Translate

Sunday 23 February 2014

INFO TENTANG PEMAKANAN BAGI WANITA HAMIL


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan sedikit info tentang pemakanan bagi ibu mengandung untuk 3 bulan pertama. Saya akan terangkan secara simple but hope mudah difahami. Segala pertambahan maklumat sangat dialukan.

PERUBAHAN PADA TUBUH

Sebenarnya pada 3 bulan pertama kadar pembesaran janin adalah sangat cepat di mana hati akan mula menghasilkan darah, dan jantung mula berdenyut.

Perubahan pada tubuh badan akan terjadi dimana payu dara akan menjadi lebih tenderness or lembut.
Deria rasa akan lebih tajam. Ni akan menyebabkan sesetengah wanita akan menjauhi sesuatu bau contoh bau makanan spt durian, dan termasuklah bau badan suami sendiri.







MORNING SICKNESS

Kesan yang paling ketara ketika hamil adalah Morning Sickness.



Punca Morning Sickness yang sebenar masih belum diketahui. Namun, kandungan gula dalam darah yang rendah serta hormon yang tidak seimbang adalah salah satu punyumbang kepada simptom ini.

Ada sesetengah wanita menggunakan pati halia untuk menghilangkan simptom Morning Sickness ini. Namun, pengambilan supplemen akar halia mestilah dibawah pemantauan doktor ataupu  dietetik kerana komponen didalam halia akan menghalang aktiviti sesetengah enzim didalam badan.

Usually, pregnant mother akan always mengidam sesuatu makanan termasuklah makanan manis dan asam. Tiada kajian yang dapat mencari sebab mengapa ini terjadi bagi ibu yang hamil sehingga kini.


KURANGKAN  PENGAMBILAN TUMBUHAN TEH HIJAU



Teh hijau adalah baik untuk kesihatan kerana mempunyai kadar antioksida yang tinggi, Namun, pangambilan teh hijau ketika hamil akan menghalang penyerapan asid folik (folate). Asid folik sangat penting untuk pertumbuhan tulang belakang janin (fetus). Kekurangan asid folik akan menyebabkan risiko bayi untuk dapat penyakit Spinal Bifida (lebihan daging dipinggang bayi seperti ekor) dan anenchephaly (pembentukkan otak yang terganggu)






ASID FOLIK(FOLATE)

Biasanya wanita hamil akan diberikan asid folik dalam bentuk supplemen untuk memenuhi keperluan dalam tubuh. Tubuh ibu yang hamil akan menyerap 3 kali ganda folat kedalam badan.

Disyorkan untuk mengambil sayur-sayuran hijau, buah-buahan dan bijirin untuk mendapat asid folik yang cukup. Tidak perlulah mencari sayur-sayuran yang mahal2 cukuplah sayur-sayuran yang mudah diperolehi. Namun, penting untuk membasuh sayuran itu dengan bersih untuk mengelakkan racun serangga yang masih ada didalam permukaan daun sayur.



FERUM (IRON)

Ferum adalah sangat penting untuk menghasilkan sel darah merah.

Wanita memerlukan ekstra ferum ketika mengandung untuk mengelakkan anemia semasa melahirkan.
Ferum juga penting untuk pembesaran janin serta plasenta (tembuni) untuk develop.

Contoh makanan yang kaya dengan ferum: Daging, ikan ,ayam,dan bijiran penuh.

But jangan ambil makanan ni: produk tenusu (calcium), makanan berserat tinggi dan kopi serta teh bersama2 dengan supplemen ferum sebab utamanya makanan2 tersebut akan menghalang penyerapan ferum.



KALSIUM

Janin (fetus) sangat memerlukan kalsium pada 3 bulan pertama untuk pembesaran mereka. Namun, para ibu juga harus memenuhi kalsium yang diperlukan dalam badan mereka sendiri untuk merendahkan risiko mendapat penyakit osteoporosis.

Disamping pangambilan kalsium, vitamin D merupakan rakan baik kalsium dimana vitamin D yang membantu kalsium untuk diserap kedalam tulang.


Ini sj yg saya mampu sharekan tentang pemakanan 3 bulan pertama based on my reading. Hope walaupun sedikit tapi bermanfaat. Walaupun diri ini belum merasai, namun ilmu ini tetap akan di praktikkan apabila sudah masanya.Tapi yang penting, kesihatan rohani ketika mengandung sentiasa dijaga.

Wasalam

My reference:
Joan Salge,Kathy D. Munoz.2010. Nutrition From Science to You.


No comments:

Post a Comment