Translate

Monday 17 March 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 5)



Tersentuh hatiku apabila menghayati setiap lirik lagunya. Walau sekadar lagu, tapi aku tahu itu adalah luahan isi hatinya. Terima kasih abang, kerana sudi menjadikan diri ini permaisuri hatimu. Aku tersenyum bahagia.
          
Liza berangkat pulang. Hanya tinggal kerabat keluarga yang masih memeriahkan suasana. Alangkah indahnya jika arwah ayah dan emak masih ada. Tapi, Allah lebih sayangkan emak dan ayah, aku redha. Aku melangkah ke kamar tidur. 

Hiasan berwarna merah jambu menyerikan lagi kamar ini. Wangian Rosmerry membuatkan mata ini ingin terlelap. 

      “Isteri abang tengah tidur ke? Mesti sayang penat” suara Razif yang lembut berbisik. Tangannya perlahan-lahan mengusap lembut rambutku. Aku mengukir senyuman walaupun mataku hanya terbuka sedikit.

          
         “Meh sayang kita solat dulu, pastu baru kita rehat okey? Kesian isteri abang ni penat” Razif mencium pipiku dan melangkah ke bilik mandi.

**************************

Aku mengambil cuti hari ini. Entah mengapa sudah empat minggu badanku terasa kurang enak terutama di bahagian bawah perutku. 

Aku menelan dua biji ubat untuk mengurangkan rasa sakit. Aku terlelap disofa seketika.
         
              “Sayang, bangun nak maghrib dah ni” Suara Razif menyedarkan aku dari tidur.
         
           “Astaghfirullah, saya tak sedar abang dah balik. Maafkan Aisyah abang. Abang mesti lapar. Tapi Aisyah belum masak apa-apa lagi”  Aku bingkas bangun untuk ke dapur tapi Razif menarik tanganku lalu mengucup ubun-ubunku.
          
            “Tak mengapalah sayang. Kita makan kat luar je malam  ni okey. Eh, sayang demam ke? Kenapa badan sayang panas semacam je ni?” Soal Razif sambil tangannya menyentuh lembut dahiku.
         
               “Aisyah tak apa-apa. Cuma pening sikit” Kataku dengan suara yang lemah.
          
            “Lepas solat maghrib ni kita pergi klinik then kita pergi makan. Risau abang tengok keadaan isteri abang yang pucat semacam je” balas suamiku yang kelihatan bimbang.
         
               Aku hanya mengangguk lemah. Badanku terasa panas dari sebelumnya.

  Seusai solat, aku segera bersiap. Razif sudah berada di dalam kereta. Kepalaku terasa berat. Penglihatanku semakin kabur.
         
          “Aisyah..!” suara Razif memanggil namaku semakin samar-samar di telingaku. Pandanganku menjadi gelap seketika.

*********************

Dengan perlahan-lahan aku membuka mataku. Pandanganku masih kabur. Dua suara dapat aku dengari walaupun samar-samar.
         
          “Isteri encik mempunyai ketumbuhan di bahagian rahim. Ketumbuhan ni akan menyebabkan lapan puluh lima peratus keberangkalian isteri encik tidak dapat memberikan zuriat kepada encik. Kami akan menjalankan pembedahan secepat mungkin. 
Saya harap encik faham” Satu suara yang aku tidak pernahku dengari tetapi, aku yakin suara itu adalah doktor yang merawatku. Hatiku menjadi hiba. Dapatku lihat air muka Razif yang berubah.
          
Razif menyedari yang aku telah terdengar perbualan mereka tadi. Dia hanya diam membisu.
          
Dalam perjalanan pulang, Razif terus membisu. Matanya hanya fokus dengan pemanduannya.

           “Abang, Aisyah tahu abang sedih, tapi cakaplah sesuatu supaya hati Aisyah tenang. Ini dugaan kita sayang” Aku meluahkan rasa hati yang hiba. 

Namun Razif tetap diam.
         
          “Aisyah minta maaf, Aisyah tahu abang nakkan zuriat abang. Kita masih boleh cuba. Mohon kat Allah” Kataku lagi memujuknya.
          
Razif menghentakkan tangannya ke cermin dan menghentikan kereta.
          
“ I need a rest! Please, bagi abang masa untuk terima semua ni!” Razif meninggikan suaranya.
            

Bersambung.........

No comments:

Post a Comment