Translate

Monday 24 February 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH ( EPISOD 2)



Mak jangan lupa datang tau. Aisyah tunggu mak dan ayah datang konvo Aisyah” kataku dengan nada kerinduan kerana sudah lama tidak bersua dengan keluargaku.

 “Aisyah kan anak tunggal mak. Mak  akan cuba pergi” suara mak yang sayup-sayup kedengaran di hujung talian.

“Mak dan ayah harap Aisyah jadi seorang anak yang baik. Mak selalu mendoakan kejayaan Aisyah, sejak dari perut mak lagi. Kalau mak dan ayah dah tak ada, Aisyah jangan lupakan kami. Mak tahu bukan mudah untuk mencapai Ijazah Sarjana Muda. Mak bangga dengan kamu. Mak dan ayah sayang kamu” suara ibu yang sedikit bergetar menahan sebak.

 Mengalir air mataku di saat kata-kata itu keluar dari bibir ibu, insan yang telah banyak berkorban untukku sejak kecil lagi.



“Baiklah. Mak jaga diri tau. Mak, kirim salam kat ayah” kata-kata terakhirku sebelum mematikan talian.

Aku meletakkan wajahku di pelukkan tanganku. Air mata kerinduan mengalir di pipiku.

“Mak, ayah, terima kasih kerana sudi menjaga Aisyah. Aisyah sayangkan mak dan ayah” tangisanku  teresak-esak  memecah kesunyian malam.

Alhamdulillah, akhirnya hari konvokesyenku tiba. Apabila aku terkenangkan kembali perjalananku menimba ilmu di sini serta pahit manis yang telahku lalui, seperti tidakku percaya bahawa menara gading telah berjayaku gengam. Terima kasih Ya Allah.

“Mak dan ayah ukhti dah sampai ke?” soal Liza sambil membetulkan jubah biru graduasinya.

“Dah kot. Tapi mereka belum inform lagi kat ana” balasku sambil melihat jam tanganku.

Saat namaku di umumkan, bibirku tak henti-henti megucapkan kata kesyukuran kepada Allah. Tanpa keizinan Allah, aku tidak mungkin mampu untuk mengenggam segulung ijazah. Sebelum aku menuruni tangga pentas, aku meminta izin untuk berucap.

“Mak ayah, sebenarnya anakmu ini tidak layak untuk mengengam segulung ijazah ini. Sepatutnya, mak dan ayahlah yang layak berdiri di hadapan. Segala titik peluhmu, itulah yang patut menerima kejayaan ini” air mataku tidak dapat  ditahan lagi saat meluahkan kata-kata ini.

          Aku memberi isyarat kepada mahasiswa yang lain untuk bersama-sama berdiri dan menghadap para ibubapa, keluarga dan pensyarah.

 “Kami sayangkan mak dan ayah selamanya”satu laungan kedengaran dari semua mahasiswa. Saat itu, kedengaran tangisan di setiap penjuru dewan.  Liza berpelukan dengan ibubapanya. Kelibat ayah dan ibuku belum kelihatan di mataku


Selesai majlis konvokesyen itu, mataku sibuk mencari mak dan ayah. Jubah graduasiku masih terpakai ditubuhku. Liza terlalu khusyuk mengambil gambar kenangan bersama keluarganya.

“Takkan mak dan ayah tak datang kot?” desis hatiku yang sedikit bimbang. Aku melangkah keluar untuk mencari kepastian.


         “Tahniah Syah” Kak Maisarah memelukku dengan erat. Kelihatan ada sedikit bengkak di matanya. Aku masih tertanya-tanya. 


            “Di mana mak dan ayah kak Mai?”. Kakak sepupuku itu terdiam. Aku semakin cemas.

Aku melihat pusara mak dan ayah sambil menyiramkan air di atasnya. Aku menjadi bisu seribu bahasa. Dapatku rasakan langit yang selama ini kukuh, runtuh menghempapku. Ya Allah, kuatkan hati hambaMu ini untuk menerima semua ujian dariMu.

“Mak dan ayah Syah mengalami kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke konvokesyen Syah” kata-kata kak Maisarah yang hampir buatku hilang kawalan diri masih terngiang-ngiang di telingaku.

“Aisyah, hmm..mari balik” pujuk kak Maisarah sambil memegang kedua-dua bahuku.

Lamunanku terhenti. Aku hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Kakiku lemah melangkah. Terasa sesuatu yang hilang. Dunia yang dulunya cerah menjadi kelam.

Ijazahku masih tergulung di atas meja belajarku. Usai solat isyak, aku melangkah ke arah meja untuk mengambil terjemahan Al-Quran.

“Ya Allah tenangkan aku dengan ayat-ayatMu” hati kecilku berbisik pengharapan.

Di saat itu, aku merasakan seperti berbicara dengan Allah. Setiap alunan menusuk jiwa, setiap ayat memberi makna, setiap makna menenangkan jiwa.

Tiba-tiba telefonku berdering, “Assalamualaikum. Ini cik Aisyah ke?” suatu suara sedikit  garau kedegaran di hujung talian.

“Ya, walaikumsalam. Saya Aisyah. Boleh saya tahu ini siapa?” kataku dengan sedikit kehairanan.

“Saya Razif. Dompet cik tertinggal kat dewan Tiara. Nasib baik ada nombor telefon cik kat dalam. Senang sikit saya contact”.

Aku bangkit dan meluru ke arah beg sandangku. Ya Allah, dompetku benar-benar tercicir! Aku menenangkan diri meletakkan semula telefon di telingaku.

“Jadi macam mana saya nak pulangkan dompet ni kat cik. Semua lesen memandu cik kat dompet ni” katanya lagi.

 “Saya jumpa Encik Razif esok kat pintu gerbang dewan Tiara, boleh tak?” cadanganku dengan penuh pengharapan.

“Sorry miss. Besok pagi, saya dah berangkat pulang kat kampung. Alamat cik kat kad pengenalan masih guna ke? Kalau tak biar saya hantar kat rumah cik je” suaranya diikuti dengan desiran bunyi angin yang memungkinkan bahawa dia sedang memandu. 

Bersambung.....

No comments:

Post a Comment