Translate

Thursday 21 August 2014

HIMC: Mari Mencuba Pelbagai Gaya Masakan!



Selalu menyediakan masakan secara bergoreng? Mungkin pilihan ini bagi anda sihat walaupun menggunakan minyak tanpa kolestrol? Sebenarnya, semua minyak berasal daripada tumbuhan tidak mengandungi kolestrol. 

Namun, perlu berhati-hati kerana setiap jenis minyak masak mempunyai tahap tertentu (smoke point). Maksudnya disini, jika minyak itu dipanaskan melebihi had yang di tetapkan, ia akan mengeluarkan bahan toksik yang dikenali sebagai 4-hydroxy-trans-2-nonel (HNE). Bahan ini akan meningkatkan paras kolestrol dalam badan. 

Mungkin hari ini anda boleh cuba kaedah lain untuk menyediakan hidangan anda. Terdapat pelbagai cara masakan yang lebih sihat. Jom baca!
******************


Membakar

Kaedah ini sangat sesuai untuk memasak daging, ayam, dan ikan tanpa menggunakan minyak yang banyak.

Cara yang digunakan adalah menggunakan haba dari dulang pembakar menyentuh makanan secara langsung dan sekaligus mengedapkan bahagian luarnya.

Dengan cara ini, rasa dan sebahagian khasiatnya tidak hilang. Namun, makanan perlulah sentiasa dibalik-balikkan untuk mengelakkan daripada hangus dan untuk memastikan makanan dimasak dengan rata dan sempurna.

Kebaikan kaedah ini, ia menghadkan penggunaan minyak dalam makanan serta sebahagian lemak daripada daging mencair dan hilang melalui proses ini.

Contoh kaedah membakar

Rendidih (Braising)

Cara terbaik memasak daging yang liat adalah dengan cara rendidih seperti daging ayam atau daging lembu tua, ataupun daging yang secara semula jadi mengandungi lebih banyak tisu penghubung (lebih berurat).

Tisu ini yang menyebabkan daging menjadi liat dan susah dikunyah jika tidak dimasak dengan betul.

Cara yang terbaik untuk melarutkan tisu ini adalah dengan cara penggunaan haba yang kecil secara perlahan dan lama di atas api dapur atau dalam ketuhar, daging akan lebih lembut dan berair.

Kebaikan memasak masa yang lama adalah ia dapat menaikkan rasa makanan, dan menjadikannya lebih enak.

Perlu ingat! Buang lemak daripada daging sebelum masak dan menggunakan sedikit sahaja minyak untuk menyediakan sajian.


Contoh Rendidih

Tumis goreng

Cara paling mudah adalah menumis goreng serta ia menjimatkan masa dan mengekalkan khasiat makanan.

Makanan seperti sayur-sayuran kaya dengan vitamin B dan C. Oleh itu, kaedah mampu mengurangkan kehilangan vitamin ini kerana masa memasak yang singkat.

Gunakan minyak yang sedikit sahaja ketika menumis.

Contoh kaedah menumis goreng.

Memanggang

Kaedah ini konsepnya serupa dengan membakar. Cara terbaik untuk memanggang dan membakar dalam ketuhar ialah dengan meletakkan daging di atas rak.

Cara ini membolehkan minyak yang berlebihan menitis ke atas bekas atau dulang pembakar yang diletakkan dibawahnya.

Kaedah ini juga dapat mencairkan sebahagian lemak daging ketika proses memanggang.

Contoh kaedah memanggang
 En papillote (masak dalam bungkusan)

Salah satu cara yang menarik untuk memasak adalah mengedap makanan dalam bungkusan dan membakarnya secara en popillate.

Makanan dimasak dengan wap jusnya sendiri, yang terperangkap dalam bungkusan.Kaedah masakan ini amat mudah, rendah lemak, dan senang untuk dibersihkan alatannya.

Sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, ikan atau makanan laut yang lain serta pasta boleh dimasak menggunakan kaedah ini. Menarik kan?

Pasta juga boleh dimasak dengan cara en popillote
Contoh bungkusan untuk kaedah en popillate
Mereneh/sup

Kaedah masakan ini adalah dengan cara memasukkan pelbagai bahan makanan dan ramuan ke dalam periuk masak perlahan (slow cooker) dan biarkan direnih (stew) selama beberapa jam tanpa perlu menunggu.

Masakan stew ini dapat melembutkan makanan liat seperti daging.

Anda boleh menambah sumber protein daripada ayam dan sayur bersama, menjadikan hidangan yang berkhasiat.
Contoh kaedah merenih/sup

Mengukus 

Kaedah mengukus dapat mengurangkan kehilangan khasiat makanan. Makanan dimasak dengan menggunakan haba daripada wap.

Cara ini sesuai untuk memasak sayur-sayuran, ikan dan ayam. Secara amnya, kaedah ini tidak memerlukan minyak.


Contoh kaedah mengukus



No comments:

Post a Comment