Translate

Tuesday 15 April 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 9)




“Hello..siapa ni?” suara Razif akhirnya muncul di hujung talian.

        
 “Isk..abang..ni Aisyah..” Aku tidak sanggup berkata apa-apa lagi. Hati ini bagai di dirobek-robek. Air mata laju menuruni pipi.

“Abang..apa semua ni bang..isk..apa yang abang buat di belakang Aisyah..siapa perempuan tu tadi..isk..isk..bagitahu Aisyah abang” Tidak dapat lagiku pendamkan isi hati ini.

“Aisyah..abang boleh jelaskan semua. Sebenarnya..” Razif ingin membela dirinya namun aku mematikan talian. Aku tidak sanggup untuk mendengar penjelasannya. Cukup apa yang aku lihat dan dengar.
          
Razif cuba berkali-kali menghubungiku. Aku hanya membiarkan telefonku dengan puluhan panggilan darinya.
          
Aku tahu, aku sukar memberikannya zuriat. Tapi itu bukan kehendakku. Aku juga ingin melahirkan zuriat untuk kami berdua seperti pasangan lain. Hati ini lebih sakit dari apa yang Razif rasai. HHhh Hanya Allah sahaja yang tahu hati seorang wanita.   

**************************************
Aku sengaja lambat pulang ke rumah. Bukan kerana kerjaku yang banyak namun, aku tahu suamiku telah kembali pulang ke rumah.
        
Kelihatan keretanya di halaman rumah. Aku hanya pasrah kepada-Nya. Tiada tempat untukku mengadu selain Dia. Inilah dugaan untukku.

Aku melangkah masuk ke rumah. Kelihatan Razif duduk di sofa sambil memandangku.
         
Setelah memberi salam, aku hanya berlalu pergi. Aku segera masuk ke dalam bilik tidur. Aku tidak sanggup untuk menatap wajahnya. Hati ini kembali luka berdarah mengenangkan peristiwa itu.
         
Razif perlahan-lahan masuk ke bilik.
          
“Hmmm..maafkan abang..” Razif bersuara tiba-tiba. Aku sedikit pun tidak memandangnya. Hatiku terasa hancur berderai.
         
“Siapa perempuan tu abang?  Apa yang sebenarnya  abang  sembunyikan dari Aisyah? Sampai hati abang buat Aisyah macam ni..” Aku  mengeluarkan isi hati yang selama ini hanya tersemat di dalam hati.

“Abang nak bagi tahu sayang hal ni dari awal, tapi abang belum jumpa masa yang sesuai untuk mengungkapkannya. Hari ini, abang akan luahkan sagalanya. Sebenarnya, abang dah kahwin dengan kawan sepejabat abang. Dayang Kirana namanya. Abang rasa, ini yang terbaik untuk kita. Abang kahwin dengan dia pun untuk mendapatkan zuriat abang. Keturunan abang, sayang.” Razif tanpa sembunyi menjelaskan semuanya.

Terasa lemah badanku saat mendengar tiap patah kata yang keluar dari mulut Razif sendiri. Berita yang telah membuatkan diriku kaku serta merta. Aku tertunduk. Jantungku seolah-olah tidak berdenyut lagi. Hanya air mata yang menzahirkan kata-kata di hati.

“Sayang..abang takkan ceraikan sayang. Abang masih menyayangi sayang. Ini untuk kebaikan kita. Abang yang beritahu mak untuk merahsiakan hal ni daripada sayang. Abang tak nak sayang berasa tertekan setelah pembedahan itu. Kalau sayang setuju, abang nak bawa Kirana jumpa sayang. Untuk kebaikan kita juga sayang,” kata-kata lembut Razif tidak sedikit pun meredakan luka di dalam hati. Razif dengan lembut menyentuh tanganku, namun aku segera menepis.

“Apa maksud abang terbaik untuk kita? Apa kebaikan untuk Aisyah abang kahwin lain, abang? Abang langsung tak faham perasaan Aisyah. Abang langsung tak minta keizinan daripada Aisyah. Aisyah cuba jadi isteri yang terbaik untuk abang.. Apa ianya tidak cukup bagi abang..isk..isk..” Luahan dari hatiku yang sudah terlalu terluka.

“Abang nak zuriat sayang.. Sayang dah tak dapat beri zuriat kat abang.” Balas Razif sambil memandangku dengan pandangan kekecewaan.

“Itu Aisyah tahu abang. Kenapa abang tak faham perasaan isteri abang sendiri. Aisyah juga kecewa. Tapi doa Aisyah tak pernah putus minta Allah bantu kita. Abang langsung tak cuba untuk memahami Aisyah” Luahan yang tidak aku sembunyikan lagi. Aku tidak ingin kebahagianku selama ini hanya sebentar.

“Please give me a chance. Just one chance. Abang akan berlaku adil. Ini janji abang, sayang.” Pujuk Razif sambil memelukku.

“Berikan Aisyah masa,” balasku sambil melepaskan pelukkannya lalu bangkit dan menuju ke arah bilik mandi.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment