Aisyah! Aku menoleh ke arah suara itu, Liza rupanya. Dari jauh
sahabatku berlari ke arahku. Aku hanya tersenyum melihat sahabatku.
“Anti ni orang panggil
dari tadi tak dengar” kata Liza yang
tercunggap-cunggap.
“Walaikumsalam, maaf ya
ukhti” Liza dengan senyuman tersengih-sengih.
“Wah, ramai juga ya orang
study kat sini. Susahlah macam ni ukhti, macam tak ada tempat je ni” Rungut
Liza sambil matanya mencari meja belajar yang kosong. Memang ramai pelajar datang hari ni,peperiksaan
semester akhir tidak lama lagi, jadi tidak hairanlah.
“Aisyah,
kat sana tu ada tempat kosong jom pergi.” Liza dengan pantas menarik lenganku.
“Wah,pandai
juga anti cari tempat ya, kat sini tak bising sangat macam kat tempat lain.”
Pujiku kepada Liza sambil mengeluarkan buku-buku yang dibawa dari rumah. Liza
temanku sejak di sekolah rendah lagi. Badannya yang tinggi dan tidak terlalu
kurus sentiasa bersamaku ke hulu ke hilir. Kami mula berbincang tajuk thesis
yang diberikan oleh Professor Ahmad semalam.
“Kenapa
ukhti, buat ana terperanjat je” kataku yang agak terkejut.
“Ikhwah kat sana tu asyik tengok sini je dari
tadi, kita ada buat salah ke?” bisik Liza kepadaku.
Aku cuba memerhati sekeliling,
“Tak ada pun ukhti”
Liza
sambil menepuk dahi, “Alamak, ana lupa yang anti rabun”.
“Tak apalah, mungkin ikhwah tu tengah cari
orang kot” kataku sambil membaca notaku semula. Liza setuju denganku sambil
menyambung menulis notanya.
Hari menjelang petang, aku
dan Liza mula mengemas buku untuk beredar.
“Jom
Liza solat asar dah masuk waktu dah ni” kataku sambil mengangkat beg sandangku.
Liza mengangguk tanda setuju.
Aku berlari sekuat hati mungkin usrah Ustazah Fatimah dah bermula. Silap
aku juga kerana terlalu leka membaca buku dibilik tadi. Tiba-tiba aku rasakan
tubuhku tersungkur. Semua buku dan tafsiran Al-Quran berhamburan di sisiku.
Astaghfirullah! Lututku berdarah. Aku cuba bangun perlahan-lahan.
“Inilah
akibatnya terlalu kelam kabut, ni kan sikap iblis” desisku di dalam hati yang
penuh penyesalan.
“Kamu tak apa-apa?” satu
suara datang dari arah belakangku. Aku menoleh ke belakang.
“Alamak!
Ikhwah rupanya” desisku sambil tunduk dan tanganku sibuk mengutip
barang-barangku.
“Saya tidak apa-apa” kataku dengan nada yang
sedikit tinggi. Aku cuba bangun tapi malangnya kakiku terasa berat dan kebas.
“Nak
saya hantarkan ke klinik, tapi guna kereta sayalah sebab klinik tu jauh dari sini” katanya dengan suara bersimpati.
“Naik kereta
berduaan!?” aku mula cemas, otakku ligat mencari alasan. Kesakitanku tidak lagi
kurasai kerana terlalu memikirkan situasi diri.
“Tak apa saya boleh telefon rakan saya dia ada kat masjid
sekarang”. Kataku yang lega kerana dapat alasan yang bernas. Aku mula mencari
telefon bimbitku. Ya Allah, telefonku tertinggal diatas meja belajarku! Aku
bingung mencari alasan kembali.
“Awak
nak ke masjidkan? Biar saya tolong hantar awak kat sana” katanya sambil
menunjuk kereta Kancilnya yang berwarna merah tua.
“Maaf, boleh saya pinjam telefon tak? Telefon
saya tertinggal” aku rela menebalkan muka daripada berduaan di dalam keretanya.
“Oh
ok, nah” dia menghulurkan telefon touch screen jenama Nokia. Aku dengan pantas menekan nombor Liza.
“Tut..tut..Assalamualaikum
Liza, ni Aisyah ni…”
Alhamdulillah! Lega hatiku melihat kelibat liza yang keluar dari kereta seorang
sahabatnya. Liza berlari anak ke arahku.
“Aisyah tak apa-apa ke?” soal Liza yang
sedikit cemas.
“Ana
okey, don’t worry” kataku sambil tersenyum kambing.
“Kawan
kamu ni luka, elok bawa ke klinik takut ada jangkitan pulak. Kalau takde
apa-apa lagi saya gerak dulu nak jumpa kawan. Suruh kawan kamu ni jalan
baik-baik, mata tu jangan tutup time jalan nanti tak pasal-pasal pokok pun dia
langgar” katanya sedikit sinis sambil mengeluarkan kunci kereta di poketnya.
Aku hanya berani menoleh wajahnya ketika dia
menuju ke arah keretanya. Seorang yang tinggi lampai, kulitnya berwarna cerah
dan memakai kaca mata.
“Aisyah!”
suara Liza membuatkan aku sedar dari lamunanku.
“Ikhwah
tu yang tengok kita kat dalam maktabah tadi” kata Liza dengan
bersungguh-sungguh.
“Jomlah, kita ke masjid dah lambat dah ni” aku
sengaja menukar topik perbualan.
“Mana telefon ukhti?” soal Liza sesudah kami
melangkah ke pintu masjid.
“Er..tertinggal
kat bilik ana, asif sebab susahkan Liza” kataku sambil memegang bahunya.
“Aisyah
ni, kan Rasulullah pesan sesiapa yang mempermudahkan urusan saudaranya, Allah
akan permudahkan urusannya” kata Liza sambil tersenyum manis.
Nampaknya usrah Ustazah Fatimah baru bermula, Alhamdulillah aku sempat datang
walaupun lututku masih terasa berdenyut meminta simpati. Aku keluarkan
terjemahan Al-Quran dan yang paling penting adalah buku dan pen, ilmu akan
mudah hilang tanpa catatan.
Aku mula
memasang telingaku dengan teliti. Biarlah setiap ilmu yang aku dapat hari ini
aku hadam semuanya.
“Manusia akan tersiksa oleh jangkaan dan
harapannya. Allah ciptakan putaran hidup
ini seumpama kitaran cuaca dan musim. Ada yang menikmati empat musim seperti
Eropah. Ada yang kontang sepanjang masa umpama Sahara. Ada yang dingin
memanjang seperti di Antartika. Kita hamba,setelah berusaha sehabis daya,
pasrah dan menyerahlah” kata-kata ustazah Fatimah yang cukup memukau hatiku.
“Tapi mengapa ya ustazah semua
yang kita idamkan Allah tak bagi?” soal seorang akhwat.
“Kadang-kadang kita lupa yang
Allah beri apa yang kita perlu bukan yang kita mahu sebab Allah tahu apa yang
terbaik untuk kita sebagai hambaNya” wajah ustazah Fatimah yang penuh sikap
keibuan dan ketenangan.
“Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini,
terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan
sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil ini mampu
menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan letihnya. Dalam
setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan sayunya” sambungnya lagi.
“Bagaimana
dengan jodoh ustazah?” tanya Liza dengan bersungguh-sungguh. Semua akhwat
tertarik dengan persoalan Liza.
“Jodoh
seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah
ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya
agar berusaha. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan
yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu
bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha” kata-kata
mutiara dari ustazah sambil tersenyum sambil membuka terjemahan Al-Qurannya.
“Dalam surah Al-Ankabut, Allah berfirman:
“Allah
melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan
Dia (pula) yang membatasi baginya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala
sesuatu”
Kita kena yakin dengan Allah, jangan disebabkan
kita tidak bertemu dengan jodoh, kita salahkan Allah. Get close to Allah first
before getting close to anyone else”
Semua mengangguk tanda setuju.
Seketika, mata Liza tidak terkelip. Betapa
terkesannya kata-kata itu di hatinya dan juga dalam diri kami.
Bersambung......
terbaik :)
ReplyDeletehttp://vitaminboutique.blogspot.com/
Syukran Nurulhuda :)
DeleteYou've just got another follower. I'll keep reading your Seteguh Kaabah ye ukhti. Keep up a good story and do post it! :)
ReplyDeleteInsyallah..thanks Dode Ahjuma :)
ReplyDeletesubhanallah. penulisan yang sedap di baca. Pernah menulis di majalah2 ke?
ReplyDeleteSilent Stoner, Belum sampai ke tahap itu, ini hanya hobi, masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki :)
Delete