Translate

Monday 26 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 15)


“Abang, macam mana keadaan Kirana?”

“Alhamdulilllah sayang.  Kirana dah selamat lahirkan anak kembar. Abang baru azankan baby baru kita tu” balas Razif yang kelihatan sangat gembira. Dia mengapai telefonnya dan menghubungi ahli keluarganya dan keluarga Kirana.

Aku turut berasa gembira mendengar berita gembira itu. Kirana bersalin secara normal walaupun melahirkan anak kembar. Kirana dibawa keluar mengunakan kerusi roda dan bayi kembarnya di letakkan di sisi. Mukanya yang masih pucat, sempat mengukirkan senyumannya kepada Razif dan aku.  Anak kembarnya masih lena tidur di pangkuannya.

Razif mendekatiku sambil memasukkan telefon di poketnya.

“Aisyah baliklah dulu. Biar abang tengokkan Kirana. Kalau ada apa-apa, abang telefon Aisyah. Pergi balik berehat dulu okey?”

“Aisyah tak penat sangat. Abang nak makan apa-apa tak? Nanti Aisyah belikan untuk abang dan Kirana.” Balasku sambil memegang lengannya.

“Aisyah buatkan Kirana bubur.  Mesti dia lapar kan abang?” tambahku lagi.


“Sayang buatlah apa yang patut. Abang nak tengok baby kembar abang dulu. Macam muka abang kot. Abang jenguk Kirana dulu.” Razif melangkah pergi berserta senyuman seorang ayah.

Selepas solat subuh, aku menyediakan bubur untuk Kirana. Aku juga tidak sabar untuk melihat bayi kembar itu. Walaupun hanya berstatus ibu tiri, namun kelahiran mereka dapat menyerikan lagi suasana keluarga ini.
“Prank!” tiba-tiba tingkap kaca rumahku pecah. Mataku hampir terkena serpihannya.

“Batu? Siapa yang baling kat sini?” Persoalan yang belum aku tahu jawapannya. Lantas aku mematikan api di dapur gas. Bubur untuk Kirana aku tutup agar tidak menjadi sejuk.

Aku melangkah ke belakang laman untuk mencari jawapannya. Mataku memerhatikan sekeliling.

“Hello Mrs Aisyah…! Haiya sorry ya. Cucu saya main itu batu untuk buat kolam oh. Dia tiba-tiba buang itu batu besar di tingkap rumah kamu. Haiya biar saya bayar loh, manyak nakal ini budak” Jiran sebelah rumahku yang berbangsa cina, bergegas ke rumahku. Lelaki cina yang sudah berumur lima puluhan. Lebih mesra dikenali sebagai uncle Chong.

“Tidak apalah uncle. Perkara kecil saja ma. Saya risau saja, kalau-kalau ada orang jahat yang buang” kataku dengan loghat cina sambil tersenyum.

“Ching Ming come here! You aa..always make problem. Pergi minta maaf dengan itu auntie” uncle Chong menunjukkan tongkatnya kepada cucunya. Cucunya mendekatiku dan segera meminta maaf.

Aku kembali ke dapur. Jam sudah menunjukkan tujuh setengah pagi. Aku segera mengemaskan serpihan kaca yang berselerak. Aku mencari bekas yang sesuai untuk bubur Kirana. Selesai segalanya, aku segera menyiapkan diriku untuk melawat Kirana.

Aku akhirnya sampai ke hospital. Aku menjinjing begku serta bubur yang telah aku sediakan untuk Kirana.

Bilik Kirana bernombor A3 kata Razif semalam. Dengan perlahan aku membuka pintunya.

“Abang dah cari tak nama anak kita ni?” kedengaran suara Kirana. Aku membatalkan hasratku seketika untuk masuk ke dalam. Aku hanya mengkakukan diriku di depan pintu.

“Abang dah cari dah sayang, nama anak kita ni. Abang namakan baby girl kita ni dengan nama Nur Afiqah and for our baby boy, abang namakan Mohd Afiq. Macam mana okey tak?”  dapatku lihat kemesraan mereka berdua. Kebahagian yang diserikan lagi dengan kelahiran dua cahaya mata. Kadang-kadang terasa diri ini, tidak perlu wujud antara Razif dan Kirana. Adakah aku harus mengundurkan diri?

“Eh, Aisyah. Masuklah kenapa tercegat dekat luar tu?” Razif yang tersedar kehadiranku di balik pintu.
“Assalamualaikum, Aisyah baru sampai tadi tiba-tiba ada panggilan. Jadi Aisyah berbual di telefon kat luar. Kirana macam mana? Dah makan tak? Ni hah, Aisyah bawakan bubur. Makanlah. ” Aku mencari alasan sambil mengeluarkan bubur yang masih hangat.

“Eh, susahkan Aisyah je. Terima kasih” Kirana perlahan-lahan menyuap bubur di mulutnya. Aku melihat bayi kembar yang masih lena di tilam kecil mereka. Razif menemani Kirana makan kerana aku turut membawa makanan untuknya.

“Afiq dan Afiqah? Sesuai sangat” bisik hatiku. Aku menyentuh lembut jari Nur Afiqah yang hanya sebesar ibu jariku.

“Sayang! Kenapa ni?” suara Razif yang tinggi mengejutkan aku. Aku segera menoleh ke arah mereka.

Kelihatan darah dari bibir Kirana. Tiba-tiba dengan perlahan Kirana memuntahkan sesuatu ke tangannya.

“Kaca?!”

Bersambung......


No comments:

Post a Comment