Translate

Saturday 3 May 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 11)



Ukhti free tak sabtu ni? Jom kita ikut usrah ustazah Fatimah kat surau Nur Hidayah. Dah lama kita tak pergikan?” ajak Liza.
         
“Okey, InsyAllah ana pergi. Dekat surau Nur Hidayah kan?” kataku meminta kepastian
         
“Yup, betullah tu. Okeylah asif gangu anthi kerja. Take care ukhti, Assalamualaikum..” Liza mematikan talian.
            
           Sudah lama diri ini tidak mengisikan masa di majlis ilmu. Biarlah aku lupakan semua yang aku hadapi sebentar.


Abang Razif pasti suka makan ayam masak merah ni.” Desis hatiku yang berlagu riang. Sejak Kirana sudah berbadan dua, Razif sudah jarang pulang kerumah. Kerinduan hati ini hanya terpendam sahaja demi menjaga hati Razif dan Kirana.

Aku sengaja masak istimewa malam ini. Mungkin Razif rindu akan masakanku. Aku menyusun piring dan sudu bagi memastikan semuanya sempurna. Aku tersenyum puas.

Seusai solat isyak, kedengaran kereta Razif di halaman rumah. Aku segera mengemaskan telekungku. Lantas menuju ke pintu menyambut Razif.

“Abang dah pulang? Kirana macam mana abang? Dah kat rumah emak?” soalku sambil merangkul tangannya.


“Kirana dah kat rumah emak,” katanya sambil membuka ikatan tali lehernya.

“Abang mesti lapar kan. Jom makan kat dapur. Aisyah dah masakkan abang special malam ni,” kataku sambil menariknya ke ruang dapur.

“Duduklah abang. Abang lihat kan? Aisyah dah masakkan makanan kesukaan abang, ayam masak merah. Mesti abang suka kan?” kataku sambil menyendukkan nasi ke pinggan suamiku.

“Sayang makanlah dulu. Abang dah makan dengan Kirana tadi. Abang dah kenyang. Sayang makanlah, okey? Abang nak mandi dulu, penat sangat abang hari ni,” katanya sambil melangkah ke anak tangga.

“Hmm..baiklah” balasku lemah. Mataku memandang lauk yang masih panas di meja. Hati yang sebentar tadi bersemi kini kembali suram. Impian untuk menjamu selera bersama suami yang amat di rindui bagaikan angin lalu sahaja. Terasa diri ini tidak dihargai, namun perasaan itu aku tolak sejauh mungkin.

Hanya aku keseorangan menjamah lauk istimewa yang sedaya upaya aku sediakan, namun yang manis tetap terasa tawar.

Razif sudah tertidur lena di buai mimpi. Aku menatap wajahnya sambil tanganku mengusap pipinya.

“Hmm..abang. Masihkah nama Aisyah berada di ruang hati abang…” aku memeluknya seerat mungkin. Tubuh yang entah bila akan memelukku lagi.

Aku memanaskan lauk semalam yang masih berbaki lagi. Aku ingin meluangkan masa bersama suamiku hari ini sementara Kirana berada di kampung.

“Sayang masak apa tu?” soal Razif yang baru turun dari anak tangga.

“Saya panaskan lauk semalam. Marilah makan masih panas lagi lauk ni” jawabku sambil menyusun pinggan di atas meja.

“Wah, ayam masak merah. Sedapnya bau. Bagi abang nasi sayang” katanya sambil menarik kerusi.

Belum sempat Razif menjamah nasinya, telefonnya berbunyi. Dia segera mencuci tangannya dan pergi ke ruang tamu.

Aku hanya memerhatikan Razif. Nasinya belum terusik lagi. Ingin hati ini mendengar pujiannya untuk masakanku. Razif berjalan mundar mandir di ruang tamu. Mungkin Kirana yang menelefonnya. Nasiku suap dengan perlahan. Ingin hati ini seperti dulu, makan berdua. Teringat aku akan sifat Razif yang suka menyuapku makanan mengunakan jarinya kepadaku. Sungguh indah saat itu. Aku tersenyum sendiri.

“Aik? Kenapa senyum sorang-sorang ni sayang?” soal Razif yang kehairanan.

“Eh, tak ada apa-apalah abang. Saya teringat zaman kita..” belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Razif mencelah tiba-tiba.

“Abang nak balik kampung ambil Kirana. Sayang jaga rumah tau”

“Bukan Kirana kat sana tiga hari ke bang?” soalku sambil mengerutkan dahi.

“Kirana tak berapa selesa dengan keadaan kampung. Sayang kan tahu, Kirana ni biasa hidup kat bandar. Kesian pula abang dekat Kirana. Lagipun dia kan tengah hamil. Abang pun tak nak pisah jauh dari dia” jawab Razif yang membelek-belek telefonnya sambil tersenyum.

“Oh..hmm macam tu,” balasku dengan perlahan menundukkan wajah kecewaku.

“Abang nak jalan dulu. Sayang jaga diri tau” kata Razif sambil tangannya meneguk secawan kopi yang aku sediakan. Aku dapat lihat hanya Kirana di matanya.

“Abang tak makan dulu? kan saya dah sediakan tu. Makanlah dulu abang, penat saya masak” luahanku mengharap masakanku itu di jamahnya.

“Maaflah sayang. Kalau abang lambat nanti sesak pula jalan. Kesian Kirana tertunggu-tunggu abang. Abang tak nak dia merajuk pula. Sayang makanlah dulu. Lain kali kita makan sama-sama okey? ” Pujuk Razif yang sedikit pun tidak memujuk hatiku yang lara ini. Razif mencium dahiku, dan berlalu pergi. Mungkin hanya Kirana yang akan membuatkan dia bahagia.

Aku hanya melihat Razif dari pintu rumah. Mataku mengikuti pergerakan keretanya hingga hilang di hujung selekoh. Aku menghembus nafas panjang. Aku melangkah ke dapurkembali. Melihat nasinya yang tidak tersentuh walau sedikit, hanya secawan kopi. Aku menutup mataku seerat-eratnya. Diri ini terasa sunyi.

“Sedapnya ayam masak merah sayang ni! Wah..kalau macam nilah, tak payah abang makan kat luar lagi. Tak rugi abang dapat isteri yang cantik dan pandai masak macam sayang” Razif tersenyum riang. Suapan demi suapan singgah di mulutnya.

“Meh sayang, abang suapkan..” Razif yang tadinya khusyuk tiba-tiba menghulurkan nasi di jarinya ke arah mulutku. Aku tersenyum dan dengan perlahan Razif menyuapku.

“Prang!” Pinggan di gengamanku jatuh pecah berderai di atas simen marmar dapurku membuatkan aku terjaga dari lamunan.

“Aisyah lupakanlah kisah silam. Kuatkan hati.” Desisku sambil mengeleng-gelengkan kepala. Perlahan-lahan ku kutip serpihan-serpihan kaca yang berderai. Aduh! Sekeping kaca halus menusuk di jariku, darah yang mengalir segeraku cuci dan balutkan dengan kapas.


     “Sakit di hati, lebih dalam dari luka tusukan kaca ini.” Hatiku berbicara saat merenung jari yang menjadi mangsa lamunan terindah.

No comments:

Post a Comment