Translate

Saturday 15 March 2014

FAILURE IS SUCCESS FEE





Kegagalan sebagai yuran kejayaan?? Betul ke?

Sebelum ke arah jawapan, saya timbulkan lagi persoalan...pernah rasa kegagalan?
Jawapan untuk kedua-dua soalan.."Ya, setiap orang PASTI pernah rasa kegagalan dan kegagalan itulah yang menjadi yuran kejayaan!"

Namun, ada juga kegagalan yang menjadi HUTANG kejayaan. Hutang? kejayaan pun ada liabiliti?



Ya, hanya putus asa akan memberi liabiliti kepada kejayaan. Bagaimana?

Jika kita sudah mengalah sebelum berjuang, kita akan terpaksa berkerja lebih! Lebih masa dan lebih tenaga
kerana banyak masa kita terbuang kerana berhenti separuh jalan. Akibatnya, kita jauh ketinggalan dalam mendaki gunung kejayaan.

"Aku dah berusaha tapi..kenapa masih gagal?"

Kata bijak pandai, bukan kita merancang untuk gagal tapi kita yang gagal merancang.

Allah beri kita kegagalan bukan bererti Allah buang kita ke pulau kegagalan untuk selamanya. Selami ibrah yang Allah beri.

Jangan kita terus hidup di pulau kegagalan namun kita cuba bangkit dan pulaukan kegagalan itu. Sampai bila kita ingin terus di dalam selimut kekecewaan? Di bantalkan dengan keluhan?

Kita ambil iktibar dari kisah kejayaan Col. Harland Sanders iaitu pengasas KFC. Beliau telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapatkan platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.

Apa ikhtibarnya disini? bak kata pujangga, hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Contohi kegagalan? Nak ulang kegagalan? karutlah!

Bukan mengulang tapi mengkaji! Kaji dari mana PUNCA kegagalan dan PENGHALANG kejayaan.

Jika dahulu kita gagal mengurus masa, mulakan dengan sifat menghargai masa. Secara logiknya, benda yang berharga tidak akan mungkin kita sia-siakan.

Bagaimana menghargai masa?  Hargai masa dengan mengisi masa. Bagaimana mengisi masa? Ini jawapannya..


Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 
(Surah Al-Asr, 103:1-3)

Hargai masa kerana ia seperti air yang deras hanya berhenti bila sampai ke hujung.

Jika dahulu kita gagal dalam merancang, mulakan dengan menentukan matlamat. Tiada gunanya perancangan jika tiadanya matlamat.

Tentukan keutamaan daripada kemahuan. Buat analisis untuk menentukan prioriti. Dengan cara ini mudah melihat kelancaran perancangan yang dirancang.


Kita sering gagal untuk menguasai kata kerja faham dan hafal. Kita mudah hafal tapi mudah lupa. Kunci dalam hafalan adalah memahami. Kita mungkin saja mudah menghafal beribu perkataan namun kita sukar memahami satu perkataan.

"Aku faham cuma tak ingat"

Jika ini yang kita alami, ertinya kita belum faham. Mengapa? jika kita faham sudah tentu kita ingat. Jika kita ingat tidak semestinya kita faham.

"Bingung..Tak perlulah berbelit-belit!"

Tak perlu bingung. Kuasai teknik memahami. Bagaimana?

Caranya mudah. Untuk memahami perlu mengetahui dahulu. Kita perlu tahu apa yang kita baca.

Contohnya,

"Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan terbantutnya pembesaran " fahami ayat ini dengan bermain dengan imaginasi dan timbulkan persoalan dan jawab persoalan itu dengan cara mencari maklumat lebih tentang itu.

Apa kaitannya pembesaran dengan vitamin A? dan jika kita kembali kepada fungsi vitamin A, vitamin A adalah elemen penting untuk menghasilkan sel-sel baru.

Jika tiadanya vitamin A, sel-sel baru tidak akan dapat dihasilkan dan dengan mudah kita dapat kesimpulan yang sudah tentu pembesaran terbantut kerana tiadanya sel-sel yang baru.

Disini kita dapat memahami dengan menyeluruh tanpa menghafal bulat-bulat contoh fakta tadi iaitu "Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan terbantutnya pembesaran ".

Apabila kita dapat memahami dengan baik, sudah tentu kita dapat menerangkan kepada rakan-rakan kita dengan lebih mudah tanpa mengunakan ayat didalam nota yang di beri.

Akhir sekali, jangan masuk lubang yang pernah kita jatuh dahulu. Jika tersungkur lekas bangun. Selagi Allah dalam hati kita kekuatan pasti ada ketika kegagalan bertandang.

Tekadkan dalam hati , kegagalan ini pasti akan ku guna untuk mencapai kejayaan. FAILURE IS SUCCESS FEE!!

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan "

(Surah Al-Inshirah 94:5-6)



No comments:

Post a Comment