Translate
Monday, 21 July 2014
Di Senja Ramadhan
Assalamualaikum...
Hari ini 23 ramadhan...tinggal beberapa hari lagi ia akan pergi..makin sayu hati..
Minggu ini, belum ada kesempatan untuk post my novel Seteguh Kaabah..Insyallah akan sy post secepat mungkin..
Cuti semester ini, kerja part time jadi pilihan. Walaupun gaji x sebesar mana tapi yang sedikit itu datang dari titik peluh sendiri dengan izin-Nya.
Alhamdulillah..result last semester pun dah keluar...syukur sangat2 semuanya lulus dan buat diri ini tersenyum..
Ramadhan ini..terlalu banyak peristiwa yang berlaku di tanah air sendiri dan di antara saudara kita sendiri.
Di Gaza puluhan nyawa terkorban..
Di negeri ini sendiri, Sabah, terancam keselamatan..
dan paling terkini kejadian menyayat hati MH17 yg mengorbankan lebih 200 org..
Sayu...ini ujian dan peringatan untuk kita semua..ramadhan belum berakhir..namun mengapa ingin ia tinggalkan kita...mengapa menguli kuih raya sehingga lupa amalan sendiri...?
Mengapa berbelanja hingga lupa zakat untuk sendiri?
Mengikut pengalaman sy sendiri..jgn terkejut jika masih ada yg tidak berpuasa tanpa sebab..
Antara alasan yg sy sendiri dengar...
~Lupa niat
~Mudah gastrik
~Tak bangun sahur!?
Sebenarnya..Allah sudah ciptakan tubuh kita untuk berkemampuan untuk berpuasa..kecuali yg tidak dapat berpuasa atas nasihat doktor...
Percayalah jika niat itu kuat untuk melakukan utk Dia...sudah pasti semuanya terasa ringan dan indah..
Sama2 kita muhasabah diri.....
Salam Ramadhan...semoga Lailatulqadar menjadi misi kita untuk 10 malam terakhir ini..dan amalan2nya berkekalan untuk setiap malam2 kita walaupun ramadhan telah pergi... (^_^)
Thursday, 10 July 2014
MY NOVEL: SETEGUH KAABAH (EPISOD 21)
Wajah Afiqah yang lena di ribaanku,
membuatkan aku tersenyum. Anak kecil yang baru berusia sebulan lebih seumur
dengan kembarnya Afiq yang turut lena tidur di katil kecilnya. Dengan perlahan
aku mengucup dahi si anak kecil ini.
Karina masih dalam keadaan koma. Razif
duduk di sisinya. Ibu Razif memelukku bahuku, melemparkan senyuman tawar
kepadaku.
“Hmm..mak..dah berapa lama Kirana
koma?” panggilan emak masih melekat di bibirku walaupun sudah sebulan berpisah
dengan Razif.
“Dah tiga minggu Aisyah.Doktor
sahkan yang Kirana menghidap penyakit Anemia semasa mengandung lagi.
Haa..Kirana hilang banyak darah lepas bersalin. Kirana tak nak kena hantar kat
hospital. Dia berkeras tak nak pergi. Dia tak nak berpisah dengan Afiq dan
Afiqah” suara ibu Razif kedengaran hiba.
Subscribe to:
Posts (Atom)