Translate

Wednesday 25 March 2015

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 24)

        
           “Ibu, Adib datang hari ni lawat ibu. Ibu, Adib rindukan ibu. Adib selalu doakan kat Allah supaya Allah letak ibu di tempat yang tenang. Adib tahu, Adib banyak buat ibu susah dulu. Adib tak dengar cakap ibu. Adib dah tak dapat rasa masakan ibu. Dulu, masa ayah pukul Adib, ibu yang halang. Sampai lebam muka ibu, ayah pukul. Adib rindu ibu isk..” suara Adib serak-serak di ikuti tangisan yang memilukan kami berdua.

          “Adib..” aku memanggil dari arah belakangnya. Natalie sudah tidak dapat menahan air matanya yang deras mengalir.
Kami mendekati Adib yang duduk bersebelahan pusara ibunya. Adib tunduk menyembunyikan air matanya. Aku mengusap dahinya perlahan-lahan. Siapa yang tidak merindui ibu yang melahirkan dan menumpahkan semua kasih sayangnya kepada kita.

 Aku tahu perasaan Adib yang masih berumur 9 tahun ini. Kehilangan ibunya semestinya memberi impak dalam hidupnya. Aku yang sudah berumur 26 tahun ini pun memerlukan kekuatan yang besar untuk meneruskan hidup yang masih jauh perjalanannya.

          “Adib, akak nak Adib sentiasa kuat. Ingat, ibu Adib perlukan doa dari Adib dan adik beradik Adib yang lain. Jadi anak yang soleh, belajar rajin-rajin, solat jangan pernah tinggal. Ibu Adib mesti gembira dapat anak yang soleh dan selalu doakan dia. Sampaikan  rindu Adib dengan doa kepada Allah. Allah kan Maha Mendengar. Ingat tu k Adib”. Aku mengusap perlahan air matanya.

              “Kak, kalau Allah sayang mama, kenapa Allah ambil mama dari Adib. Mama orang baik, mama bukan orang jahat macam papa. Allah tak adil ke kak?” Pertanyaan Adib yang sedikit membuat Natalie bingung. Namun, aku hanya tersenyum mendengar persoalan si anak kecil yang meronta-ronta dalam hatinya inginkan jawapan.

          “Allah sentiasa adil Adib. Akak nak tanya Adib. Kalau Adib pergi ke kedai buah, Adib nak beli buah yang buruk atau buah cantik dan segar?” Kening Natalie sedikit terangkat mendengar persoalan yang dijawab olehku dengan soalan.

          “Mestilah Adib pilih buah yang cantik dan segar. Adib tak nak makan buah yang buruk, nanti sakit perut Adib dan membazir duit Adib je” jawab Adib yang sedikit ceria berbanding tadi.

          “Hah, pandai pun. Jadi Allah ambil mama sebab mama orang baik. Allah tak mahu ambil orang jahat. Adib mesti bersyukur Allah pilih mama. Semuanya ada hiklmahnya”

          “Jadi Adib ni orang jahatlah sebab tu Allah tak nak ambil Adib?”

          “Adib tak jahat, Allah pun sayang Adib. Kalau Allah tak sayang Adib, Adib takkan ada di dunia ni. Sebab Allah sayang dan rindukan Adiblah, Allah ciptakan Adib, bagi dugaan kat Adib sebab Allah nak Adib tinggi darjat di sisi Allah dan dapat ganjaran syurga dari Allah. Jadi, Allah adil atau tidak?” aku ulangi persoalanku kepadanya.

          “Maha Adil! Adib pun sayang Allah. Adib nak jadi orang yang paling dekat dengan Allah kak” Adib melompat gembira. Tangisnya tadi sudah dilupakan. Sedikit kekuatan sudah terbentuk dihatinya. Aku berbisik syukur kerana Allah memberinya kekuatan walaupun masih belum mengerti erti kehidupan sebenar.

          “Jom balik, nenek kat rumah risau sangat kat Adib” Aku memimpin tangan Adib. Natalie geli hati melihat telatah Adib yang menarik-narik tangaku supaya cepat sampai ke kereta.
Petang itu, selepas minum petang bersama Adib dan nenek Latifah. Kami meminta izin untuk mengundurkan diri. Kami bersalaman dengan nenek Latifah. Tiba-tiba, nenek Latifah bertanyakan sesuatu yang sedikit menbuatku terkejut.

          “Nenek rasa Aisyah patut pergi klinik ni”

          “Aisyah tak sakitlah nek. Nenek tu yang mesti rajin-rajin ke klinik” aku sedikit kebingungan.

          “Aisyah macam dah berisi” Nenek mengerlingkan mata ke arah Natalie. Natalie hanya ketawa kecil.
          “Aik berisi? Aisyah rasa macam lidi dah badan ni” aku mengeluh kecil.

          “Takpelah nek, dia buat-buat tak faham tu” Natalie memukul perlahan bahuku.
Dahiku sedikit berkerut. Pelik bisik ku.


Bersambung............

No comments:

Post a Comment