Translate

Monday 31 March 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 7)




Telefon Razif terlepas dari peganganku. Hati ini terasa ditusuk sembilu. Siapa Kirana? Apa yang Razif sembunyikan daripada aku.
         
Assalamualaikum. Selamat pagi Aisyah. Wah, Aisyah dah sihat nampaknya. Rindu akak nak jumpa Aisyah. Kilang ni pun sunyi sangat tanpa Aisyah” Tegur Kak Mariam. Seorang pekerja kilang yang sangat mesra denganku.

 Aku lebih selesa Kak Mariam memanggilku tanpa perkataan puan, kerana Kak Mariam lebih tua sepuluh tahun dariku.


          “Alhamdulillah kak, dapat juga saya turun kerja hari ni. Eh..akak, kenapa muka akak nampak lebam? Akak jatuh ke?” Soalku kerana terlihat kesan lebam di wajahnya.

Air muka Kak Mariam terus berubah. Dia memberi senyuman tawar kepadaku.

          “Akak tak apa-apa, cuma tergelincir je kat tandas. Aisyah jangan risaulah ye” Balasnya seperti cuba menyembunyikan sesuatu.

          “Baiklah kak. Lain kali hati-hati sikit. Nanti tak cantik muka tu asyik lebam je” Kataku sambil berjenaka. Kak Mariam tersenyum mendengarnya.

Aku membelek telefon Razif. Banyak persoalan yang timbul difikiranku. Siapa Kirana? Apa hubungannya dengan suamiku?

          “Tok..tok..tok” Pintu bilikku diketuk.

          Excuse me Aisyah, your husband tunggu you kat luar. Rindu kat youlah tu.Wah, sweet sangat-sangat” Natalie rakan sekerjaku yang berwajah Pan asia.

          “Awak ni Natalie ada-ada je. But,thanks okey” balasku sambil mencuit pipinya.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Biarlah Razif sendiri yang memberikan jawapan. Aku hanya mampu menunggu. Aku tidak mahu rumah tanggaku ditiup badai hanya kerana perkara ini. Mungkin aku sahaja yang terlalu fikirkan perkara yang kurang enak.

          Dari jauh Razif memberikan senyuman kepadaku. Aku cuba menyembunyikan perasaan yang ada didalam benakku. Bantulah aku Ya Allah.

          “Staff abang inform tadi. Sayang call pejabat abang, telefon abang tertinggal kat rumah. Patutlah something wrong je abang rasa” katanya lembut seperti biasa.

          Aku menghulurkan telefonnya.

          “Nah, benda penting ni pun abang lupa. Nanti Aisyah rindu kat abang, nak call macamana?” aku memuncungkan bibirku.

          “Dulu pun sayang lupa telefon sayang jugakan sampai guna telefon abang call Liza. Ala, janganlah merajuk. Nanti isteri abang tak cantik macam bidadari. Kalau abang dah sampai kat Jepun, abang call sayang okey?” kata-kata pujukannya yang sedikit mengubat pedih di hati.

            “Baiklah, janji tau. Aisyah doakan abang selamat pergi dan balik. Jangan lupa bawakan Aisyah ole-ole tau” Aku cuba sedaya-upaya memaniskan muka.

Razif mengukir senyuman dan masuk ke dalam keretanya.
          “Abang pergi dulu. Assalamualaikum..”

          “Hmm..Aisyah harap, abang takkan berubah hati” hatiku berbisik duka.

          Aku menuju kembali ke pintu utama kilang. Tiba-tiba satu suara mematikan langkahku. Suara pertengkaran dari arah belakang kilang. Aku cuba memerhati dengan lebih dekat. Kak Mariam! Kelibat Kak Mariam megejutkan aku tapi bersama seorang lelaki yang aku tidak kenali.

          Kelihatan Kak Mariam menghulurkan sesuatu kepada lelaki itu. Tiba-tiba, muka Kak Mariam ditampar kasar oleh lelaki itu lalu ia berlalu pergi.

          Aku berlari anak ke arah Kak Mariam. Kelihatan bibirnya luka sedikit.

          “Akak siapa lelaki tadi tu? Kenapa dia pukul akak sampai teruk macam ni?” Soalku bertubi-tubi.

          “Itu..sebenarnya..” Kak Mariam masih teragak-agak untuk menjawab. Kelihatan matanya merah. Tangannya sedikit bergetar.
          “Itu suami akak, Aisyah” sambil matanya tertutup rapat menahan hiba.

            “Suami akak? Tapi kenapa kak? Kenapa sanggup pukul akak sampai lebam macam ni?” soalku sambil  membantunya untuk berdiri.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment