“Prang!” Pinggan di gengamanku jatuh pecah berderai di atas simen marmar dapurku membuatkan aku terjaga dari lamunan.
“Aisyah lupakanlah kisah silam. Kuatkan
hati.” Desisku sambil mengeleng-gelengkan kepala. Perlahan-lahan ku kutip
serpihan-serpihan kaca yang berderai. Aduh! Sekeping kaca halus menusuk di
jariku, darah yang mengalir segeraku cuci dan balutkan dengan kapas.
“Sakit di hati, lebih dalam dari
luka tusukan kaca ini.” Hatiku berbicara saat merenung jari yang menjadi mangsa
lamunan terindah.
**********************************************************
"Assalamualaikum, apa khabar ukhti?
Lama ustazah tak jumpa.” Tegur ustazah Fatimah sambil menyentuh lembut bahuku.
Aku sengaja berada di surau lebih awal sebelum usrah yang bermula beberapa jam
lagi.
“Walaikumsalam, ustazah rupanya.
Alhamdulillah Allah masih kurniakan kesihatan yang baik kepada ana,” balasku
sambil melemparkan senyuman yang manis kepadanya. Tangannya ku gengam erat.
Ustazah meninggalkan aku seketika
untuk menunaikan solat sunat tahiyatul masjid. Aku teringat akan sepotong hadis
Rasulullah SAW,
“Apabila kamu masuk masjid, maka
janganlah kamu terus duduk, sebelum kamu sembahyang dua rakaat.” Indahnya
sunnah baginda.
Selesai solat,
ustazah mendekatiku yang khusyuk membedah buku.
“Wah..khusyuknya membaca ukhti. Buku
apa tu ukhti?” soal ustazah Fatimah sambil membetulkan tudungnya. Mataku yang
tadinya khusyuk menatap buku segera menukarkan arah.
“Eh ustazah, taklah khusyuk
sangat. Ana beli buku ni semalam. Tajuknya ‘Semanis Kepahitan Ujian’ Aisyah
tertarik baca kata-kata dalam buku ni, menarik sangat” Aku menunjukkan muka
depannya. Ustazah Fatimah turut tertarik mendengar tajuknya.
“Ujian yang pahit akan bertukar
manis bila di sertai ketabahan hati. Itulah dunia Aisyah. Syeikh Abdul Qadir
Al-Jailani pernah mengatakan dalam kitabnya Futuh al-Ghyab, pandanglah dunia
seperti kita melihat orang yang sedang membuang hajat.
Auratnya kelihatan dan
baunya menyengat. Kita pasti akan memalingkan pandangan dari auratnya dan
menutup hidung dari baunya. Dunia ini penuh dugaan. Aroma kenikmatan yang
banyak melalaikan kita ukhti. Hanya dengan ujian, kita akan dapat mengenal
siapa diri kita sebenarnya, iaitu hamba kepada-Nya” Tangannya memegang tanganku
dengan lembut. Kejernihan wajahnya membuat diri ini berasa tenang.
“Ustazah, ana nak tanya secara
peribadi. Macam mana kita nak cari ketenangan dalam berumah tangga, di saat
kasih sayang suami sering terbahagi. Kadang-kadang kesabaran itu teruji” Mataku
tepat memandang matanya. Mengharapkan secebis kata untuk kekuatan hati.
“Aisyah kena ingat, tenang itu
menang. Langkah pertama adalah sentiasa tenang walaupun situasi tegang, kerana
hanya hati yang tenang dapat dapat memahami hikmah di sebalik ujian. Bukan
mudah berkongsi. Jangan lihat kesilapan, namun lihatlah pada penyelesaian.
Mungkin zauji anthi tak sedar silapnya. Bawa berbincang di situ. Mungkin ada
jalan,” jawap seolah-olah memahami isi
hati ini.
“Bila lihat Aisyah, teringat dekat
anak saudara ustazah yang belajar kat Mesir tu. Sebaya dengan ukhti, ambil
medik. Untung Aisyah dapat jodoh awal. Susah nak jumpa gadis yang lemah lembut,
cantik macam Aisyah. Dia nak ustazah carikan dia akhwat buat isteri katanya,”
kata ustazah sedikit tersenyum teringatkan anak saudaranya itu. Aku teringatkan
seseorang.
“Ukhti Sharliza kan masih
single?” wajah Liza terbayang di mataku. Liza yang belum punya buah hati.
“Assalamualaikum, wah rancaknya
berbual. Cerita pasal apa ni? Boleh ana join?” Liza yang muncul tepat pada
masanya. Aku dan ustazah Fatimah saling berpandangan sambil tergelak kecil. Tidak
di sangka orang yang di sebut, datang tepat pada masa yang sesuai. Liza berasa sedikit
kehairanan.
“Walaikumsalam. Kami baru je
sebut nama anthi tadi,” balas ustazah Fahtimah sambil memberi ruang untuk Liza
duduk.
“Iyalah ukhti. Kira nak satukan
merpati dengan merpati. Bila lagi nak membina mahligai kan?” usikku kepada Liza
sambil memandang wajah ustazah di sertai dengan senyuman yang bermakna.
“Merpati? Mahligai? Kalau dah ada
merpati yang hinggap, mahligai dah lama terbina” jawab Liza yang semakin
memahami isi perbualan kami. Ustazah Fahtimah tersenyum, seolah-olah calon
zaujah anak saudaranya telah muncul. Tidak lama selepas itu, usrah bermula
dengan senyuman kegembiraan setiap akhawat yang datang dari jauh mahupun dekat.
Bersambung......
No comments:
Post a Comment