Translate

Sunday 24 August 2014

Signature Dish: Sausage Tortilla Wrap



Signature Dish kali ini bertemakan Mexico style iaitu Tortilla ataupun roti pita. Saya ingin kongsikan cara mudah untuk membuat roti pita dan inti yang mudah untuk di hidangkan bila-bila masa.

Resepi Roti Pita (Tortilla)

Bahan-bahan:


  • 3 cawan tepung mil penuh (Whole Wheat flour)/ tepung gandum
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu baking powder
  • ⅓ cawan minyak sayuran
  • 1 cawan air suam

Cara-cara:

1. Masukkan tepung, garam, baking powder ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengah-tengah adunan.

2. Masukkan minyak sayuran dan air suam secara perlahan-lahan.

3. Uli adunan sehingga menjadi menjadi doh yang lembut.

4. Setelah doh lembut, bahagikan doh kepada 16 bahagian dalam bentuk bebola.

5. Leperkan setiap satu doh menggunakan tangan sehabis mungkin. If terasa melekit, tambah sedikit tepung.

6. Tutup doh yang telah di leperkan menggunakan towel bersih yang basah dan rehatkan doh selama
15 minit.

7. Selepas itu, panaskan kuali leper menggunakan api yang sederhana besar.


8. Leperkan kembali doh berbentuk bulatan menggunakan kayu penguli senipis yang mungkin. Jangan tindihkan roti pita yang telah di uli ia akan menjadi lembab.

9. Setelah kuali panas, letakkan doh yang telah di leperkan dan biarkan masak selama 1 minit ataupun sehingga bahagian bawahnya menampakkan tompokkan coklat.

10. Terbalikkan doh dan biarkan dalam masa 30 saat.

11. Angkat roti pita dari kuali. Dan siap! Masa untuk intinya..

Roti Pita yang mudah dan simple!

Resepi Sausage Tortilla Wrap



Bahan-bahan:

4 Roti Pita (Tortilla wrap)
3 helai Salad
2 batang Sosej siap masak (Dipotong 4 memanjang)
1/2 batangLobak (dipotong dadu)
3 sudu Mayonis

Cara-cara

1. Ratakan roti pita di atas piring yang rata.

2. Susunkan salad serta lobak dan sapukan sedikit mayonis di atasnya. Kemudian, susun sosej secara memanjang

3. Lipat roti pita seperti lipatan kuih popia.

4. Siap! Boleh potong dua bahagian atau makan sekaligus. Jangan lupa baca doa makan :)






Info pemakanan:

Roti pita yang diperbuat daripada tepung whole wheat mengandungi serat, magnesium dan sedikit protein. American Institute for Cancer Research (AICR'S) melaporkan kompoun didalam bijiran penuh mampu menghalang daripada tisu kanser daripada tersebar serta mengandungi sifat anti kanser.

Pelbagaikan sayur-sayuran di dalam hidangan anda untuk menikmati pelbagai khasiat di sebaliknya yang Allah hadiahkan untuk kita.

“Hai sekalian manusia makan-makanlah yang halal lagi baik dariapa yang terdapatdi bumi dan jangan kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, karena syaitan musuh yang nyata bagimu.”
(Al Baqarah 2:168)

No comments:

Post a Comment