Translate

Friday 19 September 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 23)


Natalie meletakkan makanan di mejaku. Aku perlahan-lahan memicit kepalaku yang berdenyut-denyut. Tekakku masih terasa mual terhidu bau ikan goreng di gerai makan tadi.

You okay ke ni? Risau I tengok. Baik you pergi klinik. I tawarkan diri temankan you lepas kerja ni?” dari riak wajah Natalie terlihat kerisauan seorang sahabat.

“I’m fine Natalie. Mungkin I terlalu penat kot. Thanks because care about me ” aku melemparkan senyuman untuk menenangkan hatinya.

“Aisyah..you tak fikir ke yang mybe you..er..pregnant?”

“Tak mungkinlah Natalie. Don’t think too much” aku menolak andaian itu sekeras-kerasnya.

I know but still ada probability right?” Natalie masih mempertahankan andaiannya.

No Natalie. You tahu kan yang I ada ketumbuhan kat rahim I dulu. So, probability untuk pregnant only 1%”

If tuhan dah takdirkan you ada anak, 1% tu boleh jadi 100%. Betul tak?”

Aku tersenyum. Natalie sudah mula menggunakan istilah tuhan. Dia yang dulu sangat jauh untuk membincangkan tentang tuhan. Mungkin dia mula sedar tentang adanya Tuhan yang sebenar-benarnya.

Kata-katanya membuatkan aku teringat ayat ke dua akhir dalam surah Yasin;

“ Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu”

Aku memejamkan mata sebentar.Tidak mampu aku mengatakan kata-kata kesyukuran andai diri ini benar-benar hamil. Dalam hati ini hanya dapat berdoa.

“Kenapa Aisyah? You masih pening?” Natalie menghampiriku.

“Taklah Natalie. Kata-kata you tadi meniupkan semangat dan harapan dalam diri ni. Betul kata you tadi, Kun fayakun

“Er, Kun fayakun? I tak ada cakap pun benda tu” Natalie menggaru dagunya. Ternyata dia kehairanan.

Kun fayakun tu perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud, “Jadilah”.  I teringat ayat dalam Al-Quran bila dengar kata-kata you tadi. Apa yang tuhan mahu, pasti jadi. Tiada kuasa mampu menghalangnya. Sebab kalau kuasa tuhan tu terbatas, ternyata dia bukan tuhan. Remember that.” Aku memberi ‘hint’ untuk Natalie mencari Tuhan yang sebenar.

Kun fayakun..hmm” Natalie mula termenung. Aku hanya mampu mendoakan, agar suatu hari nanti dia akan menjadi saudara seagamaku. Tiada yang mustahil. Kun fayakun.

“Aisyah, tiba-tiba  I teringat tentang Adib. Apa khabar anak angkat  you tu? Dia sihat tak? Lama tak bawa dia jalan-jalan” senyuman Natalie lebar apabila teringatkan Adib.

“Alhamdulillah sihat. I nak tengok dia petang ni kat kampung. You nak ikut?” kebetulan petang ni aku memang berniat mahu melawat Adib. Walaupun dia bukan anak dari rahimku, namun besar pahalanya menyayangi anak yatim seperti Adib.

I dengan berbesar hati nak ikut you. Hehe” keceriaan Natalie terpancar di wajahnya. Aku hanya tersenyum. Di hatiku juga turut terukir kegembiraan.

Tiba-tiba ingatanku teringatkan Afiq dan Afiqah. Apa agaknya khabar bayi comel itu. Masih teringat renggekan manja kedua-duanya. Gebunya pipi dua bayi kembar itu, membuatkan sesiapa pun teringin mencubit manja di pipi gebu itu.

Hiba bila mengenangkan yang diri ini mungkin tiada lagi kesempatan menatap wajah kedua kembar itu. Ya Allah, jagalah keduanya. Semoga dapat menjadi Al-Shabab yang mampu membangunkan ummah. Amin.

Aku mematikan enjin kereta. Akhirnya sampai ke rumah nenek Latifah. Penat seakan tidak dirasa walaupun seharian bekerja. Natalie juga tidak kelihatan letih namun lebih bersemangat.
          
“Assalamualaikum..” Aku memberi salam di muka pintu rumah nenek Latifah.
        
 “Walaikumsalam. Eh ya Allah, Aisyah rupanya. Nana pun ada. Jemputlah naik nak” Mesra nenek Latifah menyambut kami. Nana adalah pangilan manja nenek kepada Natalie.
          
“Nenek apa khabar? Lama Nana tak datang lawat nenek” Natalie memang manja dengan nenek Latifah. Mungkin untuk melepaskan kerinduaan kepada mendiang neneknya yang telah lama pergi.
          
“Adib ada bagitahu yang nenek muntah darah hari tu, Aisyah rasa baik nenek periksa kesihatan nenek. Nanti Aisyah bawa nenek pergi klinik.” Aku terlalu bimbang tentang kesihatan nenek. Usia yang semakin meningkat, ketahanan badan pula yang akan menurun. 

Warga emaslah yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya.
         
“Nana dan Aisyah janganlah risau. Biasalah kalau umur-umur macam ni. Semua penyakit suka dekat. Nenek tak mahu susahkan Aisyah. Biarlah nenek makan apa ubat yang ada” garis-garis halus di wajah nenek terlindung bila senyumannya terukir dibibir.
         
“Nenek jangan macam tu. Kesihatan nenek perlu di jaga. Nanti kita pergi klinik , okey?” aku memujuk nenek Latifah sambil mengusap jari jemarinya.
          
“Baiklah. Terima kasih sebab sudi ambil berat tentang nenek. Bertuah arwah dapat kawan baik macam kamu berdua. Alhamdulillah”
          
“Oh ya, di mana Adib nek? Dari tadi tak nampak” Soal Natalie sambil matanya mencari-cari kelibat Adib.
          
“Rasanya mesti Adib pergi ke sana..” Jawapan nenek membuakan kami berteka-teki.
            
“Ke sana? Adib pergi mana nek petang-petang macam ni? ” soalku kembali. Teringat aku akan Adib yang pernah terperangkap dengan sindikit yang menjadikan kanak-kanak sebagai agen peminta sedekah. Tanggapan itu aku buang jauh-jauh.


Bersambung....

No comments:

Post a Comment