Translate

Tuesday 8 April 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 8)



“Suami akak? Tapi kenapa kak? Kenapa sanggup pukul akak sampai lebam macam ni?” soalku sambil  membantunya untuk berdiri.

Aku membawa Kak Mariam ke pejabatku. Kelihatan dia semakin tenang. Matanya merenung jauh.
         
“Kami dah kenal lama…” Kak Mariam bersuara.
        
“Kami bercinta sejak dibangku sekolah lagi. Akak ingat, akak dah kenal dia sepenuhnya. Akak kahwin senyap-senyap dengannya setelah tamat sekolah. Mak ayah akak, suruh akak cerai dengan suami akak lepas tahu mengenai  perkahwinan kami” Mata Kak Mariam kelihatan berkaca.
            
Aku hanya diam memberi ruang Kak Mariam menyusuri waktu silamnya.


“Benar, cinta tu membuat kita buta untuk menilai. Pada mulanya, memang akak rasa bahagia hidup bersama. Namun, dalam sekelip mata dia berubah. Akibat  di berhentikan kerja sebagai mekanik, suami akak menjadi panas baran. Anak-anak menjadi mangsa. Akak berusaha mencari kerja untuk mencari sesuap nasi. Tapi suami akak hanya tahu berjudi dengan rakan-rakannya” 

Akhirnya air matanya jatuh di pipi. Aku memeluknya.

Inilah realiti hidup. Kebahagian yang sering di idam-idamkan, sedangkan kita lupa badai pasti menanti.
          
“Dah sepuluh tahun akak jadi isteri dia, tetapi hanya lebam dan darah menjadi teman. Bila kehabisan duit, mulalah  suami akak minta kat akak. Tapi, bila akak dah bagi dia pukul akak, sebab dia tahu akak sembunyikan duit akak yang lain untuk anak-anak” katanya sambil mengesat air mata yang tak henti-henti.
         
“Anak-anak akak macam mana kak?” soalku bersimpati.
     
 “Anak-anak semuanya akak hantar kat kampung. Akak tak mahu mereka dipukul lagi oleh ayah mereka sendiri.  Aisyah, kenapa dunia ni tak adil? Mana Allah yang bersifat Adil? Akak dah putus asa Aisyah” soalnya dengan penuh kekecewaan.
         
“Akak, Allah memang Maha Adil. Cuma kita yang tak pernah adil dengan-Nya. Jangan perkecilkan Allah Yang Maha Besar kak. Allah uji kita tanda Dia sayang dengan kita. Ingat kak, Allah timpakan ujian yang besar kepada kita untuk ‘membesarkan’ kita di sisi-Nya. Sabarlah kak, yang penting kita jangan biarkan Allah jauh dari hati kita. Ujian ini menguatkan kita bukan melemahkan. Tabah dan yakin semuanya akan berubah” 

Nasihatku dengan harapan Kak Mariam akan sedar bahawa, Allah memang adil.

    
“Terima kasih Aisyah. Hmm, untung Aisyah dapat suami yang baik macam Razif. Akak doakan kamu sentiasa bahagia” Kak Mariam mengukir senyuman sebelum keluar dari pejabatku.

************************
Sudah enam hari Razif ke luar negara. Terasa rindu untuk mendampingi suami yang jauh di mata. Aku mencapai telefon bimbitku, lantas menekan nombor telefon Razif gunakan di Jepun.
         
“Tut..tut..hello. Ya, cari siapa?” aku terkejut kerana bukan suara suamiku yang menyambut panggilan tapi seorang wanita.
        
“Er..saya nak cari Razif, dia ada tak?” kataku yang sedang dalam keraguan.
          
“Oh abang Razif, kejap ye….sayang kawan sayang call..”
         
“Sayang!?” sekali lagi  aku dikejutkan dengan ungkapan itu. Siapa sebenarnya wanita ni? Kirana ke?
        
“Hello..siapa ni?” suara Razif akhirnya muncul di hujung talian.
         
“Isk..abang..ni Aisyah..” Aku tidak sanggup berkata apa-apa lagi. Hati ini bagai di dirobek-robek. Air mata laju menuruni pipi.


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment