Translate

Sunday 17 August 2014

HIMC (Healthy Is My Choice) :TIPS SARAPAN UNTUK STUDENT UNIVERSITI

Assalamualaikum..

Ada apa dengan sarapan? Hari ni nak tulis entre pasal sarapan terutama kepada pelajar-pelajar universiti yang 'too busy' untuk ambil sarapan.

Masalah yg selalu buat student kurang tumpuan salah satunya di sebabkan tidak mengambil sarapan!

Yup..dulu pun sy sendiri x mementingkan breakfast..but at last..dah insaf n sedar betapa pentingnya sarapan after study byk tentang nutrition.


Mengikut kajian oleh Ann-Marie (1995), antara kebaikan bersarapan dalam jangka pendek adalah ia mampu memperbaiki konsentrasi pembelajaran, kemampuan berfikir dan kemampuan fizikal.


Kesan untuk jangka panjang bagi mereka yang biasa bersarapan mempunyai kadar hemoglobin lebih tinggi daripada yang tidak bersarapan.(sebab tulah ramai yang mengantuk kat kelas)

Bagi yang nak kuruskan badan, ingat! skip sarapan bukan penyelesaiannya! kerana melewatkan sarapan akan menyebabkan perut akan terasa lapar pada tengah harinya. Perut yang kosong lebih dari 12jam akan menolak makanan yang baru masuk.

Ini akan menyebabkan rasa mual, sakit perut dan terasa terganggu sistem pencernaan yang lain.

Tips2 bersarapan untuk student

1. Bagi yang tiada masa untuk bersarapan (walaupun sbnarnya sempat), boleh sediakan minuman kotak seperti Susu kotak UHT, susu kacang soya, milo or Nescafe.

Contoh susu kotak (gambar hiasan)

2. Pastikan di beg anda terdapat stok biskut, kekacang ataupun cereal yang senang dikunyah walaupun didalam bas.

3.Bagi yang ada masalah dengan perut 'menyanyi' di kelas, sediakan botol minuman panas yg mudah dibawa. So sebelum pergi kelas, siapkan minuman panas contohnya susu or milo dalam botol tu and bawa. Cara ni lebih berkesan kerana perut kurang selesa jika menerima makanan yang sejuk di pagi hari.


4. Sandwich juga boleh dijadikan hidangan mudah untuk bersarapan. cara penyediaannya pun tidak memerlukan rice cooker (benefit bagi yg kat asrama). Sy kongsikan sedikit resepi sandwich yang mudah n ringkas n berkhasiat.
Sandwich(gambar hiasan)


Bahan2:
1 tin kecil sardin dalam tin
2 sudu sos tomato (optional)
secubit lada putih
1 biji tomato(dipotong dadu kecil)
Sebungkus kecil roti putih (klw nak sihat beli roti wholemeal)
2 sudu mayonis
Daun salad( optional)

Cara2:
1. Lenyek sardin yang telah dibuka sehingga hancur.
2.Tambahkan, sos tomato,mayonis,tomato dan serbuk lada putih. Gaul hingga sebati.
3. Selepas itu, sapukan inti sardin di atas permukaan roti.
4.Lapiskan dgn daun salad dan akhir sekali lapiskan lagi dengan sekeping roti.
5.Potong dalam bentuk 3 segi.
6. Ulang step 3-5 until semua roti dan inti habis.
7. Ble makan trus or bawa bekal p kelas.

5. Bagi yang boleh memasak kat rumah, boleh sediakan bubur. So, sambil2 bersiap tu, ble tunggu bubur tu masak or masak awal2 tinggal panaskan time pagi n makan. Mudah sangat2.

6. Elakkan makan mee segera pada awal pagi. Mee segera hanya bertahan sebentar sj di perut. So take note!

7. Untuk yang suka makanan yang segera, sy syorkan Oat segera (penganti mee segera hehe). Ia lebih sihat dan mampu menurunkan kolestrol dan ia lebih lama tahan diperut berbanding nasi kerana ia mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Klau nak tahu tentang lebih banyak tentang Indeks Glisemik ble pergi ke glycemicindex.com. Banyak info yang anda ble baca kt sana.

8. Cara paling mudah jika semua diatas x dpt dilaksanakan, sediakan duit poket untuk singgah beli kuih muih ataupun mee dan nasi di kafe but pastikan ia bersih, masih elok di makan dan tidak terlalu berminyak.

So, tiada alasan untuk tidak bersarapan, Jadikan sarapan sebagai aktiviti yang wajib pada pagi hari.
Sy harap tips ni berguna untuk yang malas bersarapan. Jom baiki cara pemakanan kita! :)

Wasalam

No comments:

Post a Comment