Translate

Monday 24 March 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 6)



I need a rest! Please, bagi abang masa untuk terima semua ni!” Razif meninggikan suaranya. 
Aku hanya tunduk. Airmataku jatuh bercucuran. Hatiku terasa pedih kerana sebelum ini, Razif tidak pernah meninggikan suaranya kepadaku. Razif menghidupkan semula  enjin kereta dan meneruskan perjalanan.
          Sepanjang perjalanan, hanya suara radio kedengaran. Razif sedikit pun tidak memandangku. Sebenarnya, tiada siapa yang ingin mengalami ketumbuhan seperti yang ku alami ini, terutamanya ketumbuhan pada rahim. Ujian Allah tidak memilih siapa.
                      Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui isi hatiku dan hatinya. Lapangkanlah hati kami menerima dugaan-Mu ini. Biarlah dugaan ini menguatkanku, bukan melemahkan.

Aku dibawa ke bilik pembedahan setelah berada dua hari di hospital. Razif menungguku diluar bilik pembedahan.
          
           Aku diberikan ubat bius agar tidak merasa sebarang kesakitan semasa pembedahan dijalankan. Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa cemasnya hati ini. Hanya doa sahaja dapat menenangkanku.
          
             Beberapa jam kemudian, barulah aku tersedar. Alhamdulillah, pembedahanku berjaya. Doktor telah berjaya mengeluarkan ketumbuhan sebesar guli.

Keluarga Razif melawatku. Ibunya mengusap-usap kepalaku. Terasa rindu dengan belaian arwah mak.
          “Aisyah kena kuatkan semangat tau. Lepas ni jaga kesihatan baik-baik. Jangan kuat sangat berkerja” Suaranya lembut memberikanku nasihat. Aku hanya mengangguk lemah sambil mengukir senyuman.
           
           “Tapi  ibu, Aisyah mungkin tak mampu beri abang zuriat” Suaraku bergetar menahan sebak di hati.

          “Sabarlah Aisyah. Kamu berdua masih boleh berusaha. Banyakkan berdoa. Ibu akan sentiasa mendoakan kebahagian kamu berdua” Ibu Razif memelukku. Betapa hatinya tahu apa yang aku rasakan ketika ini.


Sudah sebulan aku bercuti dirumah. Kesihatanku bertambah baik. Seperti biasa, aku menyediakan sarapan untuk suami kesayangan.
         
          “Eh, sayang. Dah boleh pergi kerja ke ni? Soal Razif sambil membetulkan tali lehernya.
         
          “Alhamdulillah. Aisyah dah sihat dah. Lagi pun rindu nak pergi kerja. Sebulan dah Aisyah cuti” Balasku sambil menolong mengemaskan tali lehernya.
          
           “Baiklah. Jaga diri tau” Pesan Razif sambil mencubit pipiku. Razif akan ke luar negara. Katanya untuk menghadiri mesyuarat penting.
          
Razif lebih awal berangkat ke pejabat daripadaku. Aku membetulkan tudungku agar kelihatan lebih kemas.
          
“Teet..teet..” 

aku mencari bunyi itu. Rupanya telefon suamiku tertinggal di atas tilam.
          
“Abang ni, telefon pun boleh tertinggal” Desis hatiku sambil tersenyum. Aku membuka peti mesej telefonnya.

“Abang, jangan lupa  ambil Kirana petang ni. Miss you dear..”
           
Telefon Razif terlepas dari peganganku. Hati ini terasa ditusuk sembilu. Siapa Kirana? Apa yang Razif sembunyikan daripada aku.


Bersambung.....

No comments:

Post a Comment