Translate

Thursday 27 February 2014

Sila Jangan Kata Hipokrit kepada Mereka yang Masih Belum Bertudung!




Aku membetulkan rambutku yang ditiup angin. Cuaca panas begini pasti merosakkan rambutku! Aku melangkah masuk ke surau kolej.

Sekelip mata, aku terasa diperhati. Janggal? Aku sudah biasa. Aku meletakkan beg galasku di sudut. Malang untukku, telekungku terdampar di birai katilku di bilik. Aku terlupa membawanya.

Seusai mengambil wuduk, aku mencari jika ada telekung yang tidak digunakan. Dan malang sekali lagi, tiada telekung untukku.

Seorang wanita yang sibuk membetulkan tudung bawalnya memandang sinis kepadaku. Aku melemparkan senyuman tawar untuknya.

"Kenapa tak solat je dengan rambut terdedah? kalau kat depan manusia tak malu buka aurat, takkan nak jadi hipokrit depan Allah? Sedarlah diri tu sikit" senyumanku di balas dengan kata-katanya yang sinis.

Aku hanya mendiamkan diri. Kesabaranku sedikit tercalar.

MACAM CANTIK JE, MACAM COMEL JE




Semua orang nak cantik..semua orang nak comel. Mungkin kita akan berusaha membuat apa sahaja supaya orang akan anggap kita cantik dan comel.

Malah kadang-kadang kita sanggup beli produk kecantikkan yang beratus ringgit hanya ingin kulit yang putih, gebu dan halus.

Wanita dan lelaki takkan lari daripada rasa ingin cantik dan kacak. Tak salah nak cantik, malah Allah suka dengan kecantikkan. Namun perlulah cantik bersyariat.

Namun, pernahkah kita terfikir untuk “cantik” dihadapan-Nya?

Ya, kita mampu cantik dihadapan manusia, tapi mampukah kita cantik dihadapan-Nya?



Monday 24 February 2014

MY NOVEL: SETEGUH KAABAH ( EPISOD 2)



Mak jangan lupa datang tau. Aisyah tunggu mak dan ayah datang konvo Aisyah” kataku dengan nada kerinduan kerana sudah lama tidak bersua dengan keluargaku.

 “Aisyah kan anak tunggal mak. Mak  akan cuba pergi” suara mak yang sayup-sayup kedengaran di hujung talian.

“Mak dan ayah harap Aisyah jadi seorang anak yang baik. Mak selalu mendoakan kejayaan Aisyah, sejak dari perut mak lagi. Kalau mak dan ayah dah tak ada, Aisyah jangan lupakan kami. Mak tahu bukan mudah untuk mencapai Ijazah Sarjana Muda. Mak bangga dengan kamu. Mak dan ayah sayang kamu” suara ibu yang sedikit bergetar menahan sebak.

 Mengalir air mataku di saat kata-kata itu keluar dari bibir ibu, insan yang telah banyak berkorban untukku sejak kecil lagi.

Sunday 23 February 2014

INFO TENTANG PEMAKANAN BAGI WANITA HAMIL


Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak kongsikan sedikit info tentang pemakanan bagi ibu mengandung untuk 3 bulan pertama. Saya akan terangkan secara simple but hope mudah difahami. Segala pertambahan maklumat sangat dialukan.

PERUBAHAN PADA TUBUH

Sebenarnya pada 3 bulan pertama kadar pembesaran janin adalah sangat cepat di mana hati akan mula menghasilkan darah, dan jantung mula berdenyut.

Perubahan pada tubuh badan akan terjadi dimana payu dara akan menjadi lebih tenderness or lembut.
Deria rasa akan lebih tajam. Ni akan menyebabkan sesetengah wanita akan menjauhi sesuatu bau contoh bau makanan spt durian, dan termasuklah bau badan suami sendiri.




Saturday 22 February 2014

UBAT KETIKA MENDAPAT MUSIBAH



Nasihat Ibnul Qayyim berikut bisa mengubati kita ketika dirundung musibah. Hal-hal berikut yang patut jadi renungan.

1. Renungkanlah bahwa manusia dan hartanya semuanya milik Allah, semuanya hanya titipan di sisi kita.
2. Setiap orang akan kembali pada Allah dan akan meninggalkan dunia.
3. Allah akan memberi yang semisal dan yang lebih baik bagi yang telah hilang.



MY NOVEL: SETEGUH KAABAH ( EPISOD 1)




Aisyah! Aku menoleh ke arah suara itu, Liza rupanya. Dari jauh sahabatku berlari ke arahku. Aku hanya tersenyum melihat sahabatku.

 “Anti ni orang panggil dari tadi tak dengar”  kata Liza yang tercunggap-cunggap. 

“Assalamualaikum, bagi salamlah dulu ini tak main sergah ja” Kataku sambil senyum kepada Liza.

“Walaikumsalam, maaf  ya ukhti” Liza dengan senyuman tersengih-sengih.

          “Wah, ramai juga ya orang study kat sini. Susahlah macam ni ukhti, macam tak ada tempat je ni” Rungut Liza sambil matanya mencari meja belajar yang kosong. Memang  ramai pelajar datang hari ni,peperiksaan semester akhir tidak lama lagi, jadi tidak hairanlah.

“Aisyah, kat sana tu ada tempat kosong jom pergi.” Liza dengan pantas menarik lenganku.

“Wah,pandai juga anti cari tempat ya, kat sini tak bising sangat macam kat tempat lain.” Pujiku kepada Liza sambil mengeluarkan buku-buku yang dibawa dari rumah. Liza temanku sejak di sekolah rendah lagi. Badannya yang tinggi dan tidak terlalu kurus sentiasa bersamaku ke hulu ke hilir. Kami mula berbincang tajuk thesis yang diberikan oleh Professor Ahmad semalam.
         
            “Aisyah! perasan tak?”Liza yang tiba-tiba bersuara sambil menepuk pahaku.



MY NOVEL: SETEGUH KAABAH






Novel Seteguh Kaabah ni adalah mengenai bagaimana seorang wanita bernama Aisyah. Seorang yang hidupnya sentiasa di bungai dengan ujian namun beliau tetap membajai bunga itu dengan doa dan ketekalan serta ketabahan hati.

Kisah ini adalah kisah benar namun saya ada mengubah sedikit jalan ceritanya. Semua watak dan nama dalam cerita ini adalah rekaan semata2.

Hope novel dapat memberi kekuatan hati seperti Kaabah yang masih utuh hingga kini walaupun pernah runtuh pada satu ketika dahulu namun ia tetap di bangunkan dan kekal kukuh menjadi kiblat orang islam sehingga ke hari ini.

Hakikatnya memang semua dalam dunia ini Allah berikan ujian, yang membezakan hanya bagaimana respon kita dengan ujian itu. Samada kita terus hanyut dengan ujian itu ataupun kita berenang kembali ke pantai keinsafan.

Saya akan publishkan setiap minggu novel ini mengikut bab. Segala "copy and paste" mestilah meminta kebenaran terlebih dahulu.

Semoga hasil penulisan hamba Allah yg lemah seperti saya ini dapat membuka hati-hati yang sering di uji dengan pancaroba dunia berpaut kembali dgn Dia Yang Berkuasa.


-Semoga Hati Kita Tidak Pernah Mati Meminta Pada Yang Tidak Pernah Mati-

Thursday 20 February 2014

KACA KEHIDUPAN

"Mengapa muram?" ku betulkan kerusi disebelah rakanku yang khayalnya menembusi dinding bilik kuliah

"Kenapa semua tak macam yang aku mahu ?" balas rakanku, Ariani, yang berkulit putih gebu. Nampak kemurungan diwajahnya.


"Apa yang kau mahu? Kesempurnaan dalam hidup?"


"Aku ingin kebahagian seperti dalam anganku, tapi dalam sekelip mata bertukar jadi mimpi ngeri" matanya semakin kuyu. Dia termenung jauh.


"Tapi angan itu kan hanya khayalan yang tiada kepastian, jadi mengapa berharap? Ya memang ramai yang melihat sesuatu keindahan dengan angan-angan namun ingatlah..keindahan bukan bermakna akan bahagia. Namun,



Saturday 15 February 2014

Panduan Membuat Roti - Proses dan Mengenali Bahan

Panduan Membuat Roti - Proses dan Mengenali Bahan


Assalamualaikum....
Mungkin banyak yang suka memasak dan membuat roti tapi xtau sangat tentang ROTI dan RAMUANNYA (termasuk diri ini). Kali ni nak share Panduan Membuat Roti kat blog ni.
Panduan ni saya dpt dari Galeri Aneka resepi. Memang sangat bermanfaat. Jom baca! (^_^)v