Translate

Friday 22 August 2014

Kerana Mereka Datang Dari 'Jauh'


Bismillah..

Ramai yang bertanya pada saya sendiri, mengapa kebanyakkan entry pasal mualaf?

Jawapan saya mudah, kerana mereka datang dari 'jauh'..

Mungkin ada yg bingung dgn jawapan saya, namun itulah istilah yang sesuai saya gunakan. Tidak ramai tahu di sebalik wajah yg tenang melafazkan syahadah, ada cerita bagaimana mereka 'pulang' di jalan sebenar.
 Betapa indahnya islam, ia ada jalan tapi ada sempadan. Sempadannya bukan bebanan tapi membentuk kekuatan. 

Bagi saya, bukan mudah menggapai hidayah Allah kerana bolak-baliknya hati.Saya teruja, saya kagum melihat mereka yang sebelum ini jauh dari agama Allah, dengan hati yang rendah 'pulang' ke Pangkuan Ilahi.

Bagaimana mereka lahir dalam keadaan bukan islam, menjalani hidup dengan agama keluarga mereka, ditanam dalam-dalam agama yang di anuti di dalam hati. Namun, hanya satu percikkan hidayah Allah, mereka kembali.

Tanya kepada mana-mana mualaf, dari mana kekuatan hati untuk memeluk islam, sedangkan ugutan, cacian merantai diri dari kaum keluarga, sahabat, dan masyarakat sekeliling.

Jawapan yang pasti anda dengar, "kerana saya ada Allah. Tiada yang lain yang saya takutkan selain Dia"

Itu bukti mereka percaya sekuat hati kepada Allah, bukan cuma tahu tapi mereka mahu percaya. Ramai orang islam sendiri yang tahu Allah itu ada, tapi seolah-olah tidak percaya.

Mengapa saya katakan mereka tidak percaya? kerana lihat sahaja dahi mereka yang tidak pernah sujud kepada-Nya. Sedangkan hakikatnya, Allah yang mencipta kita. Leka mengejar dunia, lalai dari mengejar akhirat.

Saya kagum dengan Dr Maurice Bucaille. Seorang sarjana dari Perancis. Pada awalnya, beliau mengenali islam sebagai agama yang diperkenalkan oleh seorang lelaki  yang bijaksana di kenali sebagai Muhammad SAW.

15 tahun yang lalu, dengan takdir Allah, beliau menjadi salah seorang pakar bedah dan diminta untuk berbincang dan membandingkan antara perspekstif islam dan kristian. Rakan-rakannya memberi tahu kepadanya, bahawa banyak percanggahan dan kesilapannya mengenai islam.

Baru beliau menyedari banyak ilmu yang beliau pelajari sebelum ini sebenarnya bercanggah daripada tunjang ilmu yang sebenar.

Beliau mula mempelajari bahasa arab untuk memahami dan mempelajari Al-Quran. Walaupun belum memeluk islam.

Dan apabila ditanya apa kebaikan yang beliau dapat, beliau menjawab..

"I knew then that the Quran was the "Work of Allah" and had not been authored by any human being. I was also convinced that Mohammed (S.A.W.) was a true Prophet of God"

"Baru saya tahu bahawasanya Al-Quran itu adalah dari Allah dan tidak dikarang oleh mana-mana manusia. Saya juga yakin bahawa Muhammad (SAW) adalah seorang Nabi Allah yang sebenar"

"I have studied the Book (Quran) very carefully and have not come across one single instance of scientific fallacy any where in it"

"Saya mempelajari buku( Al-Quran) itu dengan teliti dan tidak menemui sebarang kesilapan sainstifik di dalamnya"

Subhanallah. Lihat bagaimana petunjuk Allah membuka mata beliau. Dari kegelapan kepada cahaya yang terang.

Berbeza dengan kita yang mendengar ayat-ayat Al-Quran sejak kita lahir ke dunia lagi. Bila waktu terakhir kita membuka Al-Quran? Bila kali terakhir kita membaca Al-Quran?

Ganjil melihat masih ada yang mempertikaikan suruhan-Nya, walhal siapa kita? Mengapa berani lantang bersuara berkeras enggan menutup aurat?

Kitakah yang mencipta alam ini? Walhal, ciptaan sekecil kuman pun kita tidak mampu menandingi ciptaan-Nya.

Jika kita boleh membawa fikiran kita menyalari masa-masa lampau, dan bandingkan dengan masa sekarang, berapa banyak Dia memberi petunjuk pada hati kita, berapa banyak cahaya di suluhkan? Namun, kita menepis cahaya itu dari masuk dari hati kita. Walhal, jika tumbuhan diberikan secebis suluhan cahaya, sudah pasti ia ke arah cahaya itu. Kemana arah cahaya itu ia pasti mengekorinya. Jadi mengapa kita tidak begitu? Adakah hati sudah sekeras batu?

Syeikh Abdul Qadir pernah berkata:

“Janganlah kamu mencari dunia seperti mencari kayu api di malam hari, yang tidak tahu apa didalam genggaman tangannya. Aku melihat kamu seperti pencari kayu pada malam gelap gelita, ketika tiada rembulan yang bersinar dan tiada cahaya yang menyinari.

Ia bagai berada gurun pasir yang merbahaya dan berhadapan dengan serangga membahayakan, mudah tewas.


Sinarilah diri kamu dengan cahaya tauhid, cahaya syariat dan cahaya takwa. Cahaya itu akan menjaga kamu dari jerat hawa nafsu, syaitan dan syirik”

Teringat saya kepada sahabat saya yang memeluk islam 2 tahun lepas. Sehingga kini, ibunya masih 'dingin kerana keputusannya. Ayahnya telah menghilangkan diri semenjak beliau kecil. Namun, dia tetap tabah untuk pulang ke rumahnya setiap kali cuti penggal. Dan Alhamdulillah..kakaknya telah mengikut jejaknya memasuki islam. Walaupun tanpa diketahui ibunya.

Dialah yang memberikan buku-buku agama tentang islam secara sembunyi kepada kakaknya. Pernah satu ketika ibunya menyembunyikan telekung dan sejadahnya untuk menghalang dia dari menunaikan solat dibiliknya. Namun, atas dasar hormat kepada ibunya, dia hanya diam dan solat dengan seadanya.

Bagaimana dengan kita yang sering menjadikan alasan tiada telekung maka tidak dapat bersolat?

Mari kita bersama-sama mengambil ikhtibar. Pastikan islam itu di hati, bukan hanya di IC. Mungkin kita dilahirkan islam namun kita lupa untuk jadi islam yang sebenar.

Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila AL-Qur’an dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud. Dan mereka berkata, “Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.” Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.

 – Surah Al-Isra’ ayat 107-109

Belum tibakah masa untuk kita kembali kepada-Nya?

Renungkan....

No comments:

Post a Comment