Translate

Monday, 26 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 15)


“Abang, macam mana keadaan Kirana?”

“Alhamdulilllah sayang.  Kirana dah selamat lahirkan anak kembar. Abang baru azankan baby baru kita tu” balas Razif yang kelihatan sangat gembira. Dia mengapai telefonnya dan menghubungi ahli keluarganya dan keluarga Kirana.

Aku turut berasa gembira mendengar berita gembira itu. Kirana bersalin secara normal walaupun melahirkan anak kembar. Kirana dibawa keluar mengunakan kerusi roda dan bayi kembarnya di letakkan di sisi. Mukanya yang masih pucat, sempat mengukirkan senyumannya kepada Razif dan aku.  Anak kembarnya masih lena tidur di pangkuannya.

Razif mendekatiku sambil memasukkan telefon di poketnya.

Friday, 23 May 2014

Potret Kehidupan



Aku melihat meja belajarku, pandanganku kosong. Fikiranku melayang semula. Pagi yang samar-samar cahayanya.

Penulisan kali ini biarlah menjadi potret kehidupanku. Menjadikan potret kehidupan orang lain sebagai warna potretku sendiri.
-Flash Back- (17/5/14)- Rumah Kebajikan Kanak-kanak,Papar,Sabah-

“Okey guys, kita akan sampai sekejap lagi. So prepare semua barang2 and pastikan xda yg tinggal” our leader bg peringatan ringkas.

Tuesday, 20 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 14)


“Mak adik kat mana sekarang? Adik tinggal dengan mak ke?” aku ingin tahu dengan lebih lanjut nasib kanak-kanak ini.

“Adik tinggal dengan nenek. Mak janji nak lawat kami setiap minggu. Mak cakap, dia nak cari duit. Tapi dah sebulan tak pulang-pulang lagi. Mak tak sayangkan kami. Jadi adik nak cari duit banyak-banyak supaya mak pulang. Adik nak bagi duit yang adik kumpul dekat mak,” katanya sambil mengengam erat lututnya menahan kesedihan. Dapatku lihat dari matanya, kerinduan akan ibunya. 

Tapi dimana ayahnya?

Monday, 19 May 2014

TERMOMETER HATI



"Hati harap engkau jangan begini..

Membuat hati merintih..

Menitik resah dan sedih..

Ku harap dikau akan pulih..

Bila dengan-Nya aku merintih.."

Begitulah hati..kadang-kadang mampu mempengaruhi diri dan fikiran.. kadang-kadang kita lebih ikutkan hati daripada akal fikiran..

Pelik bila difikirkan, bagaiman pendengaran kita dapat mendengar tiap inci bisikan hati kita. Ganjil bukan?
Hati tidak mampu bersuara namun tetap dapat didengari.

Monday, 12 May 2014

Selagi Ada Masa, Selagi Itu Ada Harapan

Selagi ada masa, selagi itu ada harapan

“Man, kau dengar tak aku panggil ni?” Khairul menepuk bahuku dengan kuat. Aku menolehnya sambil membuka earphoneku, muzik masih rancak terdengar.

“Apa kau nak?” Aku membalas selamba sambil melihat tabletku ditangan.

“Kau tak datangkan usrah haritu?” suaranya sedikit tinggi.

“Aku sibuk hari tu, banyak assigment” alasan yang biasa aku berikan kepadanya.

“Kau ni fikirlah sikit, assigment bukan buat kau masuk syurga pun! Kau ni aku tengok asyik dengar lagu kat telinga, main tablet setiap masa, online sana sini”  kata Khairul sambil menukar bajunya.

“Jadi assigment kau yang bertimbun belum settle tu, boleh bawa kau masuk syurga?” balasku sinis.

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 13)



Betapa hati ini terisi dengan ilmu. Rohani terasa tenang seperti ingin lagi mengorek cebisan-cebisan ilmu yang masih lagi tertanam di jurang kejahilan. Seusai majlis ilmu itu, Liza mendekatiku.

“Anthi..ana nak tanya sikit boleh?” Liza yang sedikit kerisauan. Aku memasukkan buku kecilku serta terjemahan Al-Quranku.

“Ya ukhti ada apa? Risau je ana tengok”

Monday, 5 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 12)



“Prang!” Pinggan di gengamanku jatuh pecah berderai di atas simen marmar dapurku membuatkan aku terjaga dari lamunan.

“Aisyah lupakanlah kisah silam. Kuatkan hati.” Desisku sambil mengeleng-gelengkan kepala. Perlahan-lahan ku kutip serpihan-serpihan kaca yang berderai. Aduh! Sekeping kaca halus menusuk di jariku, darah yang mengalir segeraku cuci dan balutkan dengan kapas.


“Sakit di hati, lebih dalam dari luka tusukan kaca ini.” Hatiku berbicara saat merenung jari yang menjadi mangsa lamunan terindah. 

**********************************************************

Saturday, 3 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 11)



Ukhti free tak sabtu ni? Jom kita ikut usrah ustazah Fatimah kat surau Nur Hidayah. Dah lama kita tak pergikan?” ajak Liza.
         
“Okey, InsyAllah ana pergi. Dekat surau Nur Hidayah kan?” kataku meminta kepastian
         
“Yup, betullah tu. Okeylah asif gangu anthi kerja. Take care ukhti, Assalamualaikum..” Liza mematikan talian.
            
           Sudah lama diri ini tidak mengisikan masa di majlis ilmu. Biarlah aku lupakan semua yang aku hadapi sebentar.


Abang Razif pasti suka makan ayam masak merah ni.” Desis hatiku yang berlagu riang. Sejak Kirana sudah berbadan dua, Razif sudah jarang pulang kerumah. Kerinduan hati ini hanya terpendam sahaja demi menjaga hati Razif dan Kirana.

Monday, 21 April 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 10)



Please give me a chance. Just one chance. Abang akan berlaku adil. Ini janji abang, sayang.” Pujuk Razif sambil memelukku.

“Berikan Aisyah masa,” balasku sambil melepaskan pelukkannya lalu bangkit dan menuju ke arah bilik mandi.


Malam itu, Razif tidur di ruang tamu. Tinggal aku keseorangan di kamar tidur. Mataku sukar untuk dilelapkan. Mana mungkin aku mampu tidur lena, sedangkan hati terluka pedih. Aku bangkit menuju ke bilik mandi. Air wuduk yang mengalir di wajahku seolah-olah terasa kesegarannya hingga ke hati yang pedih.


**************************************

Assalamualaikum Kirana, sihat ke?” soalku kepada Kirana yang sudah sarat mengandung lapan bulan.

“Walaikumsalam kak, sihat juga tapi masih ada morning sickness, muntah-muntah sikit” balasnya sambil memegang perutnya. Cantik senyumannya. Matanya yang sedikit sepet kerana mempunyai berdarah campuran melayu cina.

Aku tersenyum melihatnya walaupun jauh di sudut hati ingin diri ini memberikan Razif zuriat sepertinya. Namun, aku redhakan semua ketentuan dari-Nya, walaupun bukan semua wanita inginkan perkongsian.

Tuesday, 15 April 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 9)




“Hello..siapa ni?” suara Razif akhirnya muncul di hujung talian.

        
 “Isk..abang..ni Aisyah..” Aku tidak sanggup berkata apa-apa lagi. Hati ini bagai di dirobek-robek. Air mata laju menuruni pipi.

“Abang..apa semua ni bang..isk..apa yang abang buat di belakang Aisyah..siapa perempuan tu tadi..isk..isk..bagitahu Aisyah abang” Tidak dapat lagiku pendamkan isi hati ini.

Saturday, 12 April 2014

Untuk Yang Melahirkan Dari Yang Dilahirkan



Alhamdulillah..Alhamdulillah........Ya Allah..Segala Puji bagi Mu..

12 APRIL 2014

Hari yang bermakna untuk diri ini..hari yang bahagia untuk diri ini...dan hari kerinduan untuk diri ini..
Alhamdulillah..umurku telah genap 21 tahun..dengan izinNya..diri ini masih bernafas..
namun..bila datangnya hari lahir..hari seterusnya akan lebih pendek untuk dinikmati..semakin naiknya umur semakin singkat jangka hidup..

Alhamdulillah..walaubagaimana pun..sebenarnya bukan diri ini yang patut diraih..namun yang melahirkan diri inilah yang berhak diraih..

Hampir 7 tahun yang melahirkanku pergi menghadap Illahi..namun..dari saat diri ini dilahirkan hingga kini..
kasihnya tidak pernah hilang dan xkan pernah pudar...

Alhamdulillah..Allah menjagaku..menjaga hatiku..memberi hati yang tabah..
Hati ini tahu..hati ini cuba..bertahan untuk saat yang seketika ini..krna ketenangan hanya ada di sisiNya yang kekal abadi..

Semoga insan yang dibawah tapak kakinya itu ada syurga buatku..di tempatkan bersama org yg beriman...
segala titik peluhnya..air susuannya yg masih mengalir dlm darahku ini..Allah gandakan pahala untukmu wahai ibu..hati ini takkan pernah lupa untuk mengirim rindu untukmu..disetiap sujudku...engkaulah ibu yg aku sayang..............

Friday, 11 April 2014

Aku Benci Mati



Kau takutkan mati?
Aku tak takut,
Tapi aku benci mati.

Bagaimana aku tak bencikan mati,
Sedangkan semakin ia menghampiri,
Semakin aku lupa diri.

Tuesday, 8 April 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 8)



“Suami akak? Tapi kenapa kak? Kenapa sanggup pukul akak sampai lebam macam ni?” soalku sambil  membantunya untuk berdiri.

Aku membawa Kak Mariam ke pejabatku. Kelihatan dia semakin tenang. Matanya merenung jauh.
         
“Kami dah kenal lama…” Kak Mariam bersuara.
        
“Kami bercinta sejak dibangku sekolah lagi. Akak ingat, akak dah kenal dia sepenuhnya. Akak kahwin senyap-senyap dengannya setelah tamat sekolah. Mak ayah akak, suruh akak cerai dengan suami akak lepas tahu mengenai  perkahwinan kami” Mata Kak Mariam kelihatan berkaca.
            
Aku hanya diam memberi ruang Kak Mariam menyusuri waktu silamnya.

Monday, 31 March 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 7)




Telefon Razif terlepas dari peganganku. Hati ini terasa ditusuk sembilu. Siapa Kirana? Apa yang Razif sembunyikan daripada aku.
         
Assalamualaikum. Selamat pagi Aisyah. Wah, Aisyah dah sihat nampaknya. Rindu akak nak jumpa Aisyah. Kilang ni pun sunyi sangat tanpa Aisyah” Tegur Kak Mariam. Seorang pekerja kilang yang sangat mesra denganku.

 Aku lebih selesa Kak Mariam memanggilku tanpa perkataan puan, kerana Kak Mariam lebih tua sepuluh tahun dariku.


          “Alhamdulillah kak, dapat juga saya turun kerja hari ni. Eh..akak, kenapa muka akak nampak lebam? Akak jatuh ke?” Soalku kerana terlihat kesan lebam di wajahnya.

Sunday, 30 March 2014

ISTIKHARAHLAH WAHAI HATI

Istikharahlah wahai hati


Saat ini..sepucuk surat membuat hati berbolak-balik..
Di renung..di tenung..dan akhirnya termenung...
Apa yang patut diri ini lakukan...?
Saat memilih sebuah pilihan..fikiran mula menjadi letih..

Antara pilihan di hati..dan pilihan keluarga..
Mana perlu aku utamakan?
Jika di ikutkan pilihan hati..takut keluarga menyimpan kecewa..
Namun jika memilih pilihan keluarga takut hati sendiri yang lara..

Telah jauh kaki melangkah..
Semakin dekat impian dijejak..
Semakin bertakhta cinta dihati..
Mana mungkin berpisah nanti..

Melihat keluar jendela..
Silau melihat dunia..
Ya Allah..suluh hatiku untuk membuat pilihan..
Kerana hanya di tangan-Mu sebuah takdir..
Yang ada padaku hanyalah tabir..

Istikharahlah wahai hati..
Biar kepada-Nya kita merintih..
Istikharahlah wahai hati..
Biar petunjuk-Nya kita menanti..
Kerana jawapan dari-Nya pasti..

Ya Allah..
Andai jalan yang sedangku tempuh ini..
Jalan yang benar2 membawa kepada takdir-Mu..
Kuatkanlah langkah ini untuk melangkah..
Andai jalan ini tersasar dari qadak-Mu..
Kuatkanlah hati ini untuk kembali kepada-Mu..

Kiniku sujud di sejadah cinta..
Istikharah hati untuk Pemilik Cinta..
Biar petunjuk-Mu menjadi pelita..
Kerana ku pasti tidak akan ada derita..
Kerna bila sudah terlelap mata..
Pasti ada petunjuk dari-Nya..


-- ハナ --
 (30/3/14)

KERANG YANG TERBUANG



Untukmu sahabat..
tergurisnya hati ini lebih dalam utk diukur..
kekecewaan dihati ini lebih sakit utk diungkap..
andai kau mengerti 'ertinya'..
sudah pasti kau takkan dapat mengubatinya..


Persahabatan sejati bukan untuk dikhianati..
namun untuk dihargai..
Mengapa masih belum fahami?
Bukan untuk menghukum sekadar merenung..
adakah persahabatan bagimu bebanan untuk ditanggung?


Persahabatan bukan seperti kerang..
Diambil isi..kulit dibuang..
Hanya berkasih saat bersedih..
Susah disisi..senang tersisih..


Kadang2 yang tersurat lebih diambil daripada yang tersirat..
Kadang2 yang keruh lebih dikaut daripada yang jernih..
Kadang2 yang buruk lebih dipilih daripada yang indah..


Bahasa bukan dinilai dengan bunyi tapi di nilai dengan erti..
Tidak mengapa jika hatimu tidak mengerti..
Namun doa di hati ini pasti didengari..

-- ハナ --

Monday, 24 March 2014

AKU CEMBURU DENGAN BINTANG SYURGA SEPERTIMU..




Ahmad Ammar..
Betapa diri ini cemburu denganmu..
Betapa rendahnya kau letakkan dirimu..
Namun..betapa tingginya Allah meletakkanmu..

Bintang syurga..
Aku cemburu denganmu..
Kau gali sejarah islam...
Namun siapa sangka...
Engkau juga malakar sejarah islam..

Syahid buruanmu..
Mujahid pilihanmu..
Membara semangat di medan dakwahmu..
Cemburu aku cemburu..

Pujaan bidadari syurga..
Baiknya akhlakmu engkau hijabkan..
Namun..
Wanginya pekertimu Allah bukakan..
Pergimu menghidupkan banyak hati..

Mujahid yang ditangguh..
Kau hidupkan akhlak Rasulullah di hatimu..
Janji Allah kau tanam sedalamnya..
SyiarNya kau kibarkan..
Peluhmu bukan ukuran..
Sakitmu bukan pengakhiran..

Aku..
Bukanlah yang pernah mengenalimu..
Namun..
Betapa terkesannya hati ini..
Dengan kisah perjuanganmu..
Yang seumur denganku..
Ternyata kau lebih dahulu melangkau
batasmu..
Keselesaan bukan pilihanmu..
Keluhan bukan dibibirmu..
Cemburu itu yang ada dihatiku..

Pergimu bersama burung-burung syurga..
Menikmati bahagianmu di sana..
Semoga cemburuku ini..
Akan terus memburu..
Janji Allah yang Satu sepertimu..

Tenanglah kau disana....

-Lahirdarihatiku-





MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 6)



I need a rest! Please, bagi abang masa untuk terima semua ni!” Razif meninggikan suaranya. 
Aku hanya tunduk. Airmataku jatuh bercucuran. Hatiku terasa pedih kerana sebelum ini, Razif tidak pernah meninggikan suaranya kepadaku. Razif menghidupkan semula  enjin kereta dan meneruskan perjalanan.
          Sepanjang perjalanan, hanya suara radio kedengaran. Razif sedikit pun tidak memandangku. Sebenarnya, tiada siapa yang ingin mengalami ketumbuhan seperti yang ku alami ini, terutamanya ketumbuhan pada rahim. Ujian Allah tidak memilih siapa.

Monday, 17 March 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 5)



Tersentuh hatiku apabila menghayati setiap lirik lagunya. Walau sekadar lagu, tapi aku tahu itu adalah luahan isi hatinya. Terima kasih abang, kerana sudi menjadikan diri ini permaisuri hatimu. Aku tersenyum bahagia.
          
Liza berangkat pulang. Hanya tinggal kerabat keluarga yang masih memeriahkan suasana. Alangkah indahnya jika arwah ayah dan emak masih ada. Tapi, Allah lebih sayangkan emak dan ayah, aku redha. Aku melangkah ke kamar tidur. 

Hiasan berwarna merah jambu menyerikan lagi kamar ini. Wangian Rosmerry membuatkan mata ini ingin terlelap. 

Sunday, 16 March 2014

CHICKEN-FOBIA





Bila cakap pasal ayam...muka terus jadi biru...
Tengok ayam KFC pun nampak macam bukan ayam..
Inilah akibatnya.trauma dengan ayam goreng!

Selasa lepas..menjadi sejarah pertama melibatkan ayam goreng..
Bila perut mula mengeluar isyarat..semua makanan nampak sedap..n yang jd pilihan hati adalah..
Nasi kerabu!
Selesai sj bca doa, ngap! Ayam goreng sudah dimulut...
Bila kunyah2...satu aroma yang sangat2......hmmm Allah ja tahu betapa harumnya ayam yg dh buruk..
Sebagai budak pemakanan..langkah pertama hidu..dan second tgk colour..sah! ayam ni dah rosak..
First thing yang bermain dikepala...Salmonela.sp..
Then..angkat pinggan jumpa owner kedai..bukan nak marah..hanya tak nak orang lain kena benda yg sama..
silap2 ada yag jadi mangsa keracunan makanan...Alhamdulillah owner tu fhm..n hope dpt lebih berhati2 dlm menyediakan makanan

Teringat berita baru2 ni tntg berita kematian kanak2 disebabkan makan ayam goreng..our nutrition lecrer sgt2 concern dgn isu ni..n bagi reminder kt kami semua tentang pentingnya keselamatan makanan

Yup..semua ni angkara MR SALMONELA.sp 
Salmonela sp ni merupakan satu mikroorganisms yg sgt2 bahaya.. dapat survive dlm pH 4.5-8.8.
Ia juga "menghuni" di dalam makanan yang mentah spt ayam.

Yg hebatnya tntg mikrob ni, ia x menghasilkan bau tapi jika ia byk di dalam daging ayam, daging ayam akan berbau dan bertukar warna merah muda pucat sampai kehijauan,so BE CAREFUL! Ia akan membunuh dalam masa 24jam atau lebih bergantung dengan kuantiti Salmonela sp dalam makanan.

Bagaimana dengan telur?
Telur juga berpotensi untuk menjadi tempat Salmonela.sp membiak jika telur mentah tidak disimpan dengan baik. Contohnya tidak didinginkan dengan baik dan disimpan terlalu lama. Jadi mungkin ada yang akan persoalan tentang mayonis yang spt kita tahu mayonis main ingredient adalah telur.
Mayonis tidak mengalami masalah ini, antara sebabnya..kerana ia ditambahkan dengan Acetic acid ataupun cuka.

Apa yg paling penting jaga KEBERSIHAN ketika masak.
Tips mudah dari saya..bila cairkan ayam atau daging beku, buang air dan pembungkus untuk elak bakteria berpindah ke bahan mentah. Elakkan mengunakan papan pemotong yang sama untuk memotong ayam dan sayur. Jika mahu gunakan satu sj papan pemotong, bilas papan mengunakan cuka atau air limau.

Subhanallah..mungkin jadi pengajaran untuk diri ini...bila difikirkan balik..Allah takkan malu mengunakan benda kecil sebagai perumpamaan...manusia bila nk menakutkan org lain akan guna benda yang besar dan yang menakutkan..tapi Allah..hanya guna benda kecil dan tidak nampak pn di mata...Subhanallah..!

“Hai manusia, telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah pulalah yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar benarnya. Sesungguhnya Allah benar benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Al Hajj :73-74)