Translate

Saturday 22 February 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH ( EPISOD 1)




Aisyah! Aku menoleh ke arah suara itu, Liza rupanya. Dari jauh sahabatku berlari ke arahku. Aku hanya tersenyum melihat sahabatku.

 “Anti ni orang panggil dari tadi tak dengar”  kata Liza yang tercunggap-cunggap. 

“Assalamualaikum, bagi salamlah dulu ini tak main sergah ja” Kataku sambil senyum kepada Liza.

“Walaikumsalam, maaf  ya ukhti” Liza dengan senyuman tersengih-sengih.

          “Wah, ramai juga ya orang study kat sini. Susahlah macam ni ukhti, macam tak ada tempat je ni” Rungut Liza sambil matanya mencari meja belajar yang kosong. Memang  ramai pelajar datang hari ni,peperiksaan semester akhir tidak lama lagi, jadi tidak hairanlah.

“Aisyah, kat sana tu ada tempat kosong jom pergi.” Liza dengan pantas menarik lenganku.

“Wah,pandai juga anti cari tempat ya, kat sini tak bising sangat macam kat tempat lain.” Pujiku kepada Liza sambil mengeluarkan buku-buku yang dibawa dari rumah. Liza temanku sejak di sekolah rendah lagi. Badannya yang tinggi dan tidak terlalu kurus sentiasa bersamaku ke hulu ke hilir. Kami mula berbincang tajuk thesis yang diberikan oleh Professor Ahmad semalam.
         
            “Aisyah! perasan tak?”Liza yang tiba-tiba bersuara sambil menepuk pahaku.




“Kenapa ukhti, buat ana terperanjat je” kataku yang agak terkejut.

 “Ikhwah kat sana tu asyik tengok sini je dari tadi, kita ada buat salah ke?” bisik Liza kepadaku.

 Aku cuba memerhati sekeliling,         

 “Tak ada pun ukhti”

Liza sambil menepuk dahi, “Alamak, ana lupa yang anti rabun”.

 “Tak apalah, mungkin ikhwah tu tengah cari orang kot” kataku sambil membaca notaku semula. Liza setuju denganku sambil menyambung menulis notanya.

Hari menjelang petang, aku dan Liza mula mengemas buku untuk beredar.                     

“Jom Liza solat asar dah masuk waktu dah ni” kataku sambil mengangkat beg sandangku. Liza mengangguk tanda setuju.
         
Aku berlari sekuat hati mungkin usrah Ustazah Fatimah dah bermula. Silap aku juga kerana terlalu leka membaca buku dibilik tadi. Tiba-tiba aku rasakan tubuhku tersungkur. Semua buku dan tafsiran Al-Quran berhamburan di sisiku. Astaghfirullah! Lututku berdarah. Aku cuba bangun perlahan-lahan.

“Inilah akibatnya terlalu kelam kabut, ni kan sikap iblis” desisku di dalam hati yang penuh penyesalan.

             “Kamu tak apa-apa?” satu suara datang dari arah belakangku. Aku menoleh ke belakang.   

“Alamak! Ikhwah rupanya” desisku sambil tunduk dan tanganku sibuk mengutip barang-barangku.

“Saya tidak apa-apa” kataku dengan nada yang sedikit tinggi. Aku cuba bangun tapi malangnya kakiku terasa berat dan kebas.  

“Nak saya hantarkan ke klinik, tapi guna kereta sayalah sebab klinik tu jauh dari sini” katanya dengan suara bersimpati.

“Naik kereta berduaan!?” aku mula cemas, otakku ligat mencari alasan. Kesakitanku tidak lagi kurasai kerana terlalu memikirkan situasi diri.
         
          “Tak apa saya boleh telefon rakan saya dia ada kat masjid sekarang”. Kataku yang lega kerana dapat alasan yang bernas. Aku mula mencari telefon bimbitku. Ya Allah, telefonku tertinggal diatas meja belajarku! Aku bingung mencari alasan kembali.

“Awak nak ke masjidkan? Biar saya tolong hantar awak kat sana” katanya sambil menunjuk kereta Kancilnya yang berwarna merah tua.

 “Maaf, boleh saya pinjam telefon tak? Telefon saya tertinggal” aku rela menebalkan muka daripada berduaan di dalam keretanya. 

“Oh ok, nah” dia menghulurkan telefon touch screen jenama Nokia.  Aku dengan pantas  menekan nombor Liza.

“Tut..tut..Assalamualaikum Liza,  ni Aisyah ni…”

          
Alhamdulillah! Lega hatiku melihat kelibat liza yang keluar dari kereta seorang sahabatnya. Liza berlari anak ke arahku.

 “Aisyah tak apa-apa ke?” soal Liza yang sedikit cemas.

“Ana okey, don’t worry” kataku sambil tersenyum kambing.

“Kawan kamu ni luka, elok bawa ke klinik takut ada jangkitan pulak. Kalau takde apa-apa lagi saya gerak dulu nak jumpa kawan. Suruh kawan kamu ni jalan baik-baik, mata tu jangan tutup time jalan nanti tak pasal-pasal pokok pun dia langgar” katanya sedikit sinis sambil mengeluarkan kunci kereta di poketnya.

 Aku hanya berani menoleh wajahnya ketika dia menuju ke arah keretanya. Seorang yang tinggi lampai, kulitnya berwarna cerah dan memakai kaca mata.

“Aisyah!” suara Liza membuatkan aku sedar dari lamunanku.

“Ikhwah tu yang tengok kita kat dalam maktabah tadi” kata Liza dengan bersungguh-sungguh.

 “Jomlah, kita ke masjid dah lambat dah ni” aku sengaja menukar topik perbualan.

 “Mana telefon ukhti?” soal Liza sesudah kami melangkah ke pintu masjid. 

“Er..tertinggal kat bilik ana, asif sebab susahkan Liza” kataku sambil memegang bahunya.

“Aisyah ni, kan Rasulullah pesan sesiapa yang mempermudahkan urusan saudaranya, Allah akan permudahkan urusannya” kata Liza sambil tersenyum manis.


Nampaknya usrah Ustazah Fatimah baru bermula, Alhamdulillah aku sempat datang walaupun lututku masih terasa berdenyut meminta simpati. Aku keluarkan terjemahan Al-Quran dan yang paling penting adalah buku dan pen, ilmu akan mudah hilang tanpa catatan.

Aku mula memasang telingaku dengan teliti. Biarlah setiap ilmu yang aku dapat hari ini aku hadam semuanya.

Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan harapannya.  Allah ciptakan putaran hidup ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin memanjang seperti di  Antartika. Kita hamba,setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah” kata-kata ustazah Fatimah yang cukup memukau hatiku.

“Tapi mengapa ya ustazah semua yang kita idamkan Allah tak bagi?” soal seorang akhwat.

“Kadang-kadang kita lupa yang Allah beri apa yang kita perlu bukan yang kita mahu sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk kita sebagai hambaNya” wajah ustazah Fatimah yang penuh sikap keibuan dan ketenangan.

“Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini, terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya” sambungnya lagi.

“Bagaimana dengan jodoh ustazah?” tanya Liza dengan bersungguh-sungguh. Semua akhwat tertarik dengan persoalan Liza.

“Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha” kata-kata mutiara dari ustazah sambil tersenyum sambil membuka terjemahan Al-Qurannya.

“Dalam surah Al-Ankabut, Allah berfirman:

“Allah melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan Dia (pula) yang membatasi baginya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu”

Kita kena yakin dengan Allah, jangan disebabkan kita tidak bertemu dengan jodoh, kita salahkan Allah. Get close to Allah first before getting close to anyone else”


Semua mengangguk tanda setuju. Seketika, mata  Liza tidak terkelip. Betapa terkesannya kata-kata itu di hatinya dan juga dalam diri kami.

Bersambung......

6 comments:

  1. terbaik :)

    http://vitaminboutique.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. You've just got another follower. I'll keep reading your Seteguh Kaabah ye ukhti. Keep up a good story and do post it! :)

    ReplyDelete
  3. Insyallah..thanks Dode Ahjuma :)

    ReplyDelete
  4. subhanallah. penulisan yang sedap di baca. Pernah menulis di majalah2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silent Stoner, Belum sampai ke tahap itu, ini hanya hobi, masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki :)

      Delete