Translate

Tuesday 20 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 14)


“Mak adik kat mana sekarang? Adik tinggal dengan mak ke?” aku ingin tahu dengan lebih lanjut nasib kanak-kanak ini.

“Adik tinggal dengan nenek. Mak janji nak lawat kami setiap minggu. Mak cakap, dia nak cari duit. Tapi dah sebulan tak pulang-pulang lagi. Mak tak sayangkan kami. Jadi adik nak cari duit banyak-banyak supaya mak pulang. Adik nak bagi duit yang adik kumpul dekat mak,” katanya sambil mengengam erat lututnya menahan kesedihan. Dapatku lihat dari matanya, kerinduan akan ibunya. 

Tapi dimana ayahnya?

“Ayah adik masih hidup?” aku mengusap lembut rambutnya yang tidak terurus. Air mukanya berubah.

“Ayah tak pernah ada dalam hidup adik!” nada suaranya sedikit tinggi. Aku dapat rasakan dendam di hati  kanak-kanak kecil ini. Aku memeluknya agar hatinya tenang. Anak kecil ini terlalu mentah mengharungi liku
hidup.

               Setelah dia tenang aku memujuknya untuk pulang. Rumahnya jauh sedikit dari bandar. Betapa teguhnya hati seorang kanak-kanak kecil, mencari kasih sayang ibunya sejauh ini.

“Adik, janji dengan kakak. Selepas ni, jangan ikut sesiapa yang adik tak kenal.” Aku memberikan kata-kata terakhir kepadanya.

“Maafkan saya kak. Akak boleh panggil saya Adib.” Senyuman akhirnya terukir di bibirnya walaupun di hati masih tergambar akan kesedihannya.


Mungkin tidak semua kanak-kanak melalui kehidupan seperti kehidupan Adib. Inilah lumrah hidup. Kadang-kadang kita melihat pelangi di kepala orang lain, walhal pelangi itu tidak berwarna seperti terpapar di pancaindera yang melihat.

************************************

Assalamualaikum, hello Aisyah kat mana?” suara Razif seakan-akan cemas.

“Aisyah on the way balik rumah. Ada apa abang? Abang balik ke malam ni?” balasku.

“Aisyah, Kirana dah nak bersalin. Abang tak tahu nak buat apa. Sekarang Kirana dalam wad bersalin. Aisyah datang tau.” Dapatku rasakan kerisauan Razif. 

“Baiklah, kejap lagi Aisyah sampai kat sana. Nanti Aisyah call abang, lagipun Aisyah tengah drive sekarang ni. Assalamualaikum.” Aku segera mematikan telefon. Aku juga turut bimbang akan Kirana. Semoga Allah permudahkan segalanya. 

Walaupun Razif jarang balik ke rumah dan hubungan kami semakin lama semakin suram, namun aku perlu korbankan perasaanku. Razif mempunyai tanggungjawab. Aku hormati pilihannya. Aku sedar bahawa, aku juga mempunyai kelemahan.

Aku menuju ke Hospital Setia. Aku terlihat akan kereta Razif yang sudah pun berada dalam paking kereta. Aku meletakkan keretaku di sebelah keretanya. Tanpa berlengah, aku mencari wad bersalin. Tiba-tiba aku terlihat kelibat Razif yang duduk di atas kerusi menunggu. Perlahan-lahan aku mendekatinya.

“Assalamualaikum. Abang, Kirana dah bersalin ke?” Soalku sambil melabuhkan punggungku di sebelahnya.

“Kirana masih dekat dalam bilik bersalin tu. Jururawat dah masukkan dia kat labour room” kata Razif yang jelas terlihat kerisauannya. Perlahan-lahan aku merebahkan kepalaku di bahunya sambil memengang erat tangannya. Tangannya terasa sejuk.

“Abang jangan risau. Aisyah yakin Kirana kuat. Insya-Allah dia tak apa-apa. Kita sama-sama doakan untuk dia. Abang bersabarlah” Razif hanya mengangguk lemah.

Suasana kelihatan hingar-bingar. Para doktor serta jururawat kelihatan sibuk. Setiap langkah di percepatkan. Begitu juga dengan degupan jantungku dan Razif. Kami hanya memerhatikan suasana yang mungkin sudah biasa bagi mereka.

Tiba-tiba nama Razif di panggil oleh jururawat untuk masuk ke bilik bersalin. Razif segera bangun menuju ke sana. Aku hanya memerhati.

Deringan telefonku membuatkan aku tersentak. Aku menyeluk tangan masuk ke dalam begku untuk mencari telefon bimbitku. Aku melihat nama yang terpapar di skrin.

“Oh Liza rupanya,” desisku lalu menekan punat hijau untuk menerima panggilan.

“Asslamualaikum ukhti. Ana sekarang kat hospital, Kirana nak due dah. Ada apa ya ukhti?” soalku. Mataku tidak pernah lari dari pintu masuk bilik bersalin.

“Eh, ye ke ukhti? Ana doakan Kirana selamat. Kalau macam tu nanti ana call balik. Takut menganggu anthi pula” balas Liza.
             
             “Tak apa ukhti. Razif sekarang kat bilik bersalin. Sebentar tadi, jururawat panggil dia masuk. Tapi ana tak tahu apa sebabnya. Ana harap sangat tiada apa benda buruk jadi kat Kirana. Ukhti masih ingat budak yang minta derma dengan kita kat restoran tadi tak? 

                Budak tu sebenarnya…” belum sempat aku menghabiskan kata-kata kelibat Razif keluar dari bilik persalinan. 

“Ukhti, Razif dah keluar dah dari labour room. Nanti ana call balik. Assalamualaikum.” Aku mematikan telefon dan segera mendekati Razif.

            “Abang, macam mana keadaan Kirana?”


Bersambung.......

No comments:

Post a Comment