Translate

Friday 14 March 2014

Wahai Hati...





Wahai hati..
mengapa terasa mati....
Hati terkubur buta menilai dunia....

Wahai hati...
butakah engkau dalam melihat dunia..
mengapa yang hitam menjadi putih..
yang putih menjadi hitam..

Wahai hati...
apakah warnamu sekarang?
adakah hitam seperti arang?
ataupun putih seperti kapas?

Wahai hati..
mengapa airmataku kian kering?
adakah hatiku sudah kemarau mengingat Dia?

Wahai hati..
apakah yang kau rindu?
Pencipta ataupun yang dicipta?

Wahai hati...
pagarilah nafsu agar tidak menjadi raja..
luaskan iman agar dapat mengawal rasa..

Wahai hati...
biarlah sakit saat merindui Dia..
kerana Dia ubat untuk segalanya...

-- ハナ --

No comments:

Post a Comment