Tersentuh hatiku apabila menghayati setiap lirik
lagunya. Walau sekadar lagu, tapi aku tahu itu adalah luahan isi hatinya. Terima
kasih abang, kerana sudi menjadikan diri ini permaisuri hatimu. Aku tersenyum
bahagia.
Liza berangkat pulang.
Hanya tinggal kerabat keluarga yang masih memeriahkan suasana. Alangkah
indahnya jika arwah ayah dan emak masih ada. Tapi, Allah lebih sayangkan emak
dan ayah, aku redha. Aku melangkah ke kamar tidur.
Hiasan berwarna merah jambu
menyerikan lagi kamar ini. Wangian Rosmerry membuatkan mata ini ingin
terlelap.
“Isteri abang tengah tidur
ke? Mesti sayang penat” suara Razif yang lembut berbisik. Tangannya
perlahan-lahan mengusap lembut rambutku. Aku mengukir senyuman walaupun mataku
hanya terbuka sedikit.
“Meh sayang kita solat
dulu, pastu baru kita rehat okey? Kesian isteri abang ni penat” Razif mencium
pipiku dan melangkah ke bilik mandi.
**************************
Aku mengambil cuti hari ini. Entah mengapa sudah empat minggu badanku
terasa kurang enak terutama di bahagian bawah perutku.
Aku menelan dua biji
ubat untuk mengurangkan rasa sakit. Aku terlelap disofa seketika.
“Sayang, bangun nak maghrib
dah ni” Suara Razif menyedarkan aku dari tidur.
“Astaghfirullah, saya tak
sedar abang dah balik. Maafkan Aisyah abang. Abang mesti lapar. Tapi Aisyah
belum masak apa-apa lagi” Aku bingkas
bangun untuk ke dapur tapi Razif menarik tanganku lalu mengucup ubun-ubunku.
“Tak mengapalah sayang. Kita
makan kat luar je malam ni okey. Eh,
sayang demam ke? Kenapa badan sayang panas semacam je ni?” Soal Razif sambil
tangannya menyentuh lembut dahiku.
“Aisyah tak apa-apa. Cuma pening sikit” Kataku dengan suara
yang lemah.
“Lepas solat maghrib ni kita pergi klinik then kita pergi
makan. Risau abang tengok keadaan isteri abang yang pucat semacam je” balas
suamiku yang kelihatan bimbang.
Aku hanya mengangguk lemah. Badanku terasa panas dari
sebelumnya.
Seusai solat, aku segera bersiap. Razif sudah berada di dalam
kereta. Kepalaku terasa berat. Penglihatanku semakin kabur.
“Aisyah..!” suara Razif
memanggil namaku semakin samar-samar di telingaku. Pandanganku menjadi gelap
seketika.
*********************
Dengan
perlahan-lahan aku membuka mataku. Pandanganku masih kabur. Dua suara dapat aku
dengari walaupun samar-samar.
“Isteri encik mempunyai
ketumbuhan di bahagian rahim. Ketumbuhan ni akan menyebabkan lapan puluh lima
peratus keberangkalian isteri encik tidak dapat memberikan zuriat kepada encik.
Kami akan menjalankan pembedahan secepat mungkin.
Saya harap encik faham” Satu
suara yang aku tidak pernahku dengari tetapi, aku yakin suara itu adalah doktor
yang merawatku. Hatiku menjadi hiba. Dapatku lihat air muka Razif yang berubah.
Razif menyedari yang aku
telah terdengar perbualan mereka tadi. Dia hanya diam membisu.
Dalam perjalanan pulang, Razif terus membisu. Matanya hanya
fokus dengan pemanduannya.
“Abang, Aisyah tahu abang sedih, tapi cakaplah
sesuatu supaya hati Aisyah tenang. Ini dugaan kita sayang” Aku meluahkan rasa
hati yang hiba.
Namun Razif tetap diam.
“Aisyah minta maaf, Aisyah
tahu abang nakkan zuriat abang. Kita masih boleh cuba. Mohon kat Allah” Kataku
lagi memujuknya.
Razif menghentakkan
tangannya ke cermin dan menghentikan kereta.
“ I need a rest! Please, bagi abang masa untuk terima semua
ni!” Razif meninggikan suaranya.
Bersambung.........
No comments:
Post a Comment