Translate

Wednesday 20 August 2014

Signature Dish: Bambangan Pickles (Jeruk Bambangan)


Dalam entre Signature Dish kali ini, saya nak ketengahkan makanan traditional suku kaum Kadazandusn di Sabah iaitu Jeruk Bambangan.

Dalam entre yg lepas di dalam Perbezaan yang Unik , bambangan adalah salah satu yang saya senaraikan.

Sedikit introduction,buah ini dalam keluarga Mangga dan nama sainstifik beliau adalah Mangifera pajang. 

So kali ini, saya nak tunjuk cara penjerukkan buah bambangan. Selamat Membaca (^_^)

************************

1. Inilah dia buah bambangan yang fimiliar di Sabah. Bentuknya seakan-akan tempurung kelapa but sebenarnya bukan. Kulitnya tebal dan perlu berhati-hati bcoz jika getahnya terkena tangan boleh menyebabkan kudis/luka. So be careful.


2. Langkah pertama untuk membuat jeruk bambangan, kulitnya perlulah dikupas terlebih dahulu. Yup, now its look like manggo kan?


3. Asingkan isi dan bijinya but jangan buang biji, kerana ia merupakan ramuan utama dalam penjerukkan ini. Isinya di potong dadu sederhana besar.


4. Selepas siap di potong dadu, cuci buah hingga bersih.



5. Langkah seterusnya, bijinya perlu dibelah dua untuk mengambil isi bijinya yang di dalam.


Biji buah mambangan sebelum di belah dua.

Isi biji mambangan di potong halus.
6. Selepas isi biji bambangan di potong halus, ia perlu di kisar menggunakan pengisar. Sebelum terciptanya blender, batu lesung menjadi pilihan untuk menumbuk halus isi biji bambangan ini walaupun ia mengambil sedikit masa.


 7. Inilah hasilnya selepas dikisar halus.


8. Selepas dikisar, ia dicampurkan bersama isi bambangan sehingga sebati. Simpan didalam tempat udara sekurang-kurangnya seminggu. Apa yang menarik tentang jeruk bambangan ini, ia tidak memerlukan sebarang bahan pengawet. Ia terawet secara semula jadi oleh beberapa bacteria baik seperti Lactobacillus plantarum, Pediococcus pentosaceus and Candida krusei.  Kadar keasidannya semakin kuat dari hari ke hari. Jadi, kena makan dengan berpada-pada. 

Hasilnya selepas 3 minggu
9. Inilah hasilnya. Selalunya, jeruk ini dimakan bersama nasi dan lauk pauk. Aromanya kuat dan mampu membuatkan sesiapapun terliur.


Itu saja yang saya mampu kongsikan dalam entre Signature Dish. Hope sesiapa yang tak pernah jumpa or rasa benda ni, cubalah terbang ke negeri di bawah Bayu ini. Mungkin tidak semua menyukai buah ini, tetapi aromanya mampu menarik selera makan untuk para pengemarnya.

Wasalam

No comments:

Post a Comment