Translate

Monday 10 March 2014

SEMANIS DONUT SEPAHIT KOPI




Jam menunjukkan hampir jam 12.40am. Masih tekun mencari artikel untuk assigment. Tangan menaip tapi fikiran melayang.

Apa yang difikir?

Jawapannya...tentang misteri kapal MH370...



Spekulasi...agenda...nasi lemak...semua menjadi isu...

Menghirup secawan kopi..tersedak seketika...dengan perlahan menghela nafas..

Donut yang disaluti gula..dikunyah perlahan..

Skrin komputer riba diperhati dengan mata yang sedikit lemah.....

Misteri....bukan sahaja kerana hilangnya sebuah kapal..tapi hilangnya bicara yang waras...

Seringkali terlihat komen2 d muka buku..banyak "pakar2" baru yang mengulas tanpa mempeduli hati2 yang mungkin sedang mengharapkan kepulangan keluarga yang tercinta yang masih hilang tanpa berita.

Semenjak tahu hal kehilangan kapal MH370, diri ini sendiri tidak putus2 mengikuti perkembangan berita dan sangat2 berharap akan ada berita baik pengganti kerisauan di hati walaupun bukan keluarga atau sahabat penumpang yang terlibat.

Bukan masa untuk menunding jari, bukan tempatnya berkelahi dan bukan saatnya saling membuat spekulasi negatif...tapi masanya untuk kita semua berdoa...kerana doa mampu mengubahnya dengan Kekuasaan-Nya. Hanya Dia Mengetahui segalanya..semat itu dalam hati.

Pahitnya kopi masih boleh di maniskan dengan gula..namun pahitnya bahasa akan kuat rasanya dihati.

Semoga hari esok..ada sinar yang menyinari...

Donut selesai di kunyah...kopi habis di hirup...dan mata mula berkata "cukup untuk hari ini"..

No comments:

Post a Comment