Translate

Friday 23 May 2014

Potret Kehidupan



Aku melihat meja belajarku, pandanganku kosong. Fikiranku melayang semula. Pagi yang samar-samar cahayanya.

Penulisan kali ini biarlah menjadi potret kehidupanku. Menjadikan potret kehidupan orang lain sebagai warna potretku sendiri.
-Flash Back- (17/5/14)- Rumah Kebajikan Kanak-kanak,Papar,Sabah-

“Okey guys, kita akan sampai sekejap lagi. So prepare semua barang2 and pastikan xda yg tinggal” our leader bg peringatan ringkas.

Aku hanya mengangguk faham. Hanya aku dan dua rakanku student second year yg lain is our junior. But xda masalah dari segi communication bab semua pun peramah .

After arrive kat rumah kebajikan, satu perasaan tiba-tiba mengetuk hati. Terasa sayu…

Our program pun bermula dengan ceramah pemakanan oleh our senior from Food Science and Nutriition course.

Aku mencari ruang duduk dicelah kanak2 di sana. Aku mendekati seorang budak perempuan. Aku kira umurnya 6 tahun.

Aku duduk dan lemparkan senyuman.

“Adik siapa nama? Boleh akak tahu?”

“Ain Insyirah..” suaranya halus dan samar2. Dia malu agaknya.

Tiba2 seorang budak lelaki yg seperti sebayanya datang mendekati kami.

“Ain, tulis macam ni” kanak2 itu berbisik kepada Ain Insyirah.

Dua kanak2 itu seperti saling bantu membantu, walaupun umur mereka masih terlalu muda.

“Oh nama adik Aiman rupanya” aku melihat bukunya yang tertulis namanya. Dia tersenyum manis tanpa 
berkata apa2.

Aku melihat Aiman seolah-olah menjaga Ain dengan bersungguh2. Mungkin Aiman tiada adik beradik kot kat sini.

Hati semakin tersentuh. Tertanya2..mengapa kanak2 kecil ini, secomel ini berada disini.?

“Kak oh kak, aku mahu jadi tinggi jadi apa aku perlu makan?” lamunanku terganggu.  Aku menoleh ke sebelah kiriku. Seorang remaja lelaki yang aku kira 16 tahun umurnya.

“Oh, senang ja. Minum banyak susu, makan daging, ayam, telur dan ikan” aku membalas spontan.

“Tapi kak, aku tak makan ikan. Gatal badan” sambil dia mengaru tangannya.  Aku terlihat kesan parut di tangannya. Parut yang hampir 80% menghiasi kulit tangan hingga lengannya kedua-dua belah.

Aku terdiam namun hati aku berbisik, mungikn ada kisah disebalik parutnya.

“Nama aku Fendi kak” sambil tersenyum dengan aku.

************************

Seterusnya, aktiviti kami adalah ice breaking. Aku sebagai fasilitator untuk kumpulan pertama. Seorang akan terpilih untuk memperkenalkan dirinya.

Fendi rupanya masuk kumpulan denganku dan dia di minta memperkenalkan dirinya.

Tiada apa yang buat aku tersentuh, sehingga satu persoalan yang dijawab Fendi iaitu makanan kegemarannya.

“Makanan kegemaran saya…….” Dia sedikit tunduk.

“Masakan ibu..” matanya sedikit berkaca.

Aku melihatnya..air mataku mula jatuh namun dengan cepat aku kesat dengan tudungku.

Fendi kembali duduk disebelahku. Dia tetap senyum denganku. Aku mengambil kesempatan mengenali dengannya.

“Fendi kat sini sorg ke?” soalku

“Tak kak, adalagi 2 orang adik. Aku anak sulung. Adik aku yang baju merah tu. Yang lagi satu kat kumpulan lain”

“Aiman tu pun adik  budak perempuan dia kat sana tu, Ain Insyirah nama dia. Dua orang lagi di taska” tambahnya.

“Budak seumur begitu sudah tahu tanggungjawab dengan adiknya. Inikan pula ibubapa yang sudah cukup fikirannya, mengapa masih tak tahu tanggungjawab??” bisikku di dalam hati.

Perbualan kami terhenti. Semua kanak2 itu mula bergerak ke ruang makan khas untuk mereka.

Aku mendekati penjaga rumah kanak2 itu. Lebih mesra di panggil ibu. Ibu berasal dari Terengganu.  Semoga Allah memberi pahala yang tak henti2 untuk ibu yang tak pernah mengeluh menjaga anak2 syurga ini.

“ Ibu, boleh saya tanya? Memang banyak kanak2 yang dibuang disini sekali dengan adik-beradik dorg ke?”

“ Kat sini, memang satu set adik beradik tu kena hantar. Yang sedihnya, family dorg langsung x tengok dorg sampai sekarang” jawab ibu dengan kesal.

“Macam Fendi?’

“Ya, tapi Fendi masih ada ibu yang selalu lawat dorg. Fendi ada 4 org adik beradik”
  
“4 org? bukan 3?”soalku lagi.

“4 orang. Sebenarnya Fendi dan adik beradik dia kena bakar didalam rumah oleh bapa kandung dorg sendiri. Masa tu Fendi masih sekolah rendah, kamu ada nampakkan kulit dorg macamana? Semua tu plastic surgery dah”

Aku teringat kulit tangan Fendi yang penuh dengan parut.

“Tapi kat sini, Fendi dan 2 orang adik dia je. Yang satu kena hantar kat rumah OKU sebab buta dan bisu”

“Buta dan bisu?”

“Dia bisu sebab menjerit time kejadian bapa dorg bakar dorg kat rumah. Dia menjerit sampai hilang suara. 

Mata dia buta sebab bapa dorg cucuk” muka ibu sedikit berubah.

Ya Allah….aku tak mampu berkata apa2. Seperti satu cerita rekaan. Namun sebenarnya ia realiti!

“Harap kamu tak terkejut. Memang kat sini, ada yang dirogol bapa sendiri, di dera, diabai oleh ibubapa sendiri. Banyak baby yang kena hantar. Bayi yang belum ada nama bapa, tarikh lahir pun tak tahu. Kamu dapat bayangkan macaman masa depan anak2 ni. Saya pun tak tahulah manusia sekarang ni, mengapa teruk sangat”

Aku membisu. Aku memberi ruang ibu menguruskan anak2nya disini.

Aku bersama rakan2ku duduk diluar dewan melihat kanak2 disana.

Makanan tak mampu disentuh. Air mata asyik mengalir.

Aku kembali ke dewan, duduk dan melelapkan mata sebentar. Tiba2 terdengar seorang kanak2 menyanyi di pentas dewan mengunakan mikrofon. Namun, aku hanya mendengar ala kadar.

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu

Tanpa aku sedari..air mataku jatuh deras.

Lagu yang seolah-olah dinyanyikan dari hatinya. Lagu yang seolah2 untuk keluarga yang meninggalkan mereka.

Ya Allah..kuatkan hati mereka. Ya Allah..beri mereka kebahagian. Jagalah mereka.. Ya Allah jagakan mereka.

Tangisanku bertambah deras.
****************

Hati berat meninggalkan tempat ini. Aku duduk ditepi jendela bas. Melihat kanak2 itu melambai tangan ke arah kami.

Aku melihat satu persatu muka kanak2 itu, semuanya ada potret tersendiri. Sebab musabab mereka di sana. 

Siapa yang mahu hidup  ‘terbuang’ seperti mereka? Bagi mereka ini syurga mereka.

Pada usia begitu, sudah tahu erti derita. Pada usia begitu terlalu haus dengan kasih sayang dari seorang ibu, 
perlindungan seorang ayah.

Apa yang Allah beri itu tanggungjawab kita. Walau sekecil mana pemberian itu, itu tanggungjawab kita. 

Apakan lagi anak2 yang bernilai tinggi disisi Allah?

Sedangkan seekor kucing akan ‘bising’ jika anaknya hilang. Ayam mematuk jika anaknya disentuh. 

Manusia?? Anak umpama patung..? atau memang jiwanya sendiri seperti patung?

“ Itu lumrah kehidupan ct, baru sedikit potret kehidupan yang ct tahu, banyak lagi potret orang lain diluar sana yang lebih teruk dari ini” kata2 rakanku yang jauh diperantauan.

Mungkin ini dikatakan..dunia hanya sementara, sebab dalamnya penuh dengan duka dan cerita. Allah Maha Adil, setiap yang Dia aturkan, ciptakan semua pasti ada sebabnya. Kita hanya mampu berusaha dan kembali padanya tiap saat dan waktu.


Andai dirimu menderita kerana tiada yang menyayangimu semenjak lahir, sedarlah Allah menyayangimu sebelum engkau lahir lagi. Jika tak kau temui kebahagian di dunia, carilah kekuatan didalamnya. Andai kau tahu hakikat hidup ini sementara pasti kau lebih rindukan kehidupan yang lebih kekal abadi. Biarlah derita itu banyak di dunia, asalkan manis di akhirat.  Senyumlah dengan ujian, kerana ujian itu tanda sayang Allah denganmu. Senyumlah..kerana Dia sayangkan kamu sentiasa (^_^)

No comments:

Post a Comment