Selagi ada masa, selagi itu ada harapan |
“Man, kau dengar tak aku panggil
ni?” Khairul menepuk bahuku dengan kuat. Aku menolehnya sambil membuka
earphoneku, muzik masih rancak terdengar.
“Apa kau nak?” Aku membalas selamba
sambil melihat tabletku ditangan.
“Kau tak datangkan usrah haritu?”
suaranya sedikit tinggi.
“Aku sibuk hari tu, banyak
assigment” alasan yang biasa aku berikan kepadanya.
“Kau ni fikirlah sikit, assigment
bukan buat kau masuk syurga pun! Kau ni aku tengok asyik dengar lagu kat telinga,
main tablet setiap masa, online sana sini”
kata Khairul sambil menukar bajunya.
“Jadi assigment kau yang bertimbun
belum settle tu, boleh bawa kau masuk syurga?” balasku sinis.
“Aik, perli nampak? Kita perlu
utamakan yang utama dulu, assigment masih sempat aku buat. Usrah tu lebih
penting, kita nak membentuk ummah yang kuat, yang tidak mudah terpengaruh
dengan fitnah-fitnah sekarang” bidasnya
lagi.
“Apa guna assigment siap kalau
isinya hancur. Dah lah aku nak buat kerja kat library” aku mengambil buku dan
beg sandangku lalu pergi.
“Hati kau ni keras sangatlah Man,
takda harapan kau nak berubah” kata-kata Khairul yang terakhir aku dengar
sebelum menutup pintu.
Aku menghirup udara pagi bandar
Kyoto. Sudah menjadi lumrah orang Jepun untuk bangun seawal mungkin. Aku
sengaja keluar awal, malas nak bertekak dengan Khairul. Khairul memang baik
cuma hati aku tak boleh ikut cara dia. Mengapa? Aku pun kurang pasti.
“Hati kau keras sangatlah Man, takda
harapan kau nak berubah” tiba-tiba katanya terngiang-ngiang di kepalaku. Hati
aku keras? Ntahlah mungkin benar aku tiada harapan berubah.
Aku melangkah ke perpustakaan.
Penuh! Seawal ini tempat ini penuh umpama pasaraya. Memang jarang jadi kat
negara aku sendiri.
Pusing punya pusing, hampir semua
tempat penuh. Sedikit kekecewaan timbul di hati.
“Assalamualaikum man, cari tempat
duduk ke?” satu suara dari belakangku. Aku menoleh ke belakang.
“Oh kau rupanya wan. Dari tadi aku
pusing, langsung tak jumpa tempat duduk. Awal-awal dah penuh” aku mengelengkan
kepala. Ridhuan boleh dikira jiranku, bilik kami hanya bersebelahan di asrama.
“Aku duduk kat hujung sana tu,
jomlah duduk dengan aku” Ridhuan mempelawa aku.
“Aku pun macam kau juga. Pusing
punya pusing akhirnya jumpa juga. Alhamdulillah” senyumannya menampakkan gigi
taringnya.
“Kau memang selalu ke lepak kat
sini?” soalku bersahaja sambil mengeluarkan komputer ribaku.
“Tak juga selalu, seminggu empat
tiga kali je aku pergi. Ikut mood jugalah. Apasal muka kau monyok je dari jauh
aku tengok tadi. Ada problem ke?”
“Taklah, Cuma aku malas nak buat
kerja kat bilik. Khairul tu tak habis-habis berleter, telinga aku ni dah tak
tahan” aku mendengus kecil.
“Khairul mungkin just nak nasihat
kot tapi tak sedar buat kau rimas” balas Ridhuan yang mula memahami situasiku.
“Hmm, ntahlah. Aku tak suka dia
kadang-kadang malukan aku depan kawan-kawan yang lain. Aku tahu aku tak perfect
macam dia, aku masih tak cukup solat macam dia. Aku tahu aku tiada harapan nak
jadi macam dia” kekesalan di hati aku luahkan tanpa sedar.
“Man, tau tak kenapa orang jepun cepat
maju?” soalnya secara tiba-tiba.
Aku hanya mengelengkan kepala.
“Sebab salah satu prinsip diorang
ni, selagi ada masa, selagi tu ada harapan. Itu yang aku dapat tengok selama
aku belajar kat sini. Selagi kita hidup
man, selagi tu Allah bagi peluang dan harapan dengan kita. Don’t think about hell but think about hope”
“Masih ada harapankah untuk aku?
Khai cakap hati aku ni keras sangat dah takda harapan nak berubah” aku mengalih
pandangan ke tabletku. Entah kenapa perbicaraan kami tiba-tiba ke arah ini.
“Hati kita macam tablet juga man,
kalau kotor kita berusaha bersihkan skrin tablet kita. Apa yang kita install
aplikasi dalam tablet kita , itulah kandungannya. Macam tu juga hati, apa kita
install dalam hati kita, itu yang akan terpancar dari diri kita. Kalau tahu
hati kita ada masalah, kita format balik hati kita”
“Format hati?”
“Muhasabah diri itu cara kita format
hati” balasnya ringkas.
"Macmana nak muhasabah diri?
"
"Muhasabah diri tu macam kita analisis
diri kita, perbuatan kita, percakapan kita. Kuncinya, jujur dengan diri."
"Jujur dengan diri? Selama ni
pernahkah kita tipu diri kita?" aku mula kebingungan.
"Jujur dalam menilai, pasti ada
nilai. Kita tak tipu diri sendiri tapi kita tertipu oleh diri sendiri. Tertipu
dengan amalan kita, kita sangka amalan kita dah banyak untuk capai syurga
Allah, tapi kita lupa amalan tanpa ilmu dan niat yang betul seperti pasir halus
yang diterbangkan oleh angin, sia-sia sahaja"
"Susahnya menilai
kejujuran!"
"Jawab dengan jujur dengan hati
yang rendah, tanyakan pada hati,
berapa banyak amalan yang kita buat tanpa
riak?
berapa banyak kata-kata kita yang tak menyakiti orang lain?
berapa banyak
ucapan kita tanpa dusta?
berapa banyak suruhan Allah yang kita buat?
Berapa
banyak larangan Allah kita tinggal?
Berapa luas ruang untuk Allah dihati kita?
Jujurlah saat itu, percayalah keinsafan pasti menyelimuti hati kita dengan
deraian air mata dihadapan Maha Esa"
Mulut aku terkunci. Semua persoalan
tu aku tak pernah terfikir dan terlintas difikiran. Satu persoalan terlintas,
berapa luas ruang Allah kat hati aku?
“Selagi ada masa, selagi itu ada
harapan Man. Tapi jangan anggap masa tu panjang, takut harapan tinggal
angan-angan. Selagi ada masa kita sama-sama perbaiki hati kita, kalau kita
hanya menangguh, harapan tu takkan kesampaian.
Macamana nak capai puncak
gunung, kalau langkah pertama masih tersimpan”
tambahnya sambil menunjuk puncak gunung Fuji, gunung tertinggi di Jepun.
Fudail bin Iyadh pernah berkata:
"Perbaikilah dirimu disisa usiamu, maka
Allah akan mengampunimu dan dimasa lalumu... Tetapi sekiranya engkau tetap
bermaksiat disisa usiamu, maka Allah akan menyiksamu atas apa-apa yang ada
dimasa lalumu & disisa usiamu."
“Baiklah Wan. Cuma kenapa aku berat
nak ikut aktiviti usrah? Hati aku dah tertutup ke wan?” Soalku bertubi-tubi.
“Usrah salah satu jalan wan. Jika
hati kau rasa medan tu tak sesuai dengan hati kau, cari jalan lain. Islam tak
menyempitkan kita Man, kau kan ulat buku jadi cari buku-buku agama dari penulisan
para ulama kita atau majalah islam yang menyuntik iman kita. Jika mendengar
kata-kata tak mampu mengubah rasa, ubah rasa rasa dengan membaca kata-kata”
“Kata-kata kau macam bagi aku
harapan wan, tapi bagaimana dengan Allah? Dia masih mahu ke terima orang macam
aku?”
“Man..selagi mata kita masih
terbuka, selagi itu pintu taubat masih terbuka”
Ringkas kata-katanya, tetapi meniup
jauh dalam hati.
“Eh, sedar tak sedar zohor dah Man.
Jom solat, take a break dulu” wajahnya bersinar-sinar seperti mahu berjumpa
seseorang yang lama tidak bersua.
Solat? Aku memang tahu solat itu
wajib, Cuma ada saja penghalang dalam hati. Namun, kini baru aku tersedar,
solat bukan perbuatan semata-mata, tapi solat adalah tanda kita memerlukan
Allah, terlalu memerlukan Allah. Allahurobbi, jauhnya aku tenggelam.
Petang itu, perjalanan balikku bukan
seperti biasa. Aku mula memikirkan sisa-sisa
masa yang ada, aku mahu kembali dengan Dia yang sering aku lupuskan.
“Assalamualaikum..” aku membuka
pintu bilikku. Terkejut melihat Khairul yang sedikit tak terurus di depan
komputernya.
“ Khai, kenapa ni?” aku menepuk
bahunya.
“Habislah aku Man. Semua kerja aku
kat laptop dah hilang. Besok date line dah Man. Dah takda harapan aku nak buat
balik” Khairul seolah-seolah hilang anak. Kebingungan. Tangannya tak lari dari dahinya.
“Khai, selagi ada masa ,selagi itu
ada harapan. Aku tolong kau. Kita settle sama-sama, jangan putus harapan. Ok?”
slongan yang tiba-tiba muncul dari bibir aku. Ya, kata-kata itulah seolah-olah
beri aku harapan.
“Terima kasih Man. Aku minta maaf
apa aku cakap kat kau pagi tadi, harap kau tak ambil hati” balasnya dengan
suara yang sedikit rendah.
“Kata-kata kau tu betul Khai. Jom
Khai, kita solat sama-sama. Pastu kau ajar aku mengaji, er tapi aku masih iqra
empat” aku sedikit malu dengan pengakuanku tapi aku nekad mahu berubah.
Khairul memandangku, wajahnya
sedikit terkejut dan akhirnya senyumannya terukir.
“Man..selagi ada masa, selagi itu
ada harapan. Jom kita bersiap untuk maghrib”
Aku turut tersenyum. Di negara
matahari terbit ini, Allah terbit cahaya dalam hati ini. Semoga cahaya itu
tidak akan pernah malap.
“ Katakanlah (wahai Muhammad): “
wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri
(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat
Allah, kerana sesungguhnya Dia-lah jua yang Maha Pengampun Lagi Maha
Mengasihani”
(39:53)
No comments:
Post a Comment