Translate

Sunday 9 March 2014

NYALAKAN CAHAYA DI HATI MU




Kesejukkan di subuh hari membuatku bertambah lena dipeluk erat oleh selimut. Mimpi menjadi lebih panjang.

"Allahuakhbar..Allahuakhbar.."

Suara azan memecahkan mimpiku. Apa tidaknya asramaku hanya bersebelahan dengan surau kampung. Di ikutkan hati mahu saja aku meneruskan tidur, namun kemahuan itu aku tepis. Bius syaitan memang halus, mataku masih lagi tertutup walaupun aku sudah dalam posisi duduk.


Di bilikku ada tiga orang lagi sebilik denganku,namun hanya aku dan Azrina saja yang beragama islam. Katil yang disediakan untuk kami adalah katil yang bertingkat. Dan "jiran" di bawah katilku adalah seorang gadis berbangsa cina tapi beragama kristian dan dia lebih mesra dengan nama pangilan Xin.

Setiap kali azan subuh sudah menjadi rutinku duduk dibirai tilam sambil mendengar azan subuh. Seusai habisnya azan subuh aku melompat turun dari tilam dengan perlahan khuatir Xin turut terbangun.

Aku melihat dia tersedar sedikit namun dia meneruskan tidurnya. Aku menarik nafas lega takut pula aku menganggunya.

Aku lihat Azrina tidur bersama assigmentnya. Aku hanya tersenyum mungkin tidur lewat agaknya kerana menyiapkan assigment namun aku lihat juga di tangannya masih memengang erat terjemahan Al-Quran.

Terasa kagum dengannya, walaupun otaknya sibuk dengan assigment yang tidak henti-henti namun dia tetap akhiri malamnya dengan mentadabur Al-Quran. Hebat! getisku didalam hati. Perlahan-lahan aku mengerakkan bahunya. 

Subuh itu kami solat subuh berjemaah dan Alhamdulillah itulah rutin kami setiap hari. 

Hari ini seperti biasa rutin seorang pelajar universiti, dihiasi dengan kelas dan praktikal di makmal. Setiap petang selepas praktikal di makmal aku hanya berjalan kaki dari fakultiku ke asrama. Hanya mengambil masa 15 minit. Aku dan Xin mengambil kursus yang sama dan kami sengaja mengatur jadual yang sama agar mudah membuat perbincangan jika ada assigment yang diberikan oleh pensyarah.

Aku agak senang dengan Xin. Walaupun dia berbangsa cina namun fasih berbahasa melayu, mudah bergaul dan tidak sombong. 

Petang itu kami melewati taman rekreasi pelajar, sekumpulan pelajar wanita duduk bersantai sambil menikmati udara petang. Aku tersedar Xin seperti memerhatikan mereka. Namun aku tidak mengendahkan sangat tujuannya.

Tiba-tiba Xin mengeluarkan pertanyaan yang membuatkan aku sedikit terkejut.

"Farhana can I ask you something? Mengapa salah seorang pelajar perempuan tu tak pakai tudung macam you?"

Aku melihat sekilas pelajar wanita yang dimaksudkannya itu. Ya, memang ada sedikit berlainan tentang cara pemakaiannya. Namun tidaklah aku maksudkan cara pemakaian tudungku lebih mulia darinya. Cuma bonggol tudungnya terlalu tinggi hingga menampakkan lehernya.

Aku terdiam. Xin tertunggu-tunggu jawapan dariku. Aku perlu menjawab dengan 'jawapan tanpa penghinaan' terhadap saudara seagamaku.

"Maaf kalau soalan saya buat you kurang senang" Xin terasa serba salah akan soalan yang dilontarnya.

"Eh, tak mengapalah Xin. Tak perlu rasa bersalah pula" aku melemparkan senyuman untuknya.

"Dalam agama kami, menutup rambut, leher dan dada adalah wajib. Memang banyak fesyen tudung sekarang ni but untuk kami wanita islam, we must follow the rules untuk bertudung" aku mengunakan istilah 'peraturan' untuk memudahkan dia faham tentang hukum dalam islam, aku khuatir dia kurang faham istilah itu.

"I see. Saya tengok cara you bertudung pun sudah nampak you dah follow the rules but she..." sambil memandang kembali wanita itu.

"Honestly, saya tak suka girl yang bertudung tapi tak ikut rules yang you cakap tu walaupun saya tidak seagama dengan kamu" Xin meluahkan pendapat hatinya. Xin memang kuat pengangan agama kristiannya. 

Mulutku seolah-olah terkunci. Sungguh terasa dihati bila mana orang yang bukan beragama islam menilai cara pemakaian  orang islam.

"Maybe the rule Maker may change her soon" aku mengenyit mata kepadanya. Hanya Pembuat peraturan yang mampu mengerakkan hati untuk bertudung dengan sempurna.

Waktu maghrib hampir tiba. Aku dan Azrina bersiap-siap untuk ke surau, kerana khabarnya ada ceramah umum di surau malam ini.

Dalam kesibukkan aku menyarung telekung, tiba-tiba Xin bersuara.

"Farhana, baru saya teringat. Awal pagi tadi you ada bangunkan saya?"

Aku menaikkan sedikit keningku. Mungkinkah Xin tergangu olehku subuh tadi?

"Er maaf kalau tadi subuh saya turun dari tangga katil kasar sangat sampai kamu terjaga"

"Bukan itu maksud saya.."

"Hm?" aku bertambah kehairanan. Azrina mula mengalihkan pandangannya kepada kami berdua.

"Saya terdengar suara orang bangunkan saya"

Aku dan Azrina saling berpandangan.

"Suara?" soalku.

"Ya suara and suara tu kuat sangat. 'Bangun..bangun' itu saja yang jelas di telinga saya. Pertama kali saya dengar suara tu sampai saya terjaga dari tidur" katanya bersungguh-sungguh.

Kepalaku ligat memusing kembali masa ke subuh tadi. Suara apa yang Xin maksudkan. Setahu aku, aku langsung tidak bersuara dengannya tadi subuh. Aku berfikir sejenak.

"Azan??" tiba-tiba jawapan itu terlintas di benakku. Bulu roma naik secara tiba-tiba bukan kerana takut namun taajub.

"Kamu maksudkan azan ke Xin? soalku kembali.

"Azan? Apa tu? Oh yang macam lagu tu ke? yang datang dari surau?"

"Lagu? Er..sebenarnya itu bukan lagu Xin tapi lebih kurang macam remainder or pemberitahuan untuk kami orang islam yang its time to pray"

"So rupanya suara tu dari surau sebelah. First time saya dengar bunyinya macam tu, buat saya terbangun" katanya sambil menyentuh dagunya.

Aku dan Azrina pula yang kebingungan. Mana mungkin azan dilaungkan dalam bahasa melayu. Ganjil sungguh. Subhanallah! Getis hatiku. Mungkin Yang Maha Kuasa lebih tahu.

"Haiya tak perlulah kamu dua termenung jauh-jauh, mungkin saya yang salah dengar" kata Xin yang sedar kami berdua seakan-akan bermonolog didalam hati. Xin mengangkat baldinya dan memesan agar kami berdua tidak lupa membawa kunci bilik. Aku dan Azrina mengangguk faham sambil tersenyum dengan makna yang tersirat.

Seusai solat isyak berjemaah di surau, aku dan Azrina berserta rakan-rakan yang lain rancak berbual mengenai pengisian dari Ustaz Zuhairi yang sungguh membuka minda kami. Tajuknya sangat menarik iaitu 'Pancaran Islam Dalam Diri'. 

" Saya setuju sangat-sangat dengan ustaz Zuhairi tadi, islam tu umpama lilin, kalau tak nyalakan lilin islam dalam diri kita, takkan mungkin kita dapat menikmati cahaya islam dalam diri kita apatah lagi mensyukurinya" kata Azrina dengan bersemangatnya.

"Dan juga jika tiada cahaya islam dalam diri takkan mungkin kita mampu berkongsi cahaya kita dengan lilin yang masih belum menyala" sambungku.

"Hah, part tu yang tak berapa faham. Apa maksud ustaz 'berkongsi cahaya kita dengan lilin yang masih belum menyala'? Azrina mengerutkan dahinya.

"Maksudnya jika kita tak tanamkan cara hidup islam dalam diri kita, mana mungkin orang yang bukan islam akan tertarik dengan cahaya islam"

"Oh macam tu. Betul, sangat-sangat setuju. Cuma kadang-kadang sedih je tengok orang islam sendiri"

"Maksud?"

“Saya teringat dulu masa nak solat kat musola, riuh sungguh dalam musola oleh muslimat yang berehat didalam. Saya tak larang meraka nak rehat kat sana tapi tolonglah jaga akhlak. Riuh musola tu dengan suara mereka, saya solat pun terpaksa kuatkan bacaan sebab tengelam dengan gelak tawa mereka” katanya sambil mengelengkan kepala.

“Saya lebih kagum dengan cara agama lain hormat agama kita. Contohnya cara Xin, masa kita solat berdua kat bilik, Xin cepat-cepat bagi isyarat kat kawannya untuk perlahankan suara tapi kalau dibandingkan dengan situasi yang saya alami tadi…” Azrina menghembus nafas kekesalan.

“Sama-sama kita muhasabah diri Azrina. Kita mulakan dari diri kita agar sentiasa ikut cara hidup islam, hidupkan cahaya islam dalam diri kita. Mungkin kita boleh menegur orang lain dengan cahaya yang kita marakkan dalam hati kita. Mana mungkin yang malap hasilkan yang terang”

“Bila sebut pasal Xin, saya masih tertanya-tanya tentang hal subuh tadi. Yang kamu dengar azan tapi Xin pula dengar azan tu suara yang lain pula suruh dia bangun”

“Mungkin itu cara Allah tiup cahaya ke dalam hatinya. Saya gembira jika dia salah seorang dari saudara  seislam kita” luahan harapanku.

Akhirnya kami sampai ke pintu bilik. Aku membuka tombol pintu dengan perlahan.

Mataku bulat melihat Xin memakai tudung!

“Eh, maaf Farhana saya pakai tudung you without permission” Xin dengan lajunya membuka tudungku yang dipakainya.

“Xin kamu nampak cantik. Saya hampir tak kenal kamu tadi”

“Saya tak tahu kenapa tudung ni macam panggil saya. Masa saya pakai tadi rasa tenang hati” suaranya juga menampakkan ketenangan. Matanya tidak beralih dari tudung itu. Tiba-tiba ku nampak senyumannya terukir.

“Ya Allah, hanya Engkau yang mampu menghidupkan kegelapan hati dengan cahaya-Mu. Begitu indah ya Allah cara Engkau membelai lembut untuk sahabatku yang berbangsa cina ini kembali pulang kepada-Mu” monolog hatiku dan secara tidak sedar air mata mengalir dipipi.

""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

“Sometimes, the ocean floor is only a stop on the journey. And it is when you are at this lowest point, that you are faced with a choice. You can stay there at the bottom, until you drown. Or you can gather pearls and rise back up—stronger from the swim, and richer from the jewels”
(Yasmin Mogahed)








2 comments: