Translate

Monday 10 March 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH ( EPISOD 4)



Mataku yang kuyu sebentar tadi menjadi segar kembali. Aku berasa terkejut apabila menerima panggilan daripada Razif. Apalagi tujuan Razif menelefonku?
          
“Walaikumsalam. Ada apa Encik Razif call saya?” jawabku untuk kepastian.

“Dah dua bulan saya simpan benda ni. Awak tidak perasan ke? Cuba cek dompet miss Aisyah” balasnya.



Aku membuka dompetku. Seperti ada sesuatu yangh hilang dari dompetku. Aku merenung kembali dompet merah jambuku. Gambar! Gambar mak dan ayah masih ada, tetapi gambarku hilang!
         
“Maafkan saya encik Razif. Tolong jangan ambil barang yang bukan milik Encik Razif. Saya harap Encik Razif dapat kembalikan” Nadaku sedikit keras.
          
“Minta kat mak saya. Saya dah beri kat mak saya and mak saya nak awak jadi menantu dia. Kalau awak setuju, sabtu ni saya akan hantar rombongan meminang” jawabnya dengan nada selamba.
         
Aku terkedu apabila mendengar jawapannya. Aku hanya membisukan diri.
         
 “Hello..hmm maafkan saya cik Aisyah. Saya dah lama pendam perasaan saya. Saya ikhlas nak ambil awak sebagai isteri saya.  Kalau awak setuju, saya akan hantar pinangan sabtu ni. Boleh saya bercakap dengan ayah awak?” kata-kata Razif membuatkan mulutku terkunci.
          
“Parents saya dah tak ada. Maaf, saya perlukan masa. Saya hormat perasaan awak. Maafkan saya. Assalamualaikum..” balasku dengan nada perlahan. Aku terus mematikan telefon.
         
Malam semakin tua. Dihadapan-Nya aku memohon petunjuk. Aku menadah tanganku kepada-Nya.
         
“Ya Allah, andai dia jodohku, satukan kamu ditapak Cinta-Mu. Semaikanlah cinta kami dengan benih Kasih-Mu. Jauhkan kami dari cinta palsu yang dapat membutakan hati untuk mengenal cinta-Mu. Andai dia bukan untuk ku, jangan jadikan hatiku hilang arah. Pautkan aku di ranting Cinta-Mu, agar Kau temukan dahan yang lebih kukuh untukku. Amin, ya rabbal alamin..”
        
  Biarlah Allah yang pilih seseorang untukku, kerana pilihan Allah yang terbaik. Andai Razif untukku, aku rela menjadi bidadari dunia di dalam hidupnya.

                                               *********************************

Aku terima nikahnya, Aisyah binti Rosli dengan maskahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai" Dengan hanya sekali lafaz, aku telah sah menjadi zaujah kepada Razif. Airmataku mengalir di pipi saat mendengar lafaz dari bibir Razif. Timbulnya, satu perasaan bahagia yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Razif menyarungkan cincin di jari manisku sambil matanya memandang tepat ke arah mataku. Aku tahu, dia turut merasakan kebahagian yang aku rasakan.
       
“Terima kasih sayang kerana sudi menjadi permaisuri hati ini” Suara lembut Razif berbisik di telingaku. Satu kucupan lembut  di ubun-ubunku. Ya Allah, terima kasih kerana Kau telah memberikan hari yang amat bermakna bagiku dan juga untuk dia.
         
Akhirnya, majlis akad nikah selesai. Liza mendekatiku sebelum dia berangkat pulang.
         
“Ukhti, tahniah sangat-sangat kerana telah dipertemukan jodoh yang baik. Tak sangka ikhwah yang menolong ukhti dulu, bakal jadi zauji ukhti” Kata Liza lembut. Tangannya erat memegang tanganku.
          
“Jodoh tu kan milik Allah. Anthi bila pulak bila nak bina masjid?” Kataku untuk menyakat Liza. Merah pipi Liza apabila aku menyoal tentang jodoh.
          
Tiba-tiba kedengaran lagu nasyid di mainkan,
          
“Lagu ini saya hadiahkan untuk permaisuri hati saya, Aisyah binti Rosli, terimalah” Bulat mataku apabila namaku disebut. Aku terkejut melihat suamiku sudah memegang mikrofon. 

“Permaisuri hatiku?” Bisik hati kecilku sambil tersenyum melihat gelagat suamiku mendendangkan lagu nasyid ini.

“Diantara kekasih pilihan dihati..

Punyai budi penghias diri..

Wajahnya lembut hiasan pekerti yang tinggi..

Indahnya perhiasan duniawi..

Diantara diriku jua dirimu..hanya mengharap cinta yang satu..

Ku binakan mahligai impianmu..

Oh sayang ikhlaskanlah hatimu..

Malumu bernilai..katamu berhikmah.. hatimu tulus suci dan murni…

Hanya diri yang halal engkau serahkan segala..

Untuk mencari redha Ilahi..”

Tersentuh hatiku apabila menghayati setiap lirik lagunya. Walau sekadar lagu, tapi aku tahu itu adalah luahan isi hatinya. Terima kasih abang, kerana sudi menjadikan diri ini permaisuri hatimu. Aku tersenyum bahagia.



Bersambung......
                        

No comments:

Post a Comment