Translate

Monday 3 March 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH ( EPISOD 3)

         

        “Assalamualaikum, cik Aisyah” satu suara kedengaran dari pagar rumahku.

“Mungkin Razif agaknya” desis hatiku sambil membetulkan tudung labuhku. Dengan perlahan aku membuka pintu rumahku.  Aku terkejut melihat kelibat  ikhwah yang menolongku ketika tersungkur seperti buah nangka tempoh hari. Aku keluar mendekati pagar rumah.

“Kamu ni mesti kawan Razif kan? Razif bagi alamat saya kat awak?” kataku tanpa merendahkan suara.

Kening kirinya terangkat sedikit ke atas. Dia kembali ke keretanya mengambil sesuatu. Bajunya yang berkolar, tinggi lampai dan matanya terlalu memukau membuatkan aku segera mengalihkan pandanganku.



“Nah, dompet miss Aisyah” sambil menghulurkan dompetku berwarna merah jambu muda.

Aku dengan pantas mengambil dompetku. “Terima kasih. Maaf menyusahkan encik” kataku tanpa sedikit pun memandang wajahnya.

“Saya Razif, sama-sama graduate dengan miss Aisyah. Jurusan enginering. Ucapan awak time tu sangat mengharukan semua orang. Tak sangka gadis manis macam awak boleh keluarkan kata-kata macam tu. Hmm..Saya rasa kita pernah berjumpa kan? Miss Aisyah ambil…”

Belum sempat Razif menghabiskan syarahannya, aku segera mencelah.         

“Maafkan saya. Tak manis kita berbual lama di sini. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya masuk dulu. Assalamualaikum”. Aku segera menutup pagar.

Razif kelihatan kecewa.  Bagiku perasaannya tidak patut aku hiraukan kerana yang Melihat lebih patut aku utamakan. Walaupun hati ini merasa sesuatu tentang dia, namun perasaan ini ku tolak sejauh mungkin.
        
       Alhamdulillah, Allah mengembalikan barangku yang hilang. Ketika aku membuka dompetku, aku terlihat sekeping gambar. Wajah mak dan ayah yang aku simpan kemas di dompetku. Sekali lagi air mataku jatuh di pipi.

“Aisyah sayangkan mak dan ayah. Aisyah janji akan menjadi anak yang baik macam mak pesan kat Aisyah. Lepas ni, Aisyah tak akan dapat dengar lagi suara mak dan ayah bagi nasihat. Aisyah, rindu..”

Aku merebahkan badan ke tilam sambil memeluk gambar insan kesayangan yang telah pergi untuk selamanya.

                                              *******************************


Nampaknya jalanraya tak sesak seperti selalu. Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan aku ke majlis ilmu. Sudah lama rasanya tidak mendengar usrah daripada ustazah Fatimah. Semenjak kebelakangan ini, asyik sibuk dengan kerja di kilang.
          
        “Assalamualaikum ukhti Aisyah. Sihat ke?” satu suara yang amat aku kenali. Sharliza! Kami saling berpelukkan.

“Alhamdulilah sihat. Wah, sejak jadi akautan ni, kereta dah upgrade ye” usikku kepada Liza.

“Rezeki Allah ukhti. Ukhti  apa kurangnya. Sejak jadi perunding nutrisi makanan, asyik bussy je” balas Liza yang pura-pura menunjuk rajuknya. Aku mencubit  pipinya yang sememangnya putih kemerah-merahan.
          
            “Ukthi ni ada-ada je. Jom kita masuk. Usrah dah nak mula dah ni”. Kami bergandingan melangkah ke masjid.

“Ustazah, ana ada satu persoalan. Mengapa tak semua orang terima ujian? kadang-kadang, ana tengok sesetengah orang tu asyik happy je. Macam tak ada masalah langsung” Satu persoalan yang dilontarkan sebagai pembuka majlis.
         
        “Jazakallah ukthi, cantik persoalan itu. Persoalannya mengapa? Sebenarnya semua orang di dunia diuji oleh Allah tetapi dalam berlainan bentuk. Orang kaya akan diuji dengan kekayaannya, orang miskin akan diuji dengan kemiskinannya. Cuma, bagaimana seseorang hamba itu menerima ujian yang diberikan. 

Allah menguji seseorang itu mengikut kemampuannya. Orang yang bijak akan kembali kepada Allah dan mampu tersenyum saat diuji kerana dia tahu itu adalah tanda sayang Allah kepadanya. Subhanallah, manisnya ujian” Kupasan perbincangan oleh ustazah Fahtimah memberi penguat hatiku yang baru dua bulan kehilangan insan tersayang.
         
        “Ana rasa lemah sangat saat diuji, bagaimana ya ustazah? Menganggap sesuatu ujian itu sebagai nikmat?” Persoalan daripada seorang akhwat yang duduk di sebelahku. Soalan yang sama dikepalaku dan aku juga perlukan jawapan.

“Inilah hakikat hidup di dunia. Umpama mengupas bawang. Semakin dikupas, semakin kepedihan mata kita. Ringankan hati kita untuk menghadapi ujian yang berat. Kita kena ingat, Rasulullah kekasih Allah yang sangat disayangi. Ujian Rasulullah adalah yang paling berat Allah berikan tanda besarnya Cinta Allah kepada Baginda” Senyuman tidak pernah lekang di bibir ustazah Fahtimah.

 “Ringankan hati menghadapi ujian yang berat? Wah menarik kata-kata ustazah” desisku di dalam hati.
         
           “Fokuskan kepada kesyukuran, jangan kepada kesukaran. Kesukaran menyempitkan lagi hati, namun kesyukuran membawa kelapangan hati” sambungnya lagi.

Ustazah Fatimah mengambil terjemahannya dan mengalunkan ayat dua surah Al-Ankabut,

“ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji? ”
          
Saat itu, air mata mengalir di pipiku. Terasa manis kerana dipilih menerima ujian dari Allah. Biar apapun ujian yang Allah berikan kepadaku selepas ini, aku akan berusaha untuk menjadi tabah.

Seusai solat Zohor, aku merebahkan tubuhku ke katil. Minggu yang memenatkan aku. Kerja terlalu lama membuatkan aku letih. Ah! Mengapa aku merungut. Rezeki Allah dah bagi namun aku masih tidak bersyukur. Ya Allah, kadangkala terasa  diri ini tuhan bukannya hamba. Aku cuba memuhasabahkan diri. Mataku semakin terasa berat. Dengan perlahan aku masuk ke alam mimpi.
        
          Mataku terbuka sedikit apabila terdengar deringan panggilan dari telefonku. Siapa agaknya?

          “Assalamualaikum, cik Aisyah. Saya ni Razif ” Suara Razif di hujung talian.

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment