Mungkin ada diluar sana sedang hiba menahan sedih di dada..mengapa? si dia
pergi meninggalkanmu? Kerana apa? Bagaimana? Siapa? Wah..persoalan yg sedikit
annoying..
Jari ini tergerak menulis entry kali
ini mengenai cinta..kepada yang hangat bercinta..entry ini bukan untuk
anda…entry ini khas untuk sesiapa yang sedang berduka kerana terluka bila cinta
didusta..hati mula gelisah(macam lirik lagu pula kan..)yang ingin mencari
kekuatan..
Dan mungkin Allah yang mengerakkan
hati ini untuk menaip artikel ini..insya-Allah sama2 kita perbaiki balik,
merawat balik or operate balik hati kita yang sedang tenggelam dengan air mata
perpisahan….
“mengapa menyintai..
Andainya tak setia..
Bila hati dah jemu..
Mula berpaling arah..
Tak usahlah bercinta..
Jika hanya berpura…”
Bait-bait lirik yang mungkin buat
air mata seseorang jatuh bila mengenangkan si dia yang membahagi cinta..cinta
si dia yang sudah hilang kehangatannya…
Hati siapa yang tak berduka jika
harapan untuk membina mahligai bersama si dia hancur… angan-angan menjadi
bayang-bayang ngeri setiap masa dan saat..
But….stop!!
Please stop crying…stop begging
her/him..and this is not the end of your world..it’s not the full stop..
Kembali ke dunia realiti..
“Cakap memang senang cuba kau
rasa..”
Fuh~
Ya..siapa kata perpisahan itu tak
sakit..siapa kata perpisahan tak mampu buat orang sihat jadi sakit??
Who’s said?
But my dear..here.. I want to share
something..that might help you to forget someone that leave you..
Sekarang tarik nafas dalam2..tenangkan
fikiran..
Saya ingin tanya..kenapa perlu
menangis..?
“sebab dia tinggalkan aku”
“aku syg dia”
“Hanya dia faham aku”
“Aku dah korbankan segalaya untuk
dia”
“Dia kejam buat aku macam ni”
Chop..chopp..enough..
Ok thank you for your respons..
Semua sebab diatas boleh
diterima..tapi..langkah yang pertama untuk ubati kesakitan hati tu..adalah..
STOP KELUARKAN AIR MATA UNTUK dia..
Air mata kita takkan habis kalau
kita menangis untuk dia yang tidak layak..
Layakkah air mata kita jatuh untuk
orang yang hancurkan hati kita? Takkan…?
So..ubah..!
Fikirkan ada satu benda lain yang
kita lupa untuk tangisi..
Iaitu……… diri kita..
Diri kita lebih berharga. Kita lupa
siapa diri kita..sebab kita sayang orang lain yang tak sayang
kita..tak hargai
kita..
Kita lupa nak sampaikan rasa sayang
pada diri kita..kerana kita terlalu..lalu..sayang dengan si dia..
Kalau kita ingat semula..kita
berhias kadang2 untuk dia yang belum lagi jadi suami or isteri kita..
Kita jadi baik hanya untuk menarik
hati dia..
Kita lupa tentang diri kita sebenarnya
telah berjanji untuk setia pada yang SATU..
Dan bila Yang Satu ambil si dia dari
kita…kita tersungkur…sebab kita lupa siapa kita…
Mampukah kau menangisi kenangan
bersama si dia..berpegangan tangan..bersms/wtsap/wechat/etc sepanjang
masa..sedangkan kau langsung tak menangisi dirimu yang langsung tak tergerak
bertaubat dari dosa hati yang kau buat ketika bersamanya..sedangkan di
fikiranmu hanya memori kenangan indah bersama si dia..yang sebenarnya atau
perkataan yang sebenarnya..perkara yang di benci oleh DIA…
Jadi..sekarang..mana satu yang kau
mahu tangisi…kehilangan si dia..atau kehilangan DIA…
Ubahlah tangisanmu..hanya untuk
DIA..dan percayalah ia adalah seribu langkah pertama untuk melupakan dia yang
meninggalkanmu.. insya-Allah hatimu akan tenang
Lega?? Or…
“tapi….aku nak dia tahu yang aku
merana sebab jatuh cinta dengan dia”
Untuk apa?
Mungkin hati kita tidak mampu
maafkan apa yang dia lakukan..memang sakit..tapi untuk apa..
Ya..kita ada hak untuk simpan dendam
dan tak beri kemaaffan untuk dia..tapi sampai bila..
Kita hidup..ada tujuan..ketenangan
hati kunci kebahagiaan..
Bagaimana kita dapat mencapai tujuan
hidup dengan hati yang tidak tenang?
“Bagaimana nak maafkan dia?”
Mudah..doakan agar dia tenang dengan
pilihannya dan doakan agar ini kebahagian yang memberi
ketenangan untuk kita..
Mungkin..diri kita sudah lama tidak
menadah doa kepada-Nya..sebenarnya..ini hikmah sebenar mengapa Allah memberikan
perpisahan diantara kita dan si dia..
Allah nak bagi signal..
“Cukuplah mengharap dengan yang
rapuh..kembalilah kepada Aku..rasai cinta yang sebenar”
Mungkin ini masanya..kita
mengalirkan air mata untuk Dia..yang sudah lama kita tinggalkan..
Bila kita sedar..rapuhnya cinta yang
kita berpaut selama ini..mungkin selama ini..bila kita sedih kita cari si dia..bila
kita ada masalah, kita cari si dia..bila kita ada berita baik, kita sebut nama
si dia..
Macam comel..macam sweeeeeet ja
kan..semuanya di kongsi bersama..saat suka dan duka..errkk??
Tapi..bukankah seolah-olah kau
menepis cinta yang lebih suci?
Seumpama mempertuhankan cinta?
“Eh tak..aku tetap solat..aku tetap
puasa..”
Siapa cakap yang kau tak solat..x
puasa?
“Jadi..jangan tuduh2 x tentu
pasal..huh!”
Bukankah terlalu mengharap selain
Dia..umpama mempertuhankan yg lain?
Ingin saya highlightkan penggunaan
‘seumpama’..bukan pertuduhan ar..
But..fikirkanlah..andai hatimu tidak
mempertuhankan cinta..
Bagaimana solatmu..pernah sedetik
pun wajahnya tidak muncul di hatimu??
Jika tiada…Alhamdulillah..well
done..
But kalau ada…urmumm muhasabah…
Cari kekuatan pada diri..pandang
jauh kehadapan…
Andai kau butakan hati untuk terus
mencintai orang yang melukai hatimu…sampai bila2 kau takkan bahagia..
Percayalah..
Beri ruang untuk hatimu menilai
semula…pasangan hidup yang bagaimana yang kau impikan..
Adakah yang sering berdusta dan
bermain cinta di belakangmu?
Andai kau dan si dia di
satukan..mampu kau hidup dengan “sikap” si dia itu? Dan rumah tangga itu bukan
sekadar untuk hidup bersama tapi..ia punya tujuan yg jelas..
Jangan jadikan rumah tangga yang
diidamkan bertukar menjadi tempat kehancuran hati dan kesakitan..
Beri ruang..mungkin..Allah sudah
tetapkan yang lebih baik untukmu..Cuma diri kita sahaja yang masih menggengam
pasir yg sudah terbang di tiup angin..
Bangkitlah tanpa pandang ke
belakang..perbaiki hati..dan serahkan kepada-Nya..
Mungkin seorang insan istimewa sudah
lama menunggumu..
Hanya tunggu masa dan tempat yang
sesuai untuk Allah takdirkan..
Sesunguhnya perpisahan dirimu dan
kekasihmu yg lama bukan pengakhiran…
Serahkan hatimu kepada Allah yang
lebih sweet yang lebih faham hati kita..Allah lagi Maha Penyayang..Allah
sayangkan kita..
Bukti Allah sayangkan kita..Allah
cipta kita..dari tiada kepada ada..betapa Allah menyayangimu dan memilihmu
sebagai hamba-Nya..Subhanallah..
So titipkan dalam doamu selalu..agar
hati kita sentiasa mencintai Allah lebih dari segalanya..mencintai apa yang
Allah cinta..membenci apa yang Allah benci..indahnya~
Saya suka baca penulisan Aiman Azlan
dalam bukunya ‘The other side of the coin’ kata2 yang unik yang buat kita semua
terfikir,
“Parenting starts before marriage and the first
child you will raise is yourself”
Ayat yang
simple but bermakna..
As conclusion, lapangkan hati..fikir lebih jauh ke
hadapan..stop crying..ingat, bila kita meninggalkan sesuatu yang sia-sia dan
tidak berguna kerana Allah..Insya-Allah..Allah akan mengantikan 100000x ganda
lebih baik..believe it..janji Allah tu benar…jadi put a best smile on your
face, make your world brighter than yesterday!
*mungkin anda sendiri pernah mengalami kekecewaan kerana si dia tetapi dengan takdir Allah..Allah gantikan dengan insan lebih baik..saya dengan besar hati mempelawa anda untuk berkongsi agar ia menjadi inspirasi dan kekuatan untuk orang lain..Insya-Allah :)
No comments:
Post a Comment