Translate

Tuesday, 31 March 2015

Jangan Clash Cinta Dengan Allah!


Jangan bila Allah uji kita..membuatkan kita buruk sangka dengan Allah..kita benci Allah.. Jangan persoalkan kenapa kita dipilih untuk di uji ujian yang hebat..sehingga kita tersungkur….

Ujian itu sesuatu yang kita tidak pernah sangka..

Kita kena baik sangka dgn kerja Allah..banyak kerja Allah yang kita tidak tahu..

Jangan cemburu dengan orang yang tengah bahagia dengan maksiat..seperti 'Couple sebelum nikah'..kerana dia ahli dosa..jangan iri hati dengan mereka..itu ujian Allah belaka..kerana kurniaan Allah lebih besar.. ketahuilah nikmat ujianmu lebih indah..nilailah dosa sebagai musibah..dan ujian itu Allah indah..

“Apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka. Dan apabila mereka berbicara, engkau tertarik mendengar tutur kata mereka. Mereka seperti batang-batang kayu yang bersandar”
(Surah Al-Munafiqun ayat 4)

Kau marah dengan Allah..sedangkan Allah ingin menarik kau dari melangkah keluar dari kenikmatan iman..Allah mahu peluk kau dengan erat agar kau merasai kasih sayang yang sebenar..ingatlah kasih sayang Allah seluas bumi. Allah tersangat-sangatlah menyayangi dirimu.

Mungkin kau tidak sedar bahawa hatimu tengah sakit..

Sedarkah kau yang pelakuan dosa maksiat yang kau buat selama ini seolah-olah tidak di hitung oleh Allah..kau menganggap dosa itu ringan..kau bersahaja dalam bermaksiat..kau menganggap dosa itu kecil padahal ia besar di pandangan Allah. Itulah penyakit hati yang Allah ingin sembuhkan dari hatimu.

Salahkah Allah mentarbiyah hatimu supaya lebih baik? Ingat! kita yang memerlukan Allah..bukan Allah yang memerlukan kita..sedikit pun Allah tidak memerlukan kita..

Ketentuan Allah itu indah..Allah kenal hamba-Nya..Allah tahu masa depan kita..Allah tahu akhiran hidup kita..mana yang kau mahu..Allah yang lebih dekat dari urat leher kita memimpin diri kita atau kita yang terumbang ambing yang buta tanpa tongkat memimpin hidup kita..

Apa yang kau mahu dalam hidup kau? Bahagia? Tabah? Ketahuilah hakikatnya..ini cara Allah mengatur hidupmu untuk supaya kau lebih bahagia dan tabah daripada apa yang kau minta.Allah mahu memberikan kau lebih..

Kita hamba yang lemah..berserahlah dengan Allah Yang Maha Kuat.. Berdoalah dan bersangka baiklah..all will be well sebab kita ada Allah..kita tak pernah keseorangan Allah sentiasa ada untuk kita..selalu ada mendengar luahan kita..

“..dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada..”
(Surah Al-Hadid, ayat 4)

Mungkin selama ini pengharapan kita kepada Allah teramatlah rapuh seolah-olah kita lupa.. kita tepis ‘tangan’ Allah. Dengan ujian yang kau hadapi sekarang..baru terbuka mata hatimu..baru kau meletakkan Dia di hatimu…

Rasailah nikmat Cinta yang suci dari-Nya..yang mampu memperkenankan semua permintaan mu..percayalah di hujung ujian yang pahit pasti dan sudah pasti ada kemanisan..

Jika kau berbicara mengenai jodoh yang tidak kesampaian..bersangka baiklah..pasti ada adjustment yang Allah aturkan untuk memperbaiki dirimu.

Jodoh hidup kita seperti buah di pokok..mesti dijaga dengan rapi..terhindar dari jangkitan serangga..jika ada sedikit jangkitan di bahagian kulit buah dengan segera  ia di sapu dengan racun serangga.. ia di balut dengan kemas..dan akhirnya jika ia sudah ranum..dipetik dengan berhati-hati dan di susun rapi untuk dipasarkan. Buah akan di asingkan mengikut kualiti, hanya kualiti yang baik di kumpulkan dengan hasil yang juga berkualiti baik.

Begitu juga dalam jodoh hidup kita..jika kita serahkan diri kita, hati kita dipegang oleh Allah..Allah akan jaga elok-elok hati kita..Allah akan beri ujian sebagai ubat agar hasilnya lebih berkualiti. Dan sudah pasti Allah akan persatukan kita dengan orang yang sama kualiti dengan kita. Ingatlah lelaki yang baik untuk perempuan yg baik..perempuan yg soleha untuk lelaki yg soleh..

“Lazimnya, perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat. Sebaliknya, perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik”
(Surah An-Nur, ayat 26)

Jangan pernah clash dengan Allah..singkap segala hikmah disebalik tabir takdir. Sesungguhnya tiada kerugian sedikit pun pada diri kita jika hati kita sentiasa jatuh cinta kepada Dia.

“Wahai orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi.

Sesungguhnya, Allah membeli daripada orang yang beriman akan jiwa dan harta benda mereka dengan balasan mereka akan beroleh syurga”
(Surah As-Saf, ayat 111)

Selimuti diriku,
Dengan sutra kasuh sayang-Mu.
Agar lena nanti, ku mimpikan syurga yang indah,
Abadi,
Pabila ku terjaga,
Dapat lagi ku rasai,
Betapa harumnya, wangian syurga Firdausi,
Oh Ilahi.

(Hijjaz: Sebelum Mata Terlena)

No comments:

Post a Comment