Semua orang nak cantik..semua orang nak comel. Mungkin
kita akan berusaha membuat apa sahaja supaya orang akan anggap kita cantik dan
comel.
Malah kadang-kadang kita sanggup beli produk
kecantikkan yang beratus ringgit hanya ingin kulit yang putih, gebu dan halus.
Wanita dan lelaki takkan lari daripada rasa ingin
cantik dan kacak. Tak salah nak cantik, malah Allah suka dengan kecantikkan.
Namun perlulah cantik bersyariat.
Namun, pernahkah kita terfikir untuk “cantik” dihadapan-Nya?
Ya, kita mampu cantik dihadapan manusia, tapi mampukah
kita cantik dihadapan-Nya?
Kita mampu tarik perhatian orang dengan amalan kita,
namun mampukah kita mendapat perhatian Allah dengan amalan kita yang
menunjuk-nunjuk?
Sebenarnya, orang yang mahu “cantik” dihadapan Allah,
tidak ingin manusia menilai “kecantikkannya” walaupun seinci.
“Cantik” yang dimaksudkan disini adalah dari segi
akhlak dan amalan.
Orang yang cantik dihadapan Allah, secara automatiknya
cantik dihadapan manusia. Namun, orang yang cantik dihadapan manusia, tidak
semestinya cantik dihadapan Allah.
Hakikatnya, kecantikan akan terpancar dari dalam ke
luar, bukannya dari luar ke dalam.
Mahu nilai kualiti solat kita tengok akhlak kita
semasa luar solat. Cantik atau tidak?
Apapun status seseorang itu, yang Allah lihat adalah
hati. Jika hatinya baik, sudah tentu akhlaknya juga baik.
Walaupun orang itu ustaz, ustazah mahupun habib, jika
akhlaknya pada keluarga dan masyarakat buruk, umpama buah yang cantik warnanya,
namun masam isinya.
Daripada Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul
Rahman Muaz bin Jabal r.a, drpd Rasulullah SAW. Baginda bersabda:
“ Bertakwalah kepada Allah dimana sahaja kamu berada.
Iringilah keburukan dengan kebaikan. Nescaya perkara itu akan menghapusnya. Dan
pergaulilah manusia dengan AKHLAK YANG BAIK”
(HR
Tarmizi)
Kecantikkan luaran akan pudar namun kecantikkan
dalaman akan kekal.
Bagaimana pula kecantikkan amal ibadat kita?
Adakah amalan kita di cantikkan dengan reben
keikhlasan?
Berapa ramai yang tidak menutup aurat, riak dengan
auratnya?
Berapa ramai yang menutup aurat, riak dengan menutup
auratnya?
Berapa ramai yang memuat naik gambar di laman sosial
dapat lari dari sikap riak walaupun sedetik?
Bukan niat untuk menghukum namun hukumlah mengikut
niat masing2.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya amalan itu tergantung pada niatnya,
dan sesungguhnya amalan seseorang dibalas sesuai dengan apa yang dia
niatkan."
(Hadis
riwayat Imam al-Bukhari)
Firman Allah bermaksud:
"Katakanlah, jika kamu
menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menampakkannya, pasti Allah
mengetahuinya"
(Surah
Ali-Imran, ayat 29)
Riak adalah seperti parut. Parut yang merosakkan
kecantikkan.
Imam Ibnu Taymiyyah berkata:
"Sesungguhnya bagi
seseorang yang bersikap riak dalam ibadah, bukan saja ibadahnya batal, malah
dia turut mendapatkan dosa daripada perbuatannya itu yang dianggap syirik
kecil."
Riak sangat mudah menghinggap dipipi amalan kita,
manakala keikhlasan mudah terluntur. Tidak hairan Nabi kita yang tercinta
bimbang dengan sikap riak.
Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda
bermaksud:
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku
takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat
bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab:
Riak."
(Hadis
riwayat Imam Ahmad)
Sebagai penutupnya, biarlah kita berusaha lebih untuk
“cantik” dan “comel” dihadapan Allah. Tak perlu ada ungkapan “macam” tapi
biarlah ia bertukar “memang cantik dan comel” di hadapan Allah tanpa diparuti
dengan perasaan riak.
Jika perasaan riak
timbul perlu kita segera menepisnya dan jangan dibiarkan terus bermain di jiwa
kerana itu bisikan syaitan yang ingin menyesatkan manusia.
Jom jadi “cantik” dan “comel” dihadapan Allah!
:'') .. peringatan buat diri
ReplyDelete