana dah tak gelabah sebab asyik berbual panjang dengan ustazah Fahtimah” suaranya yang tidak lagi gelabah.
         
          “Terima kasih ukhti..” Aku merasa lega, mendengar suara Liza yang lebih tenang dari sebelumnya.
          
          “Anti..nak ikut rombongan umrah April ni ke?  Ustazah Fahtimah ajak ana dan anti sekali.” Persoalan Liza yang buat aku berfikir sejenak.
         
          “April ni? Satu bulan lagi dari sekarang. Baiklah ana akan usahakan. Anti, hari dah nak hujan ana nak pulang rumah cepat takut sesak pula. Anti banyakkan berdoa tau , ingat pesan anti. Kirim salam kat ustazah Fahtimah. Assalamualaikum..” Aku segera mematikan talian. 

         Guruh sudah sambung menyambung memecah langit. Aku menghidupkan enjin keretaku. Hujan lebat menyiram bumi. Aku memanaskan enjin kereta, keretaku belum berganjak dari kawasan klinik. Aku menunggu hujan sedikit reda.
         
       Aku terbayang mimpiku sebentar tadi. Aneh, mimpi yang terlalu aneh bagiku. Terasa Razif telah pergi selama-lamanya dari sisiku.
         
       “Tok..tok..” Tiba-tiba tingkap cerminku di ketuk. Terlihat kelibat Zulkarnain yang di basahi hujan. Aku segera membuka tingkap keretaku sedikit.

            “Cik Aisyah…dompet awak..” katanya yang sudah basah kuyup. Dia segera menyerahkan beg plastik di tangannya dan segera melangkah ke kliniknya semula. Aku yang tidak sempat mengucapkan terima kasih, terpaksa menutup tingkap keretaku dengan segera.

Terasa bersalah menyelubungi hati. Aku melihat beg plastik yang dia berikan. Dompetku dibalutnya kemas agar tidak dibasahi hujan.  Mataku tertumpu ke arah sehelai kertas.
         
        “Kertas apa ni?” aku menggaru dahiku yang tidak terasa gatal. Perlahan-lahan aku membuka helaian kertas itu.

“Tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati. Banyakkan muraqabah, sesuatu pasti berubah”
                                                                                              -Dr Zul-    
         
        Aku melihat ubat-ubatan yang Zul arahkan jururawat berikan untukku. Benar katanya, aku perlu usaha mencari ubat. Tapi bukan hanya ubat untuk luaran tapi juga untuk dalaman iaitu hati. Mataku beralih sekali lagi kearah dompetku. Nama Razif muncul di fikiran. Dompet yang membawa memoriku bersama dia mula berputar kembali.

            Hujan semakin reda. Aku segera menekan pedal minyak lantas meninggalkan cebisan-cebisan kenangan yang masih tersisa.

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment