“laa baru jam3?? Xpa sambung tidur, nak sambung
mimpi”
Dengar azan
subuh..
“Ermm..awalnya azan..xpa2 tidur lagi 5
minit..baru solat”
Tengah
bukak fb..azan zohor..
“Alahai azan pulak..jap2..tengok status si
joyah dulu”
Tengah
berkowl dgn boy/girlfriend..azan asar..
“Alaa azanlah pulak..u nanti
kowl balik kt sini azan dah x baik bercakap time azan (trip
Selepas
azan asar..
“Hello..assalamualaikum..so kat
mana kita tadi? Er solat? Ala kejaplah lepas ni kita solat k..”
Saat
berkumandangya azan maghrib..
“Wah!! Episode terakhir dah??
Tak boleh miss ni..layan dulu drama ni jap lagi baru solat…”
Waktu isyak
masuk diiringi dengan azan..
“zzzz…”
Tik tok tik
tok……masa terus berjalan…berjalan sehinggalah….
Teeeettt~
masa dah tamat
Datanglah
suatu makhluk yang datang untuk menyelesaikan tugasnya…
“Bangunlah…jiwa yang lalai..”
“Kau siapa??”
“Aku si malaikat pencabut
nyawa. Hari ini akan terpisahlah roh mu
dari jasadmu..”
“Aku tidak mahu!!!!!!!”
‘Katakanlah, “sesungguhnya kematian yang kamu
lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian
kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan nyata.
Lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan’
(Al Jumuah ayat 8)
Terasa
sejuklah badan..
Gementarnya
hati..
Hati yang
dulunya degil..
Kini mula
gelisah..
Baru kau
tahu betapa singkatnya hidup..
Baru kau
tahu betapa nafsu banyak melalaikan..
Saat
itu..malaikat maut di sisi mu..
Ya..kau
melihatnya..
Ya..hanya
engkau yang merasakan kesakitannya..
Betapa
sakitnya nyawamu terpisah dari jasad..
Saat
sakaratul maut menimpamu..
Masa muda
sudah berlalu..
Masa lapang
sudah meninggalkan mu..
Kini hanya
tinggal dosa dan amalanmu…
Pastinya
diingatanmu hanya tentang dosa-dosa!!
Yang ghaib
akan tersingkap di depan mata kepalamu sendiri..
Ingat janji
Allah itu pasti..
Kini…
Tinggallah
kau seorang diri..
Berbalutkan
kain putih…
Ketakutan
melihat rumah barumu..
Disitu baru
kau tahu..betapa besarnya hajatmu untuk kembali kedunia..hanya utk sujud
pada-Nya..
Disitu baru
kau tahu teman sehati sejiwamu xkan ingin menemanimu..
Kini..hayatilah
malam pertamamu di alam kubur…..
Tq
ReplyDelete