Translate

Monday 18 August 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 22)


“Alhamdulillah Kirana dah sedar” aku mengenggam tangan Kirana. Namun, Kirana menarik tangannya dan memalingkan muka. Aku sedikit terkejut. Mungkin dia terlalu letih.

“Aisyah, ibu risau Afiq dan Afiqah tak dapat susu Kirana secukupnya. Boleh tak kita susukan Afiq dan Afiqah susu formula? Kesian ibu tengok baby kembar tu.” Sayu muka ibu saat itu sambil melihat Afiq dan Afiqah.

“Ibu, saya rasa umur bayi yang belum cukup sebulan, lebih sesuai menyusu susu ibu mereka. Lebih baik untuk perkembangan mereka. Tak apalah, saya akan cuba pujuk Kirana.” Aku memberikan harapan untuk ibu Razif yang risaukan cucu kembarnya itu.

Aku dengan perlahan mendekati Razif.

“Razif, Afiq dan Afiqah perlu sangat susu ibu mereka. Marilah kita pujuk Kirana dan berikan kekuatan untuk dia.”

Razif mengambil Afiq dan mendekati Kirana. Razif mengusap rambut Kirana sambil memujuknya. Aku dan ibu juga turut memberikan semangat untuk Kirana.

“Kirana perlu tenang, baru Afiq dapat menyusu dengan lancar” nasihat ibu kepada Kirana.

Akhirnya, Kirana menyusukan kedua-dua anaknya tanpa sebarang masalah.Bahagia aku melihat Razif dan Kirana saat itu.Memang aku tidak layak menganggu kebahagian mereka.

Razif terpaksa meninggalkan Kirana sebentar dan meminta tolongku untuk menemani Kirana. Aku duduk di tepi katil Kirana. Tiba-tiba Kirana bersuara.

“Akak dah nampakkan kebahagian saya dan abang Razif.  Saya sayangkan abang Razif. Saya hormat akak sebagai bekas isteri Razif tapi saya tak nak akak rampas Razif dari saya. Cukuplah hanya ada saya , Afiq dan Afiqah dalam hidup Razif. Saya tak nak ada orang lain saya harap akak faham”.

Aku terkedu seketika. Tidak tersangka Kirana meluahkan apa yang dia mahu selama ini.

“Akak minta maaf Kirana kalau akak penganggu hidup Kirana. Janganlah risau. Akak tak akan rosakkan hubungan Kirana dengan Razif. Mungkin akak memang tiada jodoh dengan abang Razif”. Aku menahan perasaan. Tidak dapat aku pastikan apa perasaanku saat itu.

Kirana tersenyum dan mengenggam tanganku.

“Terima kasih sebab jaga Kirana”

“Sama-sama. Kirana dah macam adik akak”

“Wah, lebarnya senyuman isteri abang ni. Ni abang belikan Kirana buah kiwi, Kirana suka makan kan?” Razif tiba-tiba muncul di muka pintu.

“Kirana gembira je, kak Aisyah banyak tolong Kirana”.

“Kalau Kirana nak, nanti abang bawa Aisyah kat sini jaga Kirana. Abang gembira kalau isteri abang dua-dua ni bahagia”.

Muka Kirana berubah apabila terdengar panggilan ‘isteri’ Razif ungkapkan untukku. Terlihat api cemburunya membara.

“Maaf Razif, saya berangkat dulu. Banyak kerja yang saya perlu siapkan. Kirana, akak jalan dulu. Kalau ada apa-apa yang Kirana nak akak tolong, call or sms kat telefon akak” aku sengaja mengundurkan diri. 

Mengundurkan diri untuk kebahagian mereka.

Benar apa yang Kirana katakan. Aku tidak perlu wujud lagi dalam dunia Razif.

Pagi itu, aku pergi ke tempat kerja seperti biasa. Namun, tubuhku berasa tidak enak seperti biasa. Mungkin emosiku yang menganggu kesihatanku.

Aku duduk di kerusi sambil mengurut tepi mataku.

“Hello! Good Morning”. Natalie muncul secara tiba-tiba.

“Eh Natalie. Awal sampai hari ni”

“Well, nak hirup angin segar pagi-pagi ni. I pergi jogging pagi tadi. Nak kuruskan badan. He..he..” senyumannya menampakkan giginya yang putih.

“Wah semangatnya. You dah kurus pun nak kurus lagi” aku mengelengkan kepala sambil tersenyum.

“You ni, kita mestilah jaga kesihatan. Tengok you tu, pucat semacam je. You sihat ke ni?

“ I okay. Janganlah risau”.

“Nanti I bawa you lunch kat café luar. I belanja you. So setuju or tak?”

“Baiklah miss Natalie. Kalau you belanja, I tak nak tolak rezeki” aku mengangguk tanda setuju. Terhibur aku melihat telatah Natalie.

Masa berlalu dengan cepat, sedar tidak sedar jam menunjukkan masa untuk makan tenggahari. Aku dan 

Natalie hanya menaiki satu kereta. Keretaku aku tinggalkan di luar tempat letak kereta di pejabat.

“You nak makan apa hari ni Natalie?” aku mengajukan soalan sambil melihat makanan yang disediakan.

“I just nak makan nasi goreng kampung  and jus mangga. Nyum! Tak sabar” matanya bersinar-sinar melihat menu.

“Sejak kebelakangan ni, I tak ada selera makanlah Natalie” selera makanku seperti terkunci. Tiba-tiba aroma ikan goreng menusuk dihidungku.

“Harumnya aroma ikan goreng you nak order ke Aisy…”

Belum sempat Natalie menghabiskan kata-katanya, aku sudah berlari ke luar café. Aku mula  terasa mual semula. Bau ikan goreng membuatku ingin muntah dan pening.

“Aisyah, kenapa ni? You okay ke?”Natalie bergegas ke tempatku.

“Entahlah Natalie. Boleh tak kita bungkus makanan tu and makan kat pejabat. I tak selesa terhidu bau ikan goreng tu”

“Aisyah, er mybe you pregnant kot?”

“Pregnant??”

Bersambung...


No comments:

Post a Comment